Tidur adalah proses yang diperlukan dalam hidup, ia adalah tempo kehidupan.

Kira-kira 1/3 masa kebanyakkan manusia dihabiskan tidur. Walaupun dalam beribu-ribu tahun, manusia bekerja selepas matahari terbit dan berehat selepas matahari terbenam, tetapi jarang ada orang bertanya sebab manusia memerlukan tidur. Mengapakah manusia memerlukan tidur ? Kenapa tidur penting ?

Dari zaman dahulu, manusia sering memikirkan soalan ini. Kita cuma tahu otak manusia akan berasa letih selepas bekerja dalam jangka masa tertentu, ia memerlukan rehat. Tidur adalah cara berehat yang paling baik untuk otak.


Peranan tidur

1. Mengurangkan keletihan, mengebalikan tanaga badan:

Tidak kira bekerja di dalam pejabat atau pekerjaan yang memerlukan tenaga, tenaga fizikal dan mental turut akan dihabiskan, manysia akan berasa letih, cara utama yang boleh mengurangkan keletihan adalah tidur.

Tidur boleh mengurangkan keletihan dengat cepat dan efektif, memberikan tubuh badan istirahat yang mencukupi, tenaga fizikal dan mental dipulihkan. Dalam masa yang sama, sintesis kandungan lemak, gula, asid amino semasa tidur meningkat, menyiapkan diri untuk esok atau aktiviti yang akan datang.

2. Melindungi otak, memulihkan tenaga:

Keadaan tubuh badan semasa tidur berada dalam keadaan perlahan, metabolisma otak menurun, penggunaan oksigen berkurangan, otak mendapat rehat yang mencukupi. Ini membantu memperbaiki sel-sel otak dan penyimpanan tenaga.

Oleh itu, tidur melindungi otak, meningkatkan fungsi otak, memberikan tenaga yang mencukupi, pemikiran lebih cekap untuk tugas harian.

3. Meningkatkan sistem imun, memulihkan tubuh:

Sistem imun dapat dipulihkan dan ditingkatkan secara langsung semasa tidur, meningkatkan antibodi terhadap pelbagai antigen, membersihkan melalui sistem imun, melindungi kesihatan tubuh badan.

Selain itu, tidur boleh meningkatkan pemulihan diri tisu dan organ. Tidur adalah satu kaedah rawatan dalam perubata moden kini. Selepas kualiti tidur yang baik, sistem imun dan ketahanan badan meningkat, mempercepatkan proses pemulihan dari penyakit.

4. Membantu tumbesaran:

Tidur berkait rapat dengan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Otak bayi atau kanak-kanak selepas dilahirkan akan terus berkembangan dengan tidur untuk jangka masa yang agak panjang. Hormon pertumbuhan dapat dihasilkan hanya dalam keadaan tidur yang mendalam. Oleh itu, kanak-kanak dapat membesar dengan cepat dengan tidur yang mencukupi kerana hormon pertumbuhan dalam darah dapat dikekalkan pada tahap yang tinggi selama berapa jam. Ini juga menjelaskan remaja yang mempunyai tidur yang tidak mencukupi lebih pendek.

Oleh itu, kanak-kanak mempunyai tidur yang mencukupi adalah penting untuk memastikan pertumbuhan dan perkembangan mereka. Selain itu, hormon pertumbuhan juga penting kepada orang dewasa untuk penyembuhan luka, regenerasi kulit yang menua, pembakaran lemak dll fungsi yang penting.

5. Memperlahankan penuaan, panjang umur:

Baru-baru ini, banyak data kajian menunjukkan bahawa warga emas yang sihat dan panjang umur mempunyai kebiasaan tidur yang normal dan baik.

Metabolisme turun ke tahap terendah semasa tidur, metabolisme sintesis melebihi degradasi, memperlahankan penuaan dan memastikan panjang umur.

6. Pengawalan emosi:

Tidur amat penting dalam melindungi kesihatan mental dan mengekalkan aktiviti mental yang normal. Tidur boleh menyelaras emosi, melegakan tekanan mental, mengurangkan pengaruh emosi yang buruk terhadap tubuh badan.

Jika jangka masa tidur yang pendek tidak mencukupi, penumpuan terganggu, emosi terganggu, gelisah, keletihan mental. Pemikiran tidak wajar, halusinasi, kegagalan mental mungkin juga akan berlaku.

7. Memberi manfaa kepada kacantikan kulit:

Semasa tidur, peredaran darah pada kapilari kulit bertambah, proses pembersihan meningkat, kelajuan pemulihan kulit dan regenerasi kulit meningkat. Oleh itu, tidur memberi manfaat kepada kecantikan kulit, mencerahkan kulit, warna kulit kemerahan semulajadi.


Kini, ersaingan semakin sengit, tempo hidup semakin laju, ramai orang mempunyai pengetahuan tidur yang tidak mencukupi.

Sesetengah orang berasa tidur membazirkan masa atau berasa kualiti tidur tidak baik adalah masalah yang kecil, kurangkan tidur sedikit tidak apa. Tetapi fikiran ini tidak dapat diterima dalam bidang perubatan. Tidur dan kesihatan adalah berkait rapat, tidak dapat tidur dengan baik, fungsi badan mungkin akan bercelaru, kebanyakkan individu yang mengalami masalah mental menghadapi masalah tidur. Banyak kajian menyatakan kekurangan tidur adalah amat bahaya, yang ringan boleh mempengaruh kecekapan kerja dan kesihatan badan, yang serius mungkin akan menyebabkan akibat yang membawa maut.

Oleh itu, tidur adalah keperluan asas yang perlu dipenuhi oleh setiap manusia, tidak boleh diabaikan seperti makanan dan air.

 

 

此文章还有以下语言版本: 简体中文 (Chinese (Simplified)) English

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

Share This