Jatuh sakit, sering adalah pengalaman yang tidak gembira dan menakutkan, terutamanya kepada individu yang sering jatuh sakit. Pengalaman ini sering disertai dengan ketakutan, kesakitan atau ketidakselesaan badan, kebimbangan terhadap kehidupan harian yang mungkin akan diganggu.
Namun, jatuh sakit juga boleh dijadikan tanda peringatan terhadap keperluan mengubahbaikkan gaya hidup serta menghargai kesihatan fizikal dan mental.
Definisi kesihatan
- Definisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia
Pertubuhan Kesihatan Sedunia mentakrifkan kesihatan sebagai “keadaan keseluruhan yang sempurna dari segi fizikal, mental, dan sosial”, bukan hanya keadaan tanpa penyakit dan lemah. Definisi ini menekankan komprehensif dan multidimensi kesihatan, mengingatkan kita bahawa kesihatan tidak hanya melibatkan keadaan bebas penyakit fizikal, tetapi juga kesejahteraan emosi dan sosial.
- Pandangan kesihatan perubatan tradisional Cina (TCM)
Berbeza dengan pandangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, TCM mengemukakan pandangan kesihatan yang dinamik. TCM berpendapat bahawa kesihatan adalah satu keadaan yang menyesuaikan diri mengikut perubahan luaran dan seimbangkan dalaman.
Kenapa kita akan jatuh sakit ?
Jatuh sakit boleh dilihat sebagai reaksi badan terhadap rangsangan luaran dan ketidakseimbangan dalaman.Ini bukan sahaja proses fisiologi, tetapi juga cara tubuh memberikan maklumat, menunjukkan penyesuaian kita terhadap persekitaran, diet makan, gaya hidup dan keadaan emosi.
Jatuh sakit boleh dianggap sebagai reaksi semula jadi tubuh terhadap kecederaan dan perubahan persekitaran dalam jangka masa panjang. Melalui sakit, kita dapat memahami maklum balas tubuh terhadap persekitaran semasa, diet makan, gaya hidup, dan keadaan emosi. Oleh itu, penyakit adalah akibat daripada pengabaian kesihatan badan dalam jangka masa panjang atau gaya hidup yang tidak sihat.
Memikul tanggungjawab kesihatan sendiri
Untuk menjaga kesihatan, kita perlu memberi perhatian kepada beberapa faktor:
1. Mengekalkan keadaan mental yang positif:
Dari sudut TCM, emosi adalah faktor penting yang mempengaruhi kesihatan. Mengekalkan keadaan mental yang positif dan tenang sangat penting untuk kesihatan.
2. Tidur yang mencukupi:
Keadaan tidur yang baik adalah asas kepada pemulihan dan kesihatan badan.
3. Senaman yang sesuai:
Jumlah senaman yang sesuai meningkatkan fungsi badan, sistem imun dan pencegah penyakit.
4. Nutrisi yang seimbang:
Diet makan yang sesuai dapat memberikan nutrisi yang diperlukan badan, mengekalkan kesihatan fizikal dan mental.
Kesihatan sendiri di genggaman kawalan sendiri.
Kesihatan memerlukan jagaan kita. Kita semua mempunyai keupayaan untuk mempengaruh keadaan kesihatan kita sendiri. Rawatan dan produk kesihatan hanya salah satu cara bantuan, setiap harus memikul tanggungjawab. Mendengar keperluan tubuh badan sendiri, memperbaiki tingkah laku yang mempengaruhi kesihatan, termasuk mengubahbaikkan diet makan, meningkatkan aktiviti badan, mengurus tekanan dan emosi sendiri. Melalui keputusan kecil dan tindakan harian, memberi pengaruh positif kepada keadaan kesihatan sendiri dan meningkatkan kualiti hidup.
此文章还有以下语言版本:
简体中文 (Chinese (Simplified))
English