Keadaan najis anda mempengaruhi kesihatan anda!

Ini adalah artikel yang berbau, sila picit hidung anda!


Ada pepatah mengatakan:

“Sama ada usus anda baik atau tidak bergantung pada najis anda.”

Buang air besar adalah aktiviti harian dalam kehidupan kita, tetapi ramai orang buang air terus tanpa melihat najis mereka. Sebenarnya, kita patutnya memerhatikan bentuk, warna dan bau najis kita supaya boleh menilai status kesihatan kita.

Marilah kita belajar bersama hari ini supaya lebih memahami tentang kesihatan saluran gastrousus kita.


Apakah cara mengenal pasti najis normal ?

Pertama, kita mesti mengetahui jenis najis yang normal.

1. Bentuk:

Najis biasa kebanyakannya berbentuk jalur dan lembut, biasanya dikenali sebagai “najis pisang”, yang boleh terapung di atas air dan tidak melekat pada mangkuk tandas.

Najis yang lembek dan tidak kering atau berketul juga dikenali sebagai normal.

Apabila makanan mengandungi protein yang tinggi, najis akan menjadi keras dan seperti tanah liat; apabila makanan tinggi karbohidrat, najis akan menjadi lembut atau lembek.

2. Warna:

Cecair hempedu yang berwarna kuning-hijau dan berfungsi untuk mencerna lemak yang kita makan. Ia akan dikeluarkan dari hempedu untuk menjadikan warna najis dilihat kecoklatan.

3. Bau:

Walaupun bau najis yang sihat hendaklah berbau tetapi tidak terlalu busuk. Skatole yang dihasilkan oleh penguraian bakteria akan menyebabkan najis kita berbau. Orang yang lebih suka makan daging akan mempunyai bau najis yang lebih kuat manakala vegetarian akan mempunyai bau najis yang lebih ringan.

4. Kuantiti:

Kuantiti buang air besar boleh diubah dengan pengambilan makanan dan jenis makanan yang dimakan. Jika makan pemakanan serat yang lebih banyak, jumlah buang air besar akan menambah.

5. Kekerapan dan tabiat:

Buang air besar sekali sehari pada waktu pagi adalah yang terbaik. Kekerapan dan tabiat membuang air besar berbeza untuk setiap orang.

Secara amnya, selagi tiada kesukaran membuang air besar atau ketidakselesaan, berhajat besar setiap 1-2 hari tidak dikira sembelit; berhajat besar tidak lebih daripada 3 kali sehari tidak dianggap cirit-birit.

6. Rasa berhajat besar:

Ia boleh dilepaskan secara lancar dalam masa 1-2 minit, keseluruhan masa tidak melebihi 5 minit. Anda berasa lega selepas membuang air besar, tiada sisa najis dan dipanggil sebagai “lancar”.


Bentuk najis

Sebenarnya, najis manusia mungkin mempunyai beberapa bentuk, kebanyakan orang dalam lingkungan bentuk ke-2 sehingga ke-6.

Bagaimanakah rupa najis yang sempurna?

Bentuk najis yang paling sempurna adalah jenis “najis pisang” yang ke-4, berwarna coklat. Bentuknya mestilah bulat dan panjang, permukaannya harus licin, selagi ia berada dalam lingkungan bentuk ke-3 hingga ke-5 dianggap sebagai najis yang sihat!

Jika najis bentuk ke-7 berlaku, ini bermakna cirit-birit dan biasanya disebabkan oleh gastroenteritis. Cirit-birit yang teruk akan menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit dan mungkin mengancam nyawa!

Jika najis bentuk ke-6 berlaku, bentuknya seperti bubur, ia mungkin disebabkan oleh senak.

Jika najis bentuk pertama atau ke-2 yang berketul keras atau berbentuk sosej yang keras, ia mungkin disebabkan oleh sembelit.


Warna najis

1. Hijau

Jika anda tidak makan banyak sayur-sayuran yang berwarna hijau tetapi mempunyai najis yang berwarna hijau, berair atau lembek dengan bau masam, anda mungkin mengalami senak, usus tidak berfungsi dan penyakit lain.Jika najis hijau bercampur dengan lendir, ia mungkin gastroenteritis akut.

