
Bahu beku hanyalah nama biasa di kalangan orang ramai. Nama saintifik ialah “Capsulitis pelekat”. Kerana penyakit ini kerap berlaku pada orang yang berumur kira-kira 50 tahun ke atas, sebab itu ia dipanggil “fifty shoulder” atau “frozen shoulder”.
Perubatan tradisional Cina percaya bahawa bahu beku disebabkan oleh kesejukkan dan kelembapan pada meridian bahu yang mengakibatkan qi dan darah tidak lancar.
Etiologi bahu beku mempunyai pelbagai perbezaan, termasuk:
1. Faktor usia:
Apabila tisu lembut bahu semakin berusia, keanjalan sendi bahu akan berkurang beransur-ansuran, peratusan kecederaan akan meningkat.

2. Penggunaan bahu berlebihan dalam jangka masa yang panjang:
seperti memegang objek berat untuk masa yang panjang, bekerja di tempat tinggi, duduk di hadapan komputer untuk jangka masa panjang, dsb., mudah menyebabkan kerosakan tisu lembut bahu.

3. Cara senaman yang tidak betul:
Kekurangan senaman, bersenaman keterlaluan dan cara senaman yang tidak betul boleh menyebabkan kecederaan bahu.

4. Kesejukan dan kelembapan di sesetangah bahagian pada jangka masa panjang:
Biasanya berlaku pada orang yang tidur tanpa pakaian. Perubatan tradisional Cina percaya bahawa sejuk dan lembap boleh menjejaskan meridian bahu, pangaliran darah tidak lancar mengakibatkan bahu beku.

Gejala utama termasuk:
1. Sakit sendi bahu:
Sakit bahu biasanya sakit yang tidak jelas atau sakit berterusan, dalam kes yang teruk boleh menjejaskan tidur.
2. Sendi bahu mengehad pergerakan:
Pergerakan sendi bahu pada pesakit Bahu Beku akan terhad, pada peringkat awal selalunya terhad kurang jelas dan pada peringkat kemudian akan semakin serius.
3. Sendi bahu kaku:
Pesakit bahu beku sering merasakan sendi bahu kaku, sendi bahu sukar dan tidak dapat bergerak dengan bebas, seperti menyikat rambut, memakai pakaian, mengangkat tangan dan tindakan lain-lain.
Tips Mencegah Bahu Beku
1. Senaman merenggangkan leher dan bahu:
Letakkan kedua-dua tangan di belakang kepala, mencondongkan kepala dengan perlahan-lahan ke belakang, leher dan bahu akan merasa lebih lega. Tindakan ini membantu melegakan keletihan bahu yang kaku dan mengelakkan bahu beku.

2. Elakkan penggunaan bahu yang berlebihan:
seperti memegang objek berat untuk jangka masa yang panjang, bekerja di tempat tinggi, menghadap komputer untuk masa yang lama dan lain-lain, beban di bahu harus dikurangkan dengan sewajarnya untuk mengelakkan kecederaan bahu.

3. Mengekalkan postur yang baik:
Mengekalkan postur yang baik boleh mengurangkan tekanan bahu dan mengelakkan kehausan di sendi bahu.

Elakkan kesejukkan dan kelembapan di sesetengah bahagian:
Berpakaian semasa tidur pada waktu malam boleh memperbaiki keadaan bahu dan memastikan kehangatan bahu, dapat mengelakkan kesejukan dan kelembapan yang mengundang meridian bahu.

Epilog
Selain faktor usia, bahu beku biasanya disebabkan oleh tabiat kehidupan seharian, seperti: penggunaan bahu yang berlebihan, tidur tanpa pakaian, atau cara pengendalian kecederaan yang salah selepas cara senaman yang tidak betul, semuanya boleh menyebabkan berlakunya bahu beku. Bahu beku tidak semestinya penyakit yang akan berlaku pada usia 50 tahun ke atas.
此文章还有以下语言版本:
简体中文 (Chinese (Simplified))
English


