Salah seorang pelanggan tetap saya baru-baru ini datang jumpa saya mengenai penyakitnya sambil mengambil ubat. Oleh kerana kediamannya jauh dari klinik kami, dan selalunya sibuk dengan kerja, dia sering menangguhkan keadaan dan hanya berkunjung apabila badannya tidak tahan. Untuk mengurangkan ketidakselesaannya, saya akan bertanya kepadanya setiap kali dia datang ke klinik jika dia ingin bergabung dengan rawatan akupunktur, dan setiap kali dia akan menolak. Pada mulanya, saya fikir dia akan menolak rawatan itu kerana dia tidak memahami akupunktur, jadi saya menjelaskan kepadanya keadaan yang akan berlaku semasa akupunktur pertama, dan melihat bahawa dia menolak setiap kali, saya mula menyedari bahawa mungkin masalahnya bukan kekurangan pengetahuan. Saya bertanya kepadanya sekali lagi dalam bilik konsultasi tentang kesanggupannya untuk menjalani terapi akupunktur, tetapi dia tetap menolak.

Atas kehairanan, saya bertanya tentang sebab dia tidak mahu mendapatkan rawatan akupunktur. Dia memberitahu saya bahawa seorang saudara tua menyatakan bahawa akupunktur boleh menyebabkan badan menjadi ketagih, terutamanya penyakit kronik yang memerlukan rawatan yang lama. Dia meminta maaf kepada saya selepas itu, menjelaskan bahawa dia sedar tentang faedah akupunktur, tetapi tidak mahu mengambil peluang bahawa akupunktur mungkin menyebabkan ketagihan. Saya memintanya memberi penjelasan dengan lebih lanjut kerana ini adalah kali pertama saya mendengar istilah ini, tentang jenis ketagihan akupunktur yang dia maksudkan dan manifestasi fizikal ketagihan badan terhadap akupunktur. Selepas mengenal pasti bahawa saya tidak tersinggung dengan apa yang dia katakan, dia terus menerangkan dengan lebih teliti tentang ketagihan tersebut. Katanya seorang warga emas dalam keluarga pernah menghidap ‘frozen shoulder’ dan diperkenalkan kepada pengamal perubatan Cina untuk melakukan rawatan akupunktur. Pada mula-mula, akupunktur seolah-olah membantu penyakit warga tua itu bertambah baik, tetapi selepas beberapa lawatan, dia mula merasakan penyakitnya tidak akan hilang melainkan dia terus menerima rawatan akupunktur. Bertambah pula, rawatan perlu dilakukan1-2kali setiap minggu, yang membuatkan lelaki tua itu berasa seperti ketagih akupunktur.Kini, semua ahli keluarganya keberatan untuk mendapatkan rawatan akupunktur. Setelah mendengar penerangan tersebut, saya menyedari bahawa mereka mempunyai idea yang salah dan dakwaan mereka bahawa akupunktur akan menjadi ketagihan adalah tidak betul. Untuk membetulkan salah faham ini, saya meluangkan masa untuk menjelaskan “akupunktur perubatan Cina” kepadanya.



【Apakah akupunktur?】

Akupunktur adalah kaedah terapi luaran perubatan Cinayang diketahui dan digunakan secara meluas. Rawatan luaran perubatan tradisional Cina merujuk kepada kaedah tidak menggunakan rawatan perubatan oral, biasanya di permukaan badan atau di luar badan, dan termasuk akupunktur, guasha, tuina dan bekam. Akupunktur adalah istilah yang merangkumi kedua-dua akupunktur dan moksibusi. Akupunktur adalah terapi yang memasukkan jarum akupunktur ke dalam titik akupunktur tubuh manusia, manakala moksibusi adalah terapi pemanasan titik akupunktur badan manusia dengan menggunakan mugwort.



【Peranan akupunktur】

Fungsi utama akupunktur adalah untuk merangsang aliran sepanjang saluran meridian. Meridian adalah seperti paip dalam badan, menyatukan organ-organ dalaman dan tisu-tisu tubuh manusia, dan memainkan peranan dalam mengendali fungsi qi, darah, dan tubuh manusia. Perangsangan aliran meridian membantu mengawal keseimbangan qi dan peredaran darah ke seluruh badan. Apabila meridian badan manusia disekat, sama seperti aliran air yang semakin kecil disebabkan paip air yang berhenti, ia menjejaskan peredaran qi dan darah dalam badan, menyebabkan ketidakselesaan, yang paling lazim termasuk kesakitan, kebas dan manifestasi lain. Apabila ini berlaku, terapi akupunktur diperlukan, di mana jarum akupunktur dimasukkan ke dalam titik akupunktur tubuh manusia untuk merangsang pelancaran meridian tersumbat dan membantu qi dan darah beredar.



