Pesakit: Perempuan, 20 tahun
Tarikh: 23 Mei 2023, lawatan pertama
Masalah Utama: Sakit tumit belakang kiri selama 1 minggu

Disebabkan oleh kerja beliau, dia perlu banyak berdiri dan berjalan untuk masa yang panjang, tiada masa untuk rehat dan selepas itu tumit belakang beliau mula berasa sakit. Pada mulanya beliau ingat ia akan semakin reda selepas berapa hari tetapi kesakitan bertambah serius serta sukar berjalan, sebab itu beliau datang untuk mendapatkan rawatan.
【Diagnosis】

Semasa membuat pemeriksaan tumit belakang kiri beliau, kehangatan dan sedikit kebengkakkan didapati semasa menyentuh, beliau juga berasa sakit dan sedikit sensasi kesemutan apabila menyentuh bahagian yang terjejas.
Semasa pemeriksaan bahagian atas daripada tumit, kehangatan tiada jelas dan beliau tidak berasa terlalu sakit pada permukaan kulit betis, tetapi otot betis berasa ketat.
Tumit belakang beliau cedera disebabkan oleh keletihan dan kini dalam fasa keradangan selepas diagnosis asas.
Selepas pemeriksaan dan diagnosis asas, pesakit dijemput ke bilik rawatan dan baring di atas katil rawatan.
【Rawatan】

Cuba elakkan tuina atau menekan bahagian yang sakit semasa rawatan sebab bahagian tersebut dalam peringkat meradang. Keadaan bahagian yang meradang akan memburuk jika melakukan tuina atau menekan terlalu banyak.
Selepas rawatan tuina dan akupuntur, beliau diminta bangun dan cuba berjalan.
“Kesakitan ketika berjalan berkurangan dan lebih lancar, tetapi masih ada rasa sakit.”
“Kini bahagian tumit masih cedera dan meradang, tumit juga perlu membantu menyokong berat badan semasa berjalan, sebab itu beliau masih berasa sakit, bahagian tumit beliau memerlukan 2-3 hari untuk pulih beransur-ansur.”
“Saya akan mempreskipikan ubat herba tradisional Cina untuk anda, ubat ini boleh membantu anda melancarkan meridian dan peredaran darah. Selain itu, saya juga mempreskipikan ubat plaster untuk bahagian yang cedera.”
Sebelum pesakit keluar daripada bilik rawatan, saya memesan: “Cuba rehat sebanyak mungkin beberapa hari ini, berjalan dengan perlahan dan jangan berdiri terlalu lama, makan ubat dan menampal plaster ubat tepat pada masanya, rasa sakit akan berkurangan selepas itu.”

Lawatan susulan: 27 Mei 2023
Selepas 4 hari pengambilan ubat Cina dan penampal ubat plaster, beliau datang semula untuk lawatan susulan, dia berasa kesakitan di tumit belakang berkurangan dan dapat berjalan tanpa kesakitan.
Beliau diminta memasuki bilik rawatan untuk pemeriksaan semula, didapati keadaan tumit belakang bertambah baik. Tiada keradangan dan tiada rasa sakit di bahagian tumit.
Tuina dan akupunktur digunakan untuk membantu melancarkan meridian dan mengendurkan otot kaki.
Selepas rawatan, pergerakkan kaki beliau lebih lancar dan lebih ringan.
【Tips semasa tumit tercedera】
1. Sentuh bahagian yang cedera dan merasa suhu kulit. Sekiranya rasa hangat dan sakit, anda boleh meletak beg air ais pada bahagian tersebut selama 10-15 minit untuk melegakan keradangan dan kesakitan.

2. Kesebaliknya, kita menyentuh bahagian yang cedera dan merasa suhu kulit normal dan otot berasa ketat atau sakit, kita boleh meletak beg air panas pada bahagian tersebut selama 10-15 minit, pengesyoran suhu biasanya tidak melebihi 45°C untuk pengelakkan kelecuran kulit. Mampat panas boleh melegakan otot yang tegang dan melancarkan peredaran darah.

3. Selepas tumit cedera, rehat sebanyak mungkin dan mengurangkan pergerakkan supaya tidak membebankan bahagian yang cedera dan memburukkan keadaan.

4. Jika kesakitan berterusan pada hari berikutnya, jangan melengahkan masa rawatan, sila merujuk TCM Prac. yang boleh mengendalikan kecederaan otot untuk pemeriksaan dan rawatan.

此文章还有以下语言版本:
简体中文 (Chinese (Simplified))
English


