[Analisis factor tangan kebas dari perspektif Perubatan Tradisional Cina]

Keadaan tangan kebas biasa dijumpai, ramai orang menyangka keadaan ini mesti berkaitan dengan spondylosis serviks. Tetapi menurut Perubatan Tradisional Cina, ini bukan sahaja disebabkan oleh spondylosis serviks, tapi dipengaruhi oleh pelbagai factor yang lain. Artikel ini adalah analisis tentang faktor tangan kebas dari perspektif Perubatan Tradisional Cina dan membantu orang ramai untuk memahami kerumitan di sebalik masalah ini.

1. Tangan kebas disebabkan meridian tersumbat


TCM percaya sistem meridian tubuh manusia merangkumi seluruh badan, begitu juga dengan bahagian tangan.
Apabila meridian tangan disekat atau disumbat, aliran Qi dan darah tidak lancar, keadaan tangan kebas akan muncul.

Penyumbatan ini boleh disebabkan oleh banyak sebab, seperti sejuk kelembapan, genangan qi, stasis darah, dll.
Oleh itu, tangan kebas bukan penyakit, tetapi gejala, perlu mencari punca melalui pembezaan dan rawatan.

2. Kebas tangan akibat disfungsi viscera

TCM menekankan hubungan antara organ dalaman tubuh manusia, masalah tangan mungkin berkaitan dengan disfungsi organ dalaman badan.

Sebagai contoh, kemurungan hati dan genangan Qi boleh menyebabkan aliran Qi dan darah meridian tangan lemah, mengakibatkan tangan kebas; kekurangan Yang buah pinggang boleh menyebabkan Yang Qi tidak cukup dan sensasi tangan tidak normal, dsb.

Oleh itu, semasa merawat tangan kebas, TCM akan membuat pertimbangan keadaan keseluruhan pesakit dan mengawal fungsi visera untuk mencapai tujuan melancarkan meridian dan memulihkan sensasi tangan.

3. Tangan kebas disebabkan oleh kecederaan atau penggunaan berlebihan

Kecederaan atau penggunaan berlebihan otot tangan, tulang, dan sendi juga merupakan punca tangan kebas.

Terhantuk, terhempas, terhimpit serta pergerakan berulang, boleh menyebabkan kerosakan tisu atau keletihan otot di tangan yang boleh menyebabkan tangan kebas.

Semasa TCM merawat keadaan ini, Akupunktur, Tuinalogy, herba tradisional dan kaedah lain digunakan untuk melancarkan peredaran darah, melegakan keradangan atau ketegangan otot, dan membantu memulihkan fungsi tangan.

4. Malnutrisi atau kelemahan fizikal membawa kepada tangan kebas

Malnutrisi atau kelemahan fizikal juga salah satu sebab tangan kebas.

Menurut TCM, pembekalan Qi, darah dan nutrien badan adalah penting untuk fungsi saraf.
Apabila badan kekurangan nutrisi atau lemah, peredaran darah tangan perlahan, mengakibatkan tangan kebas.

Dalam kes ini, TCM menggunakan ubat herba tradisional untuk mengawal diet, akupunktur dan moxibustion untuk meningkatkan Qi, darah dan penyerapan nutrien, meningkatkan keseluruhan tahap kesihatan serta membantu keadaan tangan kebas.

Kesimpulannya:

Tangan kebas bukan sahaja disebabkan oleh spondylosis serviks. Menurut perubatan tradisional Cina, tangan kebas boleh disebabkan oleh pelbagai faktor.Penyumbatan meridian, disfungsi viscera, kecederaan atau penggunaan berlebihan, malnutrisi atau kelemahan fizikal boleh menjadi punca tangan kebas.

Oleh itu dalam rawatan TCM, keadaan individu dan membezakan symptom serta membuat rawatan untuk mencapai tujuan melancarkan meridian, memperbaiki organ dalaman dan memulihkan fungsi tangan.

此文章还有以下语言版本: 简体中文 (Chinese (Simplified)) English

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

Share This