Dalam amalan klinikal, banyak orang yang akan mempunyai keadaan otot kebas, sendi kebas, sakit atau pergerakan badan terjejas pada cuaca mendung, hujan atau dalam sesetangah keadaan dan suhu menurun mendadak, badan seperti dipasang sistem ramalan cuaca, dapat meramal cuaca hujan dan suhu rendah dengah tepat. Kesakitan dan ketidakselesaan sendi ini dipanggil “reumatisme” oleh orang tua. Oleh itu, ramai orang tersalah sangka keadaan tersebut adalah artritis.
Memahami artritis dalam Perubatan Barat
Sakit sendi tidak sama dengan artritis, artritis bukan sahaja keradangan pada bahagian sendi, ligament dan tisu lembut, ia juga akan mempunyai keadaan bengkak kemerahan, kesakitan, pergerakan terhad dan juga gangguan fungsi.
Artritis boleh dibahagikan kepada pelbagai jenis, mari kita memperkenalkan 3 jenis yang biasa dijumpai.
1. Artritis Osteo
Artritis Osteo, adalah disebabkan oleh penuaan dan kehausan sendi, biasanya berlaku pada golongan berumur 50 tahun ke atas. Sendi lutut dan sendi pinggul adalah bahagian yang mudah menyebabkan osteoartritis.
Gejala biasa: Ketidakselesaan sendi unilateral, sakit sendi yang teruk semasa membungkuk atau naik turun tangga, ketegangan sendi yang mungkin dirasai ketika bangun dari tidur waktu pagi dan ketegangan berkurang selepas aktiviti tetapi kesakitan bertambah kalau aktiviti berlebihan.
2. Artritis pasca streptokokus
Kebanyakkan artritis adalah disebabkan oleh bakteria dalam saluran pernafasan (streptokokus hemolitik), golongan yang biasa terjejas adalah kanak-kanak dan remaja. 。Artritis pasca streptokokus boleh menjejaskan sendi besar seperti bahu, siku, lutut dan buku lali.
Gejala biasa: kecederaan di beberapa sendi pada masa yang sama atau berpindah dari satu sendi ke sendi yang lain (sifat migratori), sakit akut tetapi sendi bengkak yang minimal dan pemulihan fungsi sendi selepas gejala artritis tanpa deformity muncul.
3. Artritis Reumatoid
Disebabkan oleh sistem imun menyerang sendi sendiri dan biasanya dialami oleh wanita. Sendi yang kecil terutamanya bahagian jari lebih mudah diserang oleh artritis reumatoid.
Gejala biasa: simetri pada sendi bilateral bermula, ketegangan selepas bangun tidur pada waktu pagi, tidak berupaya untuk buat pergerakan tangan sesuka hati dan sesetangah orang akan berasa sakit di sendi jari. Kemudian mempengaruh sendi kecil yang lain, deformasi dan gangguan pada sendi jari juga akan berlaku pada fasa akhir.
TCM ‘Reumatisme’
Dalam Perubatan Tradisional Cina, reumatisme merujuk kepada sendi yang tidak cedera atau meradang tetapi mengalami kesakitan ketika hari hujan; sakit sendi ini adalah Bi Syndrome. Perkataan bi bermaksud “penyumbatan”.
Dalam pandangan TCM, faktor yang menyebabkan kesakitan boleh diklasifikasikan kepada dua kategori: mengalami Qi yang tidak baik di bahagian luar dan gangguan dalaman. TCM mendefinisikan reumatisme sebagai “angin” dan “lembap” memasuki badan. Sebab kebanyakkan reumatisme memanifestasikan sebagai sejuk, gabungan ketiga-tiga Qi yang tidak baik ini mengudang kepada penyakit angin, sejuk dan lembap.
Angin adalah angin alam sekitar, memiliki ciri-ciri pergerakan aliran, akan memasuki ke badan kita tanpa disedari, membawa bahaya bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi juga bekerjasama dengan Qi lain yang tidak baik untuk mencederakan badan kita.
