
Dengan perkembangan sosial dan gaya hidup, semakin banyak orang berada di posisi duduk dan baring untuk jangka masa yang panjang.
Ini mengakibatkan berat badan meningkat, penyakit tulang belakang dan keletihan otot dll, sebab itu Perubatan Tradisional Cina mendorong banyak bersenam, berpeluh, melancarkan peredaran darah seluruh badan untuk mengubahbaikkan keadaan badan dan mengurangkan penyakit berlaku.
“Praktitioner, saya kerja setiap hari, bukan duduk diam diam di satu tempat sahaja, berjalan sana sini banyak berpeluh juga.”
“Praktitioner, saya buat kerja rumah setiap hari, masih tak cukup ke ?”

Setiap kali berkata tentang bersenam, ini adalah jawapan yang diberi oleh pesakit. Kehidupan seharian bukan keadaan “gemar makan malas bekerja”, sibuk dan lari sana sini, letih dan banyak berpeluh, badan bukan semakin kuat, tetapi semakin letih.
Disebabkan oleh keperluan kerja, kehidupan seharian perlu menggunakan tenaga badan dan tenaga kerja.
Bekerja bukan bersenam, ia juga tidak dapat menggantikan bersenam.Kedua-dua memang memerlukan tenaga fizikal serta berpeluh dan berasa letih, mengekalkan untuk masa yang panjang juga boleh menguatkan tenaga fizikal, tetapi kedua-dua ini mempunyai perbezaan.
Kebanyakkan masa semasa bekerja, kita tidak menumpukan perhatian terhadap posisi badan dan lokasi penggunaan otot badan yang betul, ini mengakibatkan otot tidak sekata, lama-kelamaan otot mudah cedera, tidak seimbang dll.

Contohnya: Kita perlu membengkok badan dan menggunakan kekuatan lengan untuk jangka masa panjang semasa membersih rumah, otot di bahagian badan lain tidak banyak terlibat.
Namun bersenam harus menggunakan otot seluruh badan, seperti joging memerlukan kekuatan otot kaki, ayunan lengan untuk menstabilkan badan, balakang tegak dengan semulajadi agar badan tidak bergoyang, oleh itu otot seluruh badan harus mengambil bahagian semasa bersenam.
Semasa bersenam, kita perlu melakukan senaman pamansan badan agar jantung kita dapat menambahkan kadar denyutan sedikit demi sedikit untuk menyesuaikan tenaga fizikal yang akan digunakan, ini mengurangkan kecederaan terhadap badan.
Namun kebanyakkan masa bekerja perlu memberikan tenaga sekelip mata, contohnya semasa mengangkat barang, biasanya kita kurang membuat senaman pemanasan dan regangan, terutamanya semasa bekerja memerlukan kita untuk mengangkat barang.
Ini akan tiba-tiba meningkatkan denyutan jantung, tekanan darah tiba-tiba meningkat, sistem kardiovaskular juga akan terjejas. 这会让心脏一下加速,导致血压一下子升高,对心血管还是会造成一定的损伤。

Seperti yang dikatakan, tujuan bersenam adalah untuk kesihatan, ia boleh mengubahbaikan keadaan fizikal dan rohani.
Tujuan bekerja pula adalah untuk menyelesaikan objecktif, melibatkan tanggungjawab dan tekanan. Justeru, kedua-dua memberikan kesan yang berbeza terhadap emosi.
Dari sudut TCM, tekanan mempengaruhi pengaliran Qi badan, Qi tidak lancar, pengaliran darah lebih lambat, lama-kelamaan akan menyebabkan banyak penyakit.
Setiap orang mempunyai kehidupan dan keadaan badan yang tidak sama, ada orang yang boleh meneruskan bersenam selain daripada bekerja, ada yang perlu menggunakan lebih banyak tenaga semasa bekerja dan tidak dapat meneruskan bersenam. Masa ini perlu mencari cara bersenam yang sesuai untuk sendiri, sebab bersenam bukan semestinya perlu pergi ke gym atau banyak berpeluh. Senaman yang sesuai juga perlu mempertimbangkan pelbagai aspek, seperti keadaan badan, matlamat, minat, cara kehidupan dan keterampilan profesional.

Tidak kira sukan apa atau tujuan apa, tidak boleh terlalu tergesa-gesa, haruslah beransur-ansur.
Terutamanya golongan yang tidak bersenam untuk jangka masa yang panjang, boleh mula dengan senaman ringan yang melibatkan kadar denyutan jantung dan frekuensi pernafasan yang rendah (seperti joging, QiGong, berbasikal dll). Setiap kali 20-30 minit, setiap minggu 1-2 kali. Mengekalkan selama sebulan, selepas badan menyesuaikan diri, menambah masa dan jumlah senaman, setelah badan menyesuaikan diri sepenuhnya baru meneroka senaman yang lebih mencabar (seperti permainan bola, memanjat dll).

Selepas kuantiti senaman yang sesuai, individu akan berasa penat yang bersesuaian dan berminat dengan senaman tersebut, ini adalah senaman yang bersesuaian. Jika mempunyai simptom sesak nafas, keletihan yang terlampau sehingga takut serta rasa benci selepas berlatih, mungkin anda perlu membuat penyesuaian terhadap masa dan intensiti senaman.
此文章还有以下语言版本:
简体中文 (Chinese (Simplified))
English


