“Jangan siram dulu!”

Tahukah anda? Kita pergi ke tandas berkali-kali setiap hari, tetapi jarang sekali kita memikirkan kepentingan sebenar air kencing. Cecair yang kelihatan tidak penting ini sebenarnya mengandungi pelbagai maklumat—keadaan kesihatan anda, tabiat pemakanan, malah gaya hidup anda tersembunyi dalam ‘cecair emas’ ini!”

Air kencing ialah hasil penting dalam sistem perkumuhan badan, terbentuk apabila buah pinggang menapis darah. Komponen utamanya termasuk air, elektrolit, urea, asid urik, dan sisa metabolik lain. Selain berfungsi sebagai cara badan menyingkirkan sisa, air kencing juga merupakan penunjuk kesihatan yang penting.

Warna, bau, kandungan, dan kekerapan membuang air kecil boleh mencerminkan keadaan fisiologi seseorang dan bahkan membantu dalam diagnosis penyakit.


Warna air kencing boleh memberikan petunjuk berharga mengenai kesihatan seseorang. Air kencing yang normal biasanya jernih hingga kuning pucat, manakala warna yang tidak normal boleh menunjukkan masalah kesihatan atau dipengaruhi oleh pemakanan.

Berikut adalah beberapa kemungkinan penyebab perubahan warna air kencing:

Warna Air Kencing biasa adalah warna kuning pucat hingga warna ambar, dan warna air kencing ditentukan oleh kepekatan urobilin.

Air kencing yang lebih gelap mungkin disebabkan oleh dehidrasi, dan menyebabkan air kencing menjadi lebih pekat.
Air kencing yang lebih cerah biasanya akibat pengambilan air yang berlebihan dan menjadikannya lebih cair.
Air kencing yang jernih sepenuhnya, boleh menunjukkan penghidratan yang berlebihan atau kesan diuretik seperti alkohol dan kopi.

Ini adalah warna air kencing yang normal.

Air kencing merah atau merah jambu biasa dinunjuk di jangkitan saluran kencing, batu karang, radang pundi kencing (sistitis), atau masalah prostat.

Pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti rifampin akan menyebabkan air kencing merah dan pengambilan makanan seperti bit, beri hitam, dan buah naga juga sebabnya.

Pengebabkan air kencing jingga adalah dehidrasi.

Selain itu,penyakit hati dan pundi hempedu seperti hepatitis atau penyumbatan saluran hempedua akan menyebabkan kencing air jingga juga dan sebabnya ialah metabolisme bilirubin yang tidak normal. Pengambilan suplemen Vitamin B2 dan ubat tertentu seperti nitrofurantoin juga sebabnya.

Air kencing hijau, air kencing biru, air kencing ungu jarang berlaku, biasanya disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan tertentu, seperti pengambilan Amitriptyline dan indomethacin boleh menyebabkan air kencing hijau. Pengambilan methylene blue dan indocyanine green boleh menyebabkan air kencing biru. Seterusnya, jangkitan bakteria seperti Pseudomonas aeruginosa boleh menyebabkan air kencing hijau dan hypercalcemia (paras kalsium tinggi dalam darah) boleh menyebabkan air kencing biru.

Kencing air ungu hanya berlaku di sindrom Beg Air Kencing Ungu, keadaan yang jarang berlaku dan hanya berlaku pada pesakit yang menggunakan kateter, disebabkan oleh jangkitan bakteria.

Penyebabkan air kencing perang gelap atau warna Kola adalah penyakit hati seperti hepatitis atau sirosis, yang menyebabkan peningkatan bilirubin. Selain itu Rhabdomyolysis (pemecahan otot) juga akan menyebabkan air kencing perang gelap atau warna Kola, puncanya melepaskan myoglobin ke dalam air kencing. Pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti levodopa dan metronidazole juga puncanya.

Air Kencing Hitam biasa berlaku di dua keadaan, Keadaan pertama adalah pengyakit alkaptonuria, satu jenis gangguan metabolik yang jarang berlaku. Keadaan kedua adalah melanoma malignan. Melanin yang berlebihan akan masuk ke dalam air kencing.


Bilakah Anda Perlu Menjalani Ujian Air Kencing atau Buah Pinggang?

Anda harus mendapatkan pemeriksaan perubatan jika mengalami perubahan warna air kencing yang berterusan tanpa perubahan dalam diet atau ubat-ubatan baru-baru ini. Jika perubahan warna air kencing disertai dengan kesakitan, kekerapan membuang air kecil yang luar biasa, desakan kencing, air kencing berbuih, atau bau yang tidak menyenangkan, anda disarankan berjumpa doktor untuk ujian air kencing.

此文章还有以下语言版本: 简体中文 (Chinese (Simplified)) English

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

Share This