【Adakah akupunktur menyebabkan ketagihan
?】


Rawatan akupunktur yang digunakan dengan betul tidak akan menyebabkan ketagihan kepada badan. Rawatan akupunktur, sama dengan rawatan yang lain, termasuk tuina, bekam, guasha dan terapi lain, tidak akan menyebabkan ketagihan badan sekiranya digunakan dengan betul.
Akupunktur digunakan untuk membantu merangsang qi badan untuk mengendali peredaran badan, dan faktor yang menyebabkan ketagihan badan, mungkin kerana badan orang itu sendiri telah menjadi malas dan tidak dapat mengendali peredaran dalam tubuh dengan lancar, jadi rawatan luaran diperlukan untuk mengekalkan peredaran, menyebabkan tubuh menjadi ketagih kepada akupunktur.

Secara umum, badan tidak akan ketagih kepada terapi akupunktur selepas satu atau dua bulan, tetapi akupunktur1atau2kali seminggu selama3bulan atau lebih daripada 6 bulan akan menyebabkan ketagihan badan. Untuk mengelak daripada fenomena ketagihan badan terhadap akupunktur, adalah penting untuk mendapatkan rawatan daripada pengamal perubatan Cina profesional yang boleh menentukan sama ada terdapat masalah dengan tubuh badan, dan hanya mendapatkan rawatan akupunktur apabila perlu, bukannya mendapatkan rawatan secara buta tuli.

Sebenarnya, bilangan dan kekerapan rawatan akupunktur bergantungbukan sahaja pada penilaian pengamal perubatan Cina profesional terhadap keadaan, tetapijuga pada konstitusi tubuh pesakit, perkembangan penyakit (akut vs kronik), dan jangka masa penyakit tersebut. Akibat ketidakupayaan badan untuk melawan penyakit dengan berkesan dan menjejaskan aliran meridian yang menyalur tenaga ke organ dalaman, penyakit berkembang dan menunjukkan pelbagai simptom penyakit. Matlamat rawatan, sama ada dari perubatan tradisional Cina atau perubatan moden, adalah untuk memperbaiki penjejasan yang dibawa oleh penyakit itu kepada tubuh melalui ubat-ubatan preskripsi atau cara lain supaya tubuh dapat memulihkan fungsinya dan melawan penyakit sehingga menjadi sihat. Dalam erti kata lain, semua rawatan hanyalah satu cara untuk membantu tubuh melawan penyakit; keupayaan tubuh untuk memulihkan kesihatan bergantung kepada keupayaan pemulihan tubuh badan sendiri. Sesetengah pesakit yang menghidap penyakit akut, di mana penyakit itu berlaku dalam tempoh yang singkat, dapat memulih dengan cepat sekiranya pesakit itu mempunyai konstitusi tubuh yang kuat dan zheng qi ( keupayaan tubuh untuk melawan penyakit) yang cukup dan penjejasanyang kurang terhadap tubuh oleh penyakit akut ; Sebaliknya, sesetengah penyakit kronik lebih sukar untuk didiagnosis kerana simptom penyakit mengambil masa yang lebih lama untuk muncul di dalam badan, biasanya disebabkan masalah yang berlarutan dalam jangka masa yang panjang, dan mungkin terdiri daripada masalah menyelebihi satu dalam badan tersebut. Penyakit kronik lebih memudaratkan kesihatan kerana ia menyebabkan kerosakan kekal kepada badan dan pesakit kronik mempunyai konstitusi badan yang lemah serta kekurangan upaya untuk melawan penyakit. Hal ini menggugatkan kesihatan kerana tubuh badan perlu sentiasa memperbaiki kerosakan yang dibawa oleh penyakit sewaktu berlawan dengan ia. Akibatnya, pemulihan mengambil masa, begitu juga dengan proses rawatan.



【Penutupan】

Sekiranya pesakit memberi kerjasama dan tidak mendapatkan rawatan secara buta tuli, pesakit tidak perlu risau dengan ketagihan badan terhadap terapi akupunktur. Pesakit juga perlumengubah tabiat yang kurang sihat, terutamanya tabiat pemakanan dan gaya hidup supaya tubuh badan mencapai keseimbangan qi dan darah (yin dan yang) dan dapat menyembuh daripada penyakit dengan cepat.

 

此文章还有以下语言版本: 简体中文 (Chinese (Simplified)) English

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

Share This