Dalam kehidupan harian, halia sering dianggap sebagai bahan perasa dan herba yang bermanfaat untuk kesihatan.
Namun, terdapat satu kenyataan yang disebar luas : “Makan halia pada waktu pagi lebih baik daripada ginseng, makan halia pada waktu malam seperti makan racun”.
Adakah kenyataan ini mempunyai asas saintifik? Dari sudut pandang TCM, masalah ini boleh dianalisis dari pelbagai aspek.
Kegunaan atau khasiat halia
Pertama sekali, kita perlu memahami khasiat asas halia. Halia bersifat panas, rasa pedas, ia mempunyai fungsi menghilangkan angin sejuk, memanaskan perut serta meredakan muntah, memanaskan paru-paru serta meredakan batuk. TCM percaya bahawa halia boleh menghilangkan angin sejuk dari badan dan memanaskan perut. Oleh itu, halia sering digunakan dalam rawatan selsema yang disebabkan oleh angin sejuk, muntah akibat perut sejuk, dan gejala lain yang berkaitan.
Kelebihan makan halia pada waktu pagi
Pernyataan “Makan halia pada waktu pagi lebih baik daripada ginseng” menekankan kebaikkan makan halia pada waktu pagi. Tenaga Yang badan meningkat pada waktu pagi, makan halia dalam jumlah yang sesuai membantu menghangatkan badan, melancarka peredaran darah dan meningkatkan tenaga Yang badan. Untuk golongan yang badan sejuk atau tenaga Yang lemah, makan halia pada waktu pagi berfungsi memperkuatkan keadaan badan.
Kenapa halia tidak sesuai dimakan pada waktu malam ?
Mengenai pernyataan “makan halia pada waktu malam seperti makan racun”, TCM berpendapat bahawa tenaga Yang tubuh badan pada waktu malam berkurangan, tenaga Yin meningkat. Jika mengambil halia yang bersifat hangat panas mungkin akan merangsang tenaga Yang berlebihan, tenaga Yin dan Yng tidak seimbang.
Secara khusus, makan halia pada waktu malam mungkin menyebabkan beberapa masalah berikut :
1.Mengganggu kualiti tidur:
Sifat panas dan pedas halia mungkin meningkatkan kepanasan dalam badan yang boleh mengakibatkan kesukaran untuk tidur atau penurunan kualiti tidur.
2.Meningkatkan ketidakselesaan perut:
Waktu malam adalah masa sistem pencernaan tubuh manusia berehat secara beransur-ansur, halia mungkin akan merangsang sistem pencernaan, menyebabkan ketidakselesaan perut serta sakit gastrik dan refluks asid perut.
3.Menyebabkan kepanasan badan:
Untuk golongan yang berbadan panas, makan halia pada waktu malam mungkin akan menambahkan simptom kepanasan seperti, mulut kering, sakit tekak dll.
Pergabungan Sains dan Tradisional
Walaupun TCM mempunyai teori yang asas, tetapi pernyataan “makan halia pada waktu malam seperti makan racun” ini tidak semestinya benar. Gabungan perubatan moden masih tidak dapat membuktikan makan halia pada waktu malam mempunyai kesan racun yang nyata. Namun dari perspektif keseluruhan TCM, cara pemakanan haruslah menurut hukum alam, mengelakkan makanan yang tidak sesuai pada masa yang tidak sesuai.
Kesimpulan
Kesimpulannya, pernyataan “makan halia pada waktu malam seperti makan racun” lebih kepada peringatan, bukan larangan perubatan yang ketat.
Untuk orang biasa, pengambilan halia dengan jumlah yang berpatutan tidak akan membawa pengaruh negatif yang ketara, tapi untuk sesetengah golongan seperti tenaga Yang berlebihan atau sistem pencernaan lemah, patut mengelakkan pengambilan halia pada waktu malam untuk mengelakkan ketidakselesaan.
Secara keseluruhan, cara pemakanan harus menekan kepada kesesuaian, masa dan ciri-ciri tubuh badan sendiri untuk mengekalkan kesihatan badan.
Harap anda mempunyai pengetahuan dan pemahaman yang lebih menyeluruh terhadap “makan halia pada waktu malam adalah makan racun” melalui artikel ini.
Cara pemakanan sihat memerlukan kedua-dua kearifan tradisional dengan perubatan moden, menemukan gaya hidup yang paling sesuai untuk diri sendiri.
此文章还有以下语言版本:
简体中文 (Chinese (Simplified))
English