Sembelit bermaksud sukar atau jarang membuang air besar. Menurut Persatuan Antarabangsa untuk Kebersihan Usus, kurang daripada tiga kali membuang air besar dalam seminggu adalah sembelit.

Perubatan tradisional Cina percaya bahawa sembelit adalah disebabkan oleh disfungsi usus. Disfungsi usus boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, seperti diet yang kurang elok, kurang bersenam, tekanan, penyakit fizikal, duduk untuk jangka masa yang panjang di tempat kerja, atau tidak minum air yang mencukupi.

Perubatan tradisional Cina mencadangkan bahawa masalah sembelit boleh diperbaiki dari cara gaya hidup, senaman, dan urutan acupoint.



Gaya hidup:

1. Pastikan tidur yang cukup

2. Kurangkan tekanan

3. Minum air suam setiap pagi dan pastikan pengambilan air yang mencukupi

4. Elakkan duduk bekerja dengan terlalu lama, bangun dan bergerak semasa ke semasa

5. Elakkan melihat telefon bimbit semasa di tandas, menumpukan perhatian semasa di tandas



Senaman:

1. Berjalan perlahan dan berjalan pantas mengikut kemampuan sendiri selama 30 minit setiap hari.

Berjalan perlahan boleh menggalakkan peristalsis usus dan mencapai kesan julap.


2. Pernafasan perut

Pernafasan perut adalah senaman pernafasan yang boleh membantu mengurangkan tekanan, kebimbangan, dan menggalakkan penghadaman dan pergerakan usus dengan melegakan diafragma dan gastrousus.

 

 

 

 

 

 

 

 



Akupoint :

1. “Hegu” LI.4 akupoints

 

 

 

 


LI.4 akupoints tergolong dalam meridian usus besar Tangan Yangming. Kita boleh menekan dan menggosok acupoints LI.4, yang boleh menggalakkan peristalsis usus dan membantu membuang air besar.

 

2. Urutan perut

Untuk urutan perut, kita boleh gosok perut mengikut arah jam selama 5-10 minit atau gosok sehingga terasa haba. Membuat urutan ini setiap pagi untuk nampak kesan.

 

此文章还有以下语言版本: 简体中文 (Chinese (Simplified)) English

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

Share This