2. Kuning

Jika najis anda kelihatan warna kuning jagung dan berbau, ia adalah kerana anda telah makan terlalu banyak makanan kuning atau berlemak. Jika minyak yang boleh dimakan tidak diserap sepenuhnya, ia akan kelihatan kuning. Ia juga boleh didapati dalam tahi bayi yang baru dilahir. Jika pankreas tidak berfungsi dengan baik, seperti pankreatitis kronik (keradangan jangka panjang dan pemusnahan pankreas) atau penyakit seliak, najis mungkin kelihatan kuning gelap atau keemasan.

Mencadangkan untuk minum lebih banyak air dan makan lebih banyak sayur-sayuran. Jika sesetengah masa kemudian selepas langkah penjagaan dibuat najis anda masih dalam kategori ini, ia mungkin masalah penyerapan nutrisi dan perlu menerima rawatan di hospital!

3. Merah

Jika najis anda berwarna merah, jangan terlalu risau, mengimbas kembali sama ada anda telah makan makanan yang berwarna merah. Contohnya: apabila anda makan terlalu banyak tembikai, tomato dan lada merah, najis anda akan kelihatan merah jambu muda; apabila anda makan buah naga merah dan bayam merah, najis anda akan menjadi merah gelap.

Jika mengecualikan sebab makanan, anda boleh cuba mengelap punggung anda. Sekiranya terdapat darah yang berwarna merah terang, kemungkinan besar disebabkan oleh buasir atau fisur dubur!

Jika darah dan najis bergabung bersama, ia mungkin gastroenteritis ulseratif atau beberapa penyakit usus. Ini kerana usus berdekatan dengan dubur, darah belum kering sepenuhnya atau membeku.

Anda dicadangkan untuk membuat pemeriksaan dan rawatan di hospital.

4. Hitam

Jika najis anda berwarna hitam, coklat gelap atau merah gelap, mengimbas kembali sama ada anda telah makan makanan yang mengandungi zat besi, seperti beri hitam yang banyak, mulberi, darah itik dan produk kesihatan atau ubat-ubatan yang mengandungi zat besi. Keadaan ini boleh menyebabkan najis anda kelihatan berwarna hitam.

Jika syarat di atas dikecualikan, anda perlu mengambil perhatian!

Ia mungkin salah satu ciri pendarahan gastrousus atas. Ulser saluran peptik, kanser esofagus, kanser gastrik juga merupakan punca yang sering berlaku mengeluarkan najis yang berwarna hitam. Apabila terdapat pendarahan di saluran gastrousus rendah, najis berwarna hitam juga boleh dikeluarkan. Oleh kerana masa antara pendarahan gastrousus dan berhajat air besar diselang lama, darah bercampur dengan najis, jadi najis keluar kelihatan berwarna hitam.

5. Putih

Jika najis anda yang dikeluarkan berwarna putih kelabu dan serupa dengan simen, keadaan ini serius!

Mungkin saluran hempedu badan tersumbat, menghalang bilirubin tidak dapat dikeluarkan bersama dengan najis, mungkin juga sirosis hati, batu karang, kolangiokarsinoma dan kanser hati.

Anda dicadangkan membuat pemeriksaan di hospital!

Jika warna najis tidak normal, diet harian dikecualikan dan warna masih tidak berubah selepas pemerhatian sesetengah masa, pergi ke hospital untuk pemeriksaan secepat mungkin!


Bau najis yang tidak normal

1. Najis berbau masam atau terbakar

Mungkin disebabkan oleh senak.

2. Najis berbau hanyir

Mungkin disebabkan oleh pendarahan gastrousus.


Ringkasan:

Dalam era maklumat yang diledakan ini, kita sering mengabaikan isyarat kesihatan di sekeliling kita. Berhajat besar sebenarnya memberikan banyak isyarat kesihatan tubuh badan supaya kita mengetahui masalah status kesihatan dan meningkatkan kualiti kehidupan kita.

**Ingat! ! ! Jangan tergesa-gesa mengepamkan najis anda selepas menggunakan tandas. Luangkan sikit masa untuk memerhatikan kesihatan najis anda !!

Jaga kesihatan anda dengan memberi perhatian pada najis anda!

此文章还有以下语言版本: 简体中文 (Chinese (Simplified)) English

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

Share This