Cuaca panas, berpeluh seluruh badan berbau dan melekit. Kita cuma akan rasa selesa selepas bermandi.

Adakala bertanya dengan pesakit, bermandi berapa kali sehari ? Dua kali atau lebih dari itu. Adakah itu berlebihan ?

Sesetengah orang siap bermandi dalam 5-6 mint, sesetengah orang perlu bermandi 1 jam ke atas untuk berasa bersih. Namun, mandi juga mempunyai aspek kesihatan yang perlu diperhatikan.
Perkara yang perlu diperhatikan semasa bermandi:
1. Lap kering selepas mandi.

Sesetengah orang lap badan sesuka hati untuk mengeringkan badan dengan cepat, atau untuk berasa sejuk, sesetengah orang membuka penghawa dingin selepas mandi, memberikan angin dari penghawa dingin untuk mengeringkan badan. Dari segi penjagaan penghangatan, jika berbuat demikian, kelembapan akan memasuki badan dan akhirnya selsema.
2. Menekan titik akupoint semasa bermandi.
Menekan titik akupoint selama 2-5 minit semasa bermandi membantu mengeluarkan kelembapan badan.
HT 1 JiQuan
Titik akupoint utama untuk hati. Di bahagian atas ketiak, di tempat denyutan arteri ketiak. Selain daripada mengeluarkan kelembapan, mengurangkan kepanasan hati dan merangsang aliran tenaga dalam badan.

LU 5 Chize
Titik akupoint utama untuk paru-paru. Di antara garisan bahagian siku, pada cekung sisi radialis tendon biceps brachii, tekuk siku sedikit untuk mencari titik. Menekan titik ini membantu dalam merawat penyakit sistem pernafasan dan mengeluarkan kelembapan dari tubuh.

BL 40 Weizhong
Titik akupoint utama untuk pundi kencing. Terletak di tengah garis silang lutut badan manusia. Titik yang membantu merawat sakit pinggang dan membantu mengeluarkan kelembapan dari badan.

Apakah masa yang tidak digalakkan untuk bermandi ?
1 Selepas bekerja berat atau berpeluh banyak.

Jangan mandi selepas bekerja berat atau berpeluh banyak. Tunggu sehingga kadar denyutan jantung kembali biasa baru bermandi untuk mengelakkan pengedaran darah pada jantung atau otak tidak mencukupi dan pengsan.
2 Selepas makan kenyang.

Semasa mandi, saluran darah pada kulit bergerak dengan pantas dan kemudian melebar. Kebanyakkan darah mengalir ke permukaan badan, pengedaran darah di bahagian perut berkurangan, mempengaruh sistem pencernaan dan tahap gula darah rendah serta mungkin akan sinkop atau pengsan.
3 Semasa demam.

Semasa badan manusia demam, tenaga positif dan tenaga negatif dalam badan berlawan, jika bermandi, kelembapan memasuki badan, keadaan akan menjadi lebih serius, demam juga akan berulangan.
4 Tekanan darah rendah atau lapar.

Semasa mandi, saluran darah pada kulit bergerak dengan pantas dan melebar, lebih banyak darah mengalir ke permukaan badan. Perut dan organ badan yang lain mungkin mendapat darah yang tidak mencukupi dan berlaku sinkop atau pengsan.
5 Selepas pengambilan alkohol.

Selepas minum alkohol, alkohol mengawal pelepasan glikogen. Semasa mandi, penggunaan glukosa badan akan meningkat. Jika glukosa darah tidak dapat diisi dengan segera, keadaan pening, badan lemah serta hipoglisemia dan coma mungkin berlaku.
此文章还有以下语言版本:
简体中文 (Chinese (Simplified))
English