Kelembapan adalah cecair dalam badan lebih padat daripada air dan sebab ia susah untuk mengalir, cecair tersebut terkumpul di kawasan tertentu terutamanya bahagian sendi. Kelembapan berkumpul dalam badan, bermula dari kulit dan kemudian ke otot, tulang, sendi, bahagian luar pembuluh darah, bahagian dalam pembuluh darah dan akhirnya organ dalaman. Setiap serangan pada satu bahagian akan mempunyai presentasi yang berbeza.
Semasa kelembapan berkumpul di dalam sendi, angin memasuki badan, digabungkan dengan faktor sejuk, otot dan sendi mengecut dan kaku, menyebabkan Qi dan darah mengalir di kawasan ini tidak sekata. Pergerakan sendi juga menjadi terhad, mengakibatkan kesakitan, kekejangan, kebas dan rasa berat.
Bahu, leher, lutut dan buku lali adalah sendi yang banyak terjejas oleh angin, sejuk dan lembap. Kebanyakkan bahu, leher dan lutut mendedah di luar jadi bahagian-bahagian tersebut akan kekurangan kehangatan, mudah kesejukan selepas terdedah kepada angin dan hujan; Buku lali kerap digunakan pada aktiviti harian, selepas terdedah kepada angin dan sejuk, pengaliran darah terjejas mengakibatkan penyumbatan dan sakit.
Bagaimanakah reumatisme terbentuk?
1. Berada di bawah matahari untuk jangka masa yang tertentu, liang roma berada dalam keadaan terbuka dan menyejukan badan dengan penghawa dingin serta merta mengakibatkan peluh yang belum sempat mengalir tersumbat di bawah kulit.
2. Tidak mengelap badan serta merta selepas siap mandi, melangkah keluar dari bilik mandi dan tertiup angin, wap air mengalir ke dalam badan melalui liang roma dan mengakitbatkan kelembapan.
3. Makan makanan sejuk dan minum minuman sejuk untuk jangka masa yang panjang merosakkan limpa dan perut, mempengaruh fungsi pencernaan, mengehadkan pengaliran cecair dalam badan dan menambahterukan kelembapan badan.
Pencegahan reumatisme
TCM berorientasikan kepada manusia, memberi keutamaan kepada pencegahan dan pengurusan risiko. Berdasarkan asas ini, 3 komponen yang disenaraikan di bawah berfungsi sebagai rujukan untuk perlindungan sendi.
1. Menghangatkan badan dan elakkan daripada kesejukan.
- Memastikan kehangatan sendi yang mudah kehausan dan keletihan, pek panas boleh digunakan apabila sendi berasa sakit.
- Mengelakkan menyejukkan diri dengan penghawa dingin atau kipas meniup terus ke sendi semasa cuaca panas.
- Apabila cuaca menjadi sejuk, memakai pakaian yang menghangatkan badan dan menutupi bahagian kaki, pusar, bahu dan belakang.
2. Mengawal berat badan dan cara pemakanan secara munasabah.
- Hilang kawalan berat badan untuk jangka masa yang panjang akan menambah beban kepada sendi, mengakibatkan kehausan sendi, mempercepatkan penuaan sendi dan mengundang kepada artritis.
- Mengelakkan mengambil barang yang berat dan posisi badan yang tidak elok untuk jangka masa yang panjang untuk mengurangkan kehausan sendi.
3. Membuat senaman mengikuti keupayaan sendiri.
- Senaman yang bersesuaian boleh membantu penghasilan cecair synovial di bahagian sendi, menguatkan otot dan sendi untuk mengurangkan kecederaan dan kehausan.
- Senaman yang keterlaluan atau melebihi had badan akan memudaratkan badan dan membawa kepada penyakit.
- • Menilai dan memilih jenis senaman berdasarkan keadaan fizikal dan tahap kesakitan sendiri. Jika bahagian sendi berasa tidak selesa atau sakit, prinsip utama aktiviti tersebut tidak harus penambahteruk kesakitan.
- • Bersenam dalam lingkungan 1 jam setiap hari dan memilih senaman ringan yang tidak akan mencederakan sendi seperti berenang, berbasikal, Tai Chi dsb.
此文章还有以下语言版本:
简体中文 (Chinese (Simplified))
English