{"id":27855,"date":"2025-09-25T10:00:26","date_gmt":"2025-09-25T02:00:26","guid":{"rendered":"https:\/\/vstcm.com\/tidur-asas-pembangunan-kanak-kanak-yang-paling-tenang-dan-berkuasa\/"},"modified":"2026-02-21T16:19:35","modified_gmt":"2026-02-21T08:19:35","slug":"tidur-asas-pembangunan-kanak-kanak-yang-paling-tenang-dan-berkuasa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/vstcm.com\/ms\/tidur-asas-pembangunan-kanak-kanak-yang-paling-tenang-dan-berkuasa\/","title":{"rendered":"Tidur, asas pembangunan kanak-kanak yang paling tenang dan berkuasa"},"content":{"rendered":"<p><img fetchpriority=\"high\" fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-27674\" src=\"https:\/\/vstcm.com\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/2273.jpg\" alt=\"\" width=\"322\" height=\"215\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 18px; color: #000000;\">Selain daripada pemakanan yang seimbang dan berkhasiat, memastikan anak mendapat tidur yang berkualiti adalah antara kebimbangan utama bagi ramai ibu bapa.<\/span><\/p>\n<p><strong><span style=\"font-size: 18px; color: #800000;\">Tidur memainkan peranan yang sangat penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.<\/span><\/strong><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 18px; color: #000000;\">Kanak-kanak sedang melalui fasa pertumbuhan pesat di mana badan dan otak mereka memerlukan rehat yang mencukupi untuk membaiki tisu dan mematangkan sistem saraf. Tidur yang mencukupi bukan sahaja memulihkan tenaga dan menstabilkan emosi, malah meningkatkan tumpuan, keupayaan pembelajaran dan fungsi imun tubuh. Malah, kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mendapat tidur yang cukup jarang jatuh sakit dan mempunyai daya ketahanan yang lebih kuat berbanding rakan sebaya mereka.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 18px; color: #000000;\">Yang paling penting, semasa tidur nyenyak di waktu malam, tubuh melepaskan hormon pertumbuhan pada tahap tertinggi. Membantu anak masuk ke fasa pemulihan ini dengan lancar umpama memberikan mereka \u201csuntikan pertumbuhan senyap\u201d \u2014 bukan sahaja membantu pertumbuhan fizikal, tetapi juga menyokong perkembangan secara menyeluruh.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 18px; color: #000000;\">Daripada perspektif TCM, tidur bukan sekadar rehat. Ia adalah masa penting di mana tubuh memelihara roh (Shen), mengatur fungsi organ dalaman (Zang-Fu), serta menambah tenaga Qi dan darah.<\/span><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-27677\" src=\"https:\/\/vstcm.com\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/11430512.jpg\" alt=\"\" width=\"200\" height=\"299\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 18px; color: #000000;\">Kanak-kanak secara semula jadi mempunyai tenaga Yang yang kuat, namun sistem organ mereka masih belum matang dan masih dalam proses perkembangan. Tidur yang cukup membantu mengimbangkan Yin dan Yang, melancarkan aliran Qi dan darah, serta mewujudkan ketenangan tubuh dan emosi.<\/span><\/p>\n<hr \/>\n<p><span style=\"color: #993300;\"><strong><span style=\"font-size: 20px;\">Cadangan tempoh tidur untuk kanak-kanak<\/span><\/strong><\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 18px; color: #000000;\">Menurut sains tidur moden, tidur berlaku dalam kitaran yang berulang dan terdiri daripada dua fasa utama:<\/span><\/p>\n<ul>\n<li><span style=\"font-size: 18px; color: #000000;\">Tidur Tanpa Pergerakan Mata Pantas (Non-Rapid Eye Movement \/ NREM)<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-size: 18px; color: #000000;\">Tidur Pergerakan Mata Pantas (Rapid Eye Movement \/ REM)<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<p><span style=\"font-size: 18px; color: #000000;\">Fasa tidur NREM terbahagi kepada tiga peringkat:<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 18px; color: #000000;\">N1: Tidur Ringan<br \/>\nFasa awal tidur, mudah terjaga<strong><br \/>\n<\/strong><\/span><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-27680\" src=\"https:\/\/vstcm.com\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/2945.jpg\" alt=\"\" width=\"237\" height=\"158\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 18px; color: #000000;\">N2: Tidur Separa Nyenyak<br \/>\nMerangkumi sekitar separuh daripada jumlah tidur; aktiviti otak menurun, otot mula rileks<\/span><\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-27683\" src=\"https:\/\/vstcm.com\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/5327701.jpg\" alt=\"\" width=\"263\" height=\"175\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 18px; color: #000000;\">N3: Tidur Nyenyak<\/span><br \/>\n<span style=\"font-size: 18px; color: #000000;\">Fasa paling memulihkan \u2014 hormon pertumbuhan dilepaskan pada tahap tertinggi, penting untuk perkembangan fizikal.