Malaysia adalah negara yang mempunyai hutan hujan tropika, musim panas sepanjang tahun, sebab itu ulser mulut dan lidah sering berlaku.Ulser mulut dan lidah adalah penyakit yang biasa berlaku, kebanyakkannya sering berulang dan susah untuk sembuh. Ia juga dikatakan sebagai luka mulut.

Perubatan Tradisional Cina berpendapat bahawa luka bernanah berkaitan dengan “api”, oleh itu ulser mulut dan lidah kebanyakkan disebabkan oleh “api”, tetapi “api” boleh dikategorikan kepada “api panas” dan “api panas lemah”. Contohnya merokok, pengambilan alkohol dan makanan berlemak yang berlebihan, kemasukkan lembap panas atau tekanan emosi kebanyakkan “api panas” ; Berbadan lemah tenaga Yin, penyakit panas, tidur yang tidak mencukupi dan keletihan untuk jangka masa yang panjang kebanyakkan “api panas lemah”.



Apa yang perlu buat semasa ulser mulut dan lidah berlaku ?

1) Menjaga kebersihan mulut adalah langkah pertama untuk memperlahankan ulser mulut dan lidah. Berkumur selepas makan dengan ubat air kumur untuk membersihkan kuman dan sisa makanan dalam mulut dan membantu mengurangkan rasa sakit. Mengelakkan pengambilan sup panas atau makanan yang pedas dan tidak merangsang keadaannya.

2) Berkumur dengan garam, campur air dengan garam, berkumur selama 10 minit dan meludah, 3 hingga 5 kali sehari, ulser mulut dan lidah akan berkurangan sesetengah masa kemudian. Air garam boleh mengurangkan keradangan dan membasmi kuman dalam mulut, adalah salah satu cara rawatan ulser mulut.

3) Berkumur dengan teh pekat, teh mengandungi pelbagai vitamin, boleh mengelakkan dan merawat keradangan, membantu dalam pemulihan ulser mulut dan lidah.

4) Untuk mempercepatkan pemulihan ulser, perubatan yang membantu pemulihan boleh digunakan seperti serbuk tembikai. Menyapukan ubat atas bahagian ulser dapat mengurangkan kesakitan dan membantu pemulihan.

5) Untuk mengurangkan kesakitan rongga mulut, boleh mendapatkan nasihat doktor dan menggunakan perubatan seperti amoxicillin dan metronidazole. Ubat-ubat ini boleh meringankan keadaan keradangan dan mengurangkan rasa sakit.



Penjagaan harian

1) Cara pemakanan: Mengurangkan makanan pedas dan pengambilan alkohol, banyak minum air, boleh makan peria, teratai, minum teh krisan, kacang hijau, Yuzu dll. Tidak makan makanan yang terlalu berminyak, banyak makan makanan yang ringan atau kurang berat, makan buah dan sayur-sayuran, kurangkan makan kambing dan lembu yang lebih “panas”.

2) Menstabilkan emosi: Selain daripada cara pemakanan, emosi juga salah satu sebab “kepanasan”, menstabilkan emosi, tidak terlalu sedih, marah dan melepaskan tekanan. Melepaskan tekanan dengan sewajarnya, tidak menyimpan semuanya dalam hati dan tidak kehilangan kawalan emosi. Cara yang baik untuk melepaskan tekanan seperti berenang, bermain bola atau melancong digalakkan.

3) Memastikan tidur yang mencukupi: Orang yang tidak cukup tidur lebih mudah “naik api”, memastikan tidur selama 8 jam, tidak berjaga dari tidur, jika terpaksa harