1. Di bawah situasi manakah jerawat harus dirawat ?

Keperluan rawatan untuk jerawat bergantung kepada beberapa faktor termasuk keparahan keadaan jerawat, kekerapan jerawat berlaku, pengaruh kepada kehidupan harian terhadap pesakit.
Rawatan diperlukan jika situasi di bawah dialami :

Kerap berlaku:

Apabila jerawat kerap berlaku bukan berlaku sekali sekala secara tunggal.

Keradangan yang serius:

Apabila jerawat kemerahan, bengkak, sakit, atau simptom meradang yang jelas.

Mempengaruhi penampilan dan psikologi:

Apabila jerawat mempengaruhi penampilan luaran, ini juga pengaruh psikologi yang negatif terhadap pesakit.

Parut dan kesan jerawat:

Parut atau kesan yang disebabkan jerawat tidak dapat dipulih.

Ketidakselesaan dan kesakitan:

Apabila jerawat menyebabkan kesakitan, kepanasan, bengkak bernanah atau ketidakselesaan lain.

Ringkasan
Jerawat berlaku bukan sahaja masalah kulit, ia mungkin adalah isyarat daripada dalaman tubuh badan. Jika jerawat kerap berlaku bersampingan dengan meradang, sakit, gatal atau mempengaruhi kehidupan harian, ini adalah tanda rawatan diperlukan.


2.Apakah pengaruh yang disebabkan oleh jerawat ?

Masalah jerawat yang serius memerlukan rawatan segera, mengurangkan keparahan sebanyak mungkin, mengubahbaikkan gejala, mengurangkan pengaruh negatif terhadap kehidupan harian, atau mencegah jerawat daripada menjadi lebih teruk. Jika rawatan tidak didapatkan segera, keadaan di bawah mungkin berlaku:

Keadaan menjadi lebih teruk:

Jerawat tanpa rawatan yang berkesan mungkin akan menyebabkan jerawat bertambahan.

Parut dan kesan jerawat:

Jerawat tidak dirawat segera mungkin akan menyebabkan keradangan, risiko pembentukkan parut dan kesan jerawat turut meningkat.

Risiko berjangkit:

Sering memicit jerawat, menyentuh jerawat dengan tangan yang tidak bersih atau menggunakan produk kosmetik dengan tidak wajar mungkin menyebabkan jangkitan, sekali lagi memburukkan gejala.

Mempengaruhi kesihatan mental:

Gangguan jerawat untuk jangka masa yang panjang mungkin akan mempengaruhi kesihatan mental, keyakinan diri berkurangakan atau menyebabkan masalah emosi yang lain.

Mengganggu hubungan sosial:

Pengaruh jerawat terhadap penampilan luaran mungkin akan menyebabkan pesakit gelisah, mengelakkan berinteraksi dengan orang lain dan mempengaruhi kehidupan sosial yang normal.

Ketidakselesaan yang berterusan:

Jerawat mungkin akan sakit, gatal dan gejala lain, mempengaruhi kualiti kehidupan pesakit.

Berulangan:

Sesetengah jerawat akan pulih sendiri, namun tanpa rawatan khusus, masalah jerawat mungkin akan kembali.

Ringkasan
Mengabaikan masalah jerawat untuk jangka masa yang panjang mungkin menyebabkan keradangan semakin serius, meninggalkan parut serta mungkin berjangkit. Apa yang lebih serius adalah masalah ini mungkin akan memberi pengaruh negatif kepada kesihatan mental dan keyakinan diri.


3. Bolehkah jerawat sembuh sendiri ?

Jerawat mungkin sembuh sendiri dalam sesetengah situasi, tetapi bukan kesemuaannya.
Jerawat sembuh secara semula jadi biasanya bergantung kepada sistem imun individu, jenis jerawat, cara kehidupan dan cara penjagaan dll sebab.
Di bawah adalah kemungkinan jerawat boleh sembuh sendiri:

Berjerawat sekali kala:

Jika jerawat cuma berlaku sekali sekala atau tidak serius, ia mungkin akan sembuh dalam setempoh masa, terutamanya tanpa menyentuh, memicit dan membuat penjagaan yang baik.

Jerawat yang tidak meradang:

Jerawat yang tidak meradang mungkin lebih mudah sembuh dengan sendiri.

Penjagaan yang baik:

Mengambil langkah penjagaan kulit yang baik, menggunakan produk kebersihan muka yang lembut, mengelakkan produk kosmetik yang merangsang, menjaga kebersihan dan kelambapan kulit membantu penyembuhan sendiri jerawat.

Ringkasan
Walaupun sesetengah jerawat mungkin akan sembuh sendiri dalam masa yang tertentu, tetapi jerawat yang sering berlaku, meradang dan serius lebih susah sembuh dengan sendiri, rawatan adalah diperlukan dalam keadaan ini.


4. Apakah situasi jerawat yang akan meninggalkan parut ?

Parut muka biasanya melibatkan pembentukkan dan cara proses rawatan jerawat yang meradang.
Di bawah adalah situasi yang mungkin meninggalkan parut jerawat:

Memicit jerawat sendiri:

Memicit jerawat mungkin menyebabkan keradangan semakin serius, meningkatkan risiko pembentukkan parut.

Jerawat meradang:

Sesetengah jerawat meradang terutamanya jerawat sistik, mungkin menyebabkan keradangan yang lebih serius, meningkatkan kemungkinan pembentukkan parut.

Rangsangan yang kerap:

Pembersihan berlebihan, menggunakan produk kecantikan yang merangdang kulit, kerap menggunakan produk kosmetik mungkin menyebabkan kulit kering, merangsang dan cedera, mempengaruhi proses penyembuhan parut.

Rawatan yang salah:

Cara rawatan yang tidak bersaintifik mungkin menyebabkan keradangan menyebar dan membentuk parut.

Keadaan fizikal individu:

Keadaan badan yang mudah membentuk parut mungkin akan menyebabkan pembentukkan parut yang jelas walaupun dengan keradangan yang tidak serius.

Ringkasan
Bukan semua jenis jerawat akan meninggalkan parut, tetapi kepada keadaan meradang yang serius, memicit jerawat sendiri atau pengendalian yang tidak sesuai mungkin akan meningkatkan risiko pembentukkan parut. Mendapatkan nasihat doktor serta mendapatkan rawatan berkesan yang bersaintifik, risiko pembentukkan parut akan berkurangan.


Harap kandungan bab ini dapat menjawab mitos dan salah faham terhadap jerawat kepada anda semua.

Dalam bab yang seterusnya,

Mari kita teruskan memahami tentang patut atau tidak patut rawatan jerawat TCM terhadap jerawat dan soalan yang biasa ditanya pesakit semasa rawatan, jumpa lagi di bab yang seterusnya.

 

此文章还有以下语言版本: 简体中文 (Chinese (Simplified)) English

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

Share This