<\/span><\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-27686\" src=\"https:\/\/vstcm.com\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/8144353.jpg\" alt=\"\" width=\"267\" height=\"178\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 18px; color: #000000;\">Selepas selesai semua fasa NREM, tidur akan memasuki fasa REM, di mana aktiviti otak menjadi sangat aktif. Bagi kanak-kanak, ini adalah masa utama mereka bermimpi \u2014 satu proses penting untuk pengurusan emosi, perkembangan kognitif dan pengukuhan ingatan.<\/span><\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-27689\" src=\"https:\/\/vstcm.com\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/2151248855.jpg\" alt=\"\" width=\"271\" height=\"180\" \/><\/p>\n<hr \/>\n<p><span style=\"font-size: 18px; color: #000000;\">Satu kitaran tidur lengkap , termasuk NREM dan REM, biasanya berlangsung selama 90 hingga 120 minit, dan kanak-kanak akan melalui kira-kira 4 hingga 6 kitaran setiap malam.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 18px; color: #000000;\">Bayi pula mempunyai tidur yang lebih kerap terganggu, dan REM mengambil bahagian yang lebih besar, kadangkala sehingga 50% daripada jumlah masa tidur. Semakin mereka membesar, bahagian REM berkurangan dan tidur nyenyak menjadi lebih stabil dan dominan.<\/span><\/p>\n<p><strong><span style=\"font-size: 18px; color: #000000;\">Menurut Akademi Perubatan Tidur Amerika (AASM), berikut ialah jumlah tidur harian yang disarankan mengikut peringkat umur (termasuk tidur siang):<\/span><\/strong><\/p>\n<table style=\"width: 56.6093%;\">\n<tbody>\n<tr>\n<td style=\"width: 46.2422%;\" width=\"154\"><strong><span style=\"font-size: 18px; color: #000000;\">Peringkat umur<\/span><\/strong><\/td>\n<td style=\"width: 56.3194%;\" width=\"391\"><strong><span style=\"font-size: 18px; color: #000000;\">Jumlah Tidur Disyorkan<\/span><\/strong><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td style=\"width: 46.2422%;\" width=\"154\"><span style=\"font-size: 18px; color: #000000;\">4\u201312 bulan (bayi)<\/span><\/td>\n<td style=\"width: 56.3194%;\" width=\"391\"><span style=\"font-size: 18px; color: #000000;\">12- 16 jam (termasuk tidur siang)<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td style=\"width: 46.2422%;\" width=\"154\"><span style=\"font-size: 18px; color: #000000;\">1\u20132 tahun (kanak-kanak kecil)<\/span><\/td>\n<td style=\"width: 56.3194%;\" width=\"391\"><span style=\"font-size: 18px; color: #000000;\">11-14 jam (termasuk tidur siang)<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td style=\"width: 46.2422%;\" width=\"154\"><span style=\"font-size: 18px; color: #000000;\">3\u20135 tahun(pra-sekolah)<\/span><\/td>\n<td style=\"width: 56.3194%;\" width=\"391\"><span style=\"font-size: 18px; color: #000000;\">10-13 jam (termasuk tidur siang)<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td style=\"width: 46.2422%;\" width=\"154\"><span style=\"font-size: 18px; color: #000000;\">6\u201312 tahun (sekolah rendah)<\/span><\/td>\n<td style=\"width: 56.3194%;\" width=\"391\"><span style=\"font-size: 18px; color: #000000;\">9-12 jam<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td style=\"width: 46.2422%;\" width=\"154\"><span style=\"font-size: 18px; color: #000000;\">13\u201318 tahun (remaja)<\/span><\/td>\n<td style=\"width: 56.3194%;\" width=\"391\"><span style=\"font-size: 18px; color: #000000;\">8-10 jam<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n<hr \/>\n<p><img loading=\"lazy\" loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-27692\" src=\"https:\/\/vstcm.com\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/18585338.jpg\" alt=\"\" width=\"294\" height=\"196\" \/><\/p>\n<p><span style=\"color: #008000;\"><strong><span style=\"font-size: 20px;\">Bagaimana Nak Tahu Anak Anda Cukup Tidur?<\/span><\/strong><\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 18px; color: #000000;\">Ibu bapa boleh perhatikan beberapa petunjuk berikut:<\/span><br \/>\n<span style=\"font-size: 18px; color: #000000;\">1. Rutin waktu tidur yang lancar:<\/span><br \/>\n<span style=\"font-size: 18px; color: #000000;\">Anak boleh tidur secara semula jadi dalam masa kira-kira 20 minit \u2014 tanpa bantahan berlebihan atau melengah-lengahkan masa tidur.