
Terseliuh adalah kecederaan yang biasa berlaku semasa bersukan, cara rawatan yang betul boleh menyingkatkan masa pemulihan. Perubatan Tradisional Cina mempunyai pendapat yang unik terhadap kecederaan terseliuh, kompres panas dan sejuk adalah cara rawatan yang biasa digunakan. Bawah adalah sudut pandangan TCM terhadap pilihan kompres panas dan sejuk.
Kompres panas:

TCM berpendapat kompres panas mempunyai fungsi memanaskan meridian dan merangsang peredaran. Semasa kecederaan terseliuh berlaku, sesetengah bahagian mungkin akan mempunyai keadaan stagnasi Qi dan darah, namun kompres panas boleh melancarkan peredaran Qi dan darah, mengurangkan kesakitan serta membantu mengurangkan ketegangan otot.
Kompres sejuk :

Kompres sejuk boleh mengecutkan sesetengah bahagian saluran darah, mengurangkan keradangan, mempunyai fungsi meringankan kecederaan untuk kebengkakan, kemerahan dll yang disebabkan oleh terseliuh. Selain itu, kompres sejuk boleh mengurangkan metabolisma tisu sesetengah bahagian dan mengurangkan rasa sakit.
***Ingin tahu lebih lanjut tentang teori kompres panas dan sejuk TCM boleh klik di sini ~

Rawatan kecederaan terseliuh
Rawatan cemas peringkat awal:
Pada permulaan kecederaan terseliuh, terutamanya keradangan dan kemerahan berlaku, kompres sejuk lebih sesuai digunakan. Kompres sejuk boleh mengurangkan tindak balas tisu meradang serta merta, mengurangkan kesakitan.
Pemulihan peringkat kemudian:
Apabila keradangan berkurangan, kompres panas boleh dipertimbangkan untuk melancarkan peredaran darah dan mempercepatkan pemulihan tisu. Kompres panas juga membantu mengurangkan ketegangan otot dan membantu proses pemulihan.

Cara pengunaan
Cara kompres sejuk:
Menggunakan pek ais atau ais batu, membalut di dalam tuala dan letak di bahagian cedera.
Proses kompres sejuk dicadangkan di dalam 15-20 minit untuk mengelakkan luka beku.
Cara kompres panas:
Boleh menggunakan pek panas atau plaster panas dll, berhati-hati dengan suhunya tidak terlalu panas untuk mengelakkan luka bakar.
Proses kompres panas dicadangkan di dalam 20-30 minit, mengekalkan rasa hangat di bahagian tersebut.
Kesimpulan
Untuk kecederaan terseliuh, kompres panas dan sejuk adalah kaedah rawatan fizikal yang biasa digunakan dalam TCM, memilih cara yang sesuai perlu dipertimbangkan secara menyeluruh. Akhirnya, jika keadaan semakin serius, kita mencadangkan untuk mengambil rawatan dari TCM Praktitioner yang berpengalaman.
此文章还有以下语言版本:
简体中文 (Chinese (Simplified))
English


