Pada masyarakat kini, rambut putih muncul pada orang muda bukanlah perkara yang luar biasa.

Fenomena ini dari sudut perubatan profesional dikenali sebagai penyakit rambut putih pramatang, yang biasanya disebut sebagai “rambut putih muda”. Orang normal mula kehilangan sel pigmen rambut dari usia 35 tahun, rambut mula menjadi putih, manakala rambut putih yang muncul sebelum umur ini dikategorikan sebagai rambut putih muda.

Apakah sebab yang menyebabkan fenomena ini ?


Terdapat beberapa sebab rambut putih muncul kepada orang muda, di bawah adalah sebabnya:

1.Faktor ginetik:

Rambut putih mempunyai hubungan dengan faktor genetik. Jika terdapat ahli keluarga yang mempunyai rambut putih awal, kemungkinan anda juga akan mengalami rambut putih lebih awal.

2.Tekanan dan kegelisahan:

Tekanan mental dan gelisah untuk jangka masa yang panjang mungkin mempengaruh metabolisme dan peredaran darah badan, rambut putih muncul.

3.Kekurangan zat:

Kekurangan nutrien penting dalam diet harian, seperti vitamin B12, asid folik, zat besi, iron, dll boleh menjejaskan pertumbuhan dan pigmentasi rambut, menyebabkan rambut putih.

4.Penyakit atau perubatan:

Sesetengah penyakit seperti penyakit tiroid, vitiligo dll, sesetengah perubatan seperti ubat antidepresan, ubat kemoterapi, dll, mungkin mempengaruh sintesis dan rembesan melanin, menyebabkan rambut putih.

5.Tabiat hidup:

Tabiat hidup yang tidak baik, seperti merokok, minum alkohol berlebihan, berjaga lewat malam, dan sebagainya, mungkin menjejaskan kesihatan badan, menjejaskan pertumbuhan dan warna rambut.

Apa yang harus diperhatikan bahawa rambut putih pada orang muda tidak semestinya masalah kesihatan, tetapi jika jumlah rambut putih terlalu banyak atau disertai dengan gejala lain, pemeriksaan adalah diperlukan untuk mengetahui adakah kesihatan dalam keadaan baik. Selain itu, tabiat hidup dan emosi yang baik serta diet seimbang juga boleh membantu mencegah dan melambatkan kemunculan rambut putih.


Cara-cara dibawah adalah untuk orang muda dalam mencegah dan melambatkan rambut putih:

1.Mengekalkan kehidupan harian yang sihat:

Diet makan seimbang, tidur yang mencukupi, senaman yang berpatutan, mengelakkan keletihan dan tekanan, ini membantu mengekalkan kesihatan badan dan membantu mencegah serta melambatkan kemunculan rambut putih.

2.Diet makan yang seimbang:

Dalam diet harian, kita perlu mengambil jumlah nutrien yang mencukupi seperti vitamin, mineral, dan protein, terutamanya makanan yang kaya dengan vitamin B kompleks, vitamin C, vitamin E, zat besi, tembaga, zink, dll, seperti daging tanpa lemak, ikan, kekacang, telur, sayur-sayuran segar, buah-buahan dll.

3.Mengelakkan mewarnakan rambut dan mendandan rambut berlebihan:

Mendandan rambut berlebihan akan merosakkan rambut, menyebabkan rambut putih. Justeru, orang muda patut mengelakkan kerap mewarna rambut dan mendandan rambut, membiarkan rambut tumbuh secara semulajadi.

4.Mengekalkan emosi yang tenang:

Emosi yang tenang membantu mengekalkan kesihatan badan, mencegah dan melambatkan kemunculan rambut putih. Mengekalkan emosi yang baik dengan bersenam, muzik, melancong dll.

5.Membuat pemeriksaan badan semasa ke semasa:

Jika penyakit kronik atau kekurangan nutrisi berlaku, rawatan harus dijalankan untuk mengekalkan kesihatan badan dan membantu mencegah serta melambatkan kemunculan rambut putih.

Apa yang harus diperhatikan adalah kemunculan rambut putih berkait rapat dengan genetik, umur dll sebab, pencegahan dan melambatkan rambut putih tidak semestinya berjaya. Jika jumlah rambut putih terlalu banyak dan disertai dengan gejala lain, membuat pemeriksaan segera untuk memastikan kesihatan badan.


Diet makan merupakan peranan yang penting dalam mencegah dan melambatkan pertumbuhan rambut putih.

Di bawah adalah cadangan mengekalkan kesihatan rambut dengan diet pemakanan:

1.Keseimbangan diet makan:

Memastikan pengambilan pelbagai nutrisi termasuk protein, vitamin, mineral dll. Diversiti makanan membantu badan menyerap pelbagai nutrisi.

2.Mengambil makanan yang kaya dengan antioksidan:

Anti oksidan membantu melawan radikal bebas, mengekalkan kesihatan rambut. Contohnya, blueberi, strawberi, bayam, kacang dll makanan.

3.Meningkatkan pengambilan vitamin B:

Vitamin B membantu pertumbuhan rambuh dan mengekalkan warna. Memastikan pengambilan Vitamin B12, Asid Folik, Vitamin B6 dll. Makanan yang mengandungi vitamin ini termasuk daging yampa lemak, telur, kekacang, sayur berdaun hijau dll.

4.Mengambil makanan yang kaya dengan Zat Besi dan Tembaga:

Zat besi dan tembaga adalah mineral yang diperlukan untuk rambut yang sihat. Kekurangan zat ini mungkin menyebabkan rambut putih. Makanan yang mengandungi zat besi adalah daging tanpa lemak, kekacang, sayur berdaun hijau dll; Yang mengandungi zat tembaga adalah kacang, makanan laut, daging tanpa lemak dll.

5.Pengambilan protin yang mencukupi:

Rambut kebanyakkan terdiri daripada protein, jadi pengambilan protein yang mencukupi penting untuk kesihatan rambut. Daging tanpa lemak, ikan, kekacang & telur adalah sumber protein berkualiti tinggi.

6.Meningkatkan pengambilan makanan kaya dengan melanin:

Melanin adalah bahan yang penting untuk rambut hitam. Walaupun melanin dalam makanan tidak dapat diserap oleh tubuh badan, tetapi boleh mengambil makanan yang kaya dengan melanin seperti biji bijan hitam, kacang hitam, beras hitam dll membantu dalam kesihatan rambut.

7.Pengambilan kacang dan biji-bijian dengan jumlah yang sesuai:

Kacang dan biji-bijian kaya dengan lemak sihat, protein dan vitamin membantu dalam kesihatan rambut. Seperti Walnut, badam, biji rami, dan biji bunga matahari adalah pilihan yang betul.

Walaupun diet makan mempunyai fungsi yang tertentu untuk mencegah dan melambatkan rambut putih, tetapi kesan terpulang kepada individu. Oleh itu mengekalkan gaya hidup yang sihat termasuk diet makan seimbang, senaman yang bersesuaian, emosi yang baik dll, adalah cara yang penting untuk mencegah dan melambatkan pertumbuhan rambut putih.

 

此文章还有以下语言版本: 简体中文 (Chinese (Simplified)) English

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

Share This