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 18px; color: #000000;\">1. Tidur malam yang stabil:<\/span><br \/>\n<span style=\"font-size: 18px; color: #000000;\">Tidur sepanjang malam adalah agak nyenyak. Jika terjaga, mereka boleh tidur semula dengan mudah. Tiada tanda seperti bunyi pernafasan yang kuat, pernafasan terganggu, atau ketidakselesaan semasa tidur<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 18px; color: #000000;\">3. Cukup masa tidur<\/span><br \/>\n<span style=\"font-size: 18px; color: #000000;\">Jumlah masa tidur anak anda berada dalam julat yang disyorkan mengikut umur.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 18px; color: #000000;\">4. Cergas dan fokus waktu siang<\/span><br \/>\n<span style=\"font-size: 18px; color: #000000;\">Anak bangun pagi dengan segar, tidak mengantuk atau mudah merajuk, dan boleh memberi tumpuan serta mengawal emosi dengan baik sepanjang hari.<\/span><\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-27695\" src=\"https:\/\/vstcm.com\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/11271.jpg\" alt=\"\" width=\"307\" height=\"205\" \/><\/p>\n<hr \/>\n<p><span style=\"font-size: 18px; color: #000000;\"><span style=\"color: #800000;\"><strong>Tidur memang salah satu cara paling senyap , tetapi paling penting untuk anak membesar.<\/strong><\/span><\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 18px; color: #000000;\">Ibu bapa mungkin tidak dapat memastikan setiap malam anak mereka berjalan dengan sempurna, tetapi dengan kehadiran yang lembut, perhatian yang teliti, dan pelarasan secara berperingkat, kita boleh bantu anak temui ritma tidur yang paling sesuai untuk mereka.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 18px; color: #000000;\">Jika anak anda sering sukar tidur, kerap terjaga, atau nampak letih waktu siang\uff0citu tidak semestinya tanda ada yang \u201ctak kena\u201d. Kadang-kadang, itu cuma cara tubuhnya berkata:<br \/>\n\u201cSaya perlukan sedikit lagi perhatian dan kasih sayang.\u201d<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 18px; color: #000000;\">Dalam perspektif Perubatan Tradisional Cina, banyak perkara tidak perlu dirawat \u2014 tapi boleh diseimbangkan dan dipupuk secara lembut.<\/p>\n<p>Rutin yang konsisten, pendampingan yang penuh kasih, makanan berkhasiat, dan kestabilan emosi \u2014 semuanya adalah cara-cara tenang untuk bantu anak tidur lena, membesar sihat, dan berkembang dari dalam.<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Selain daripada pemakanan yang seimbang dan berkhasiat, memastikan anak mendapat tidur yang berkualiti adalah antara kebimbangan utama bagi ramai ibu bapa. Tidur memainkan peranan yang sangat penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak sedang melalui fasa pertumbuhan pesat di mana badan dan otak mereka memerlukan rehat yang mencukupi untuk membaiki tisu dan mematangkan sistem saraf. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":27705,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[716,751],"tags":[636],"class_list":["post-27855","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ilmu-tcm","category-751","tag-visions-tcm-usj"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/vstcm.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27855","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/vstcm.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/vstcm.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/vstcm.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/vstcm.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27855"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/vstcm.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27855\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":27859,"href":"https:\/\/vstcm.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27855\/revisions\/27859"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/vstcm.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/27705"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/vstcm.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27855"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/vstcm.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27855"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/vstcm.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27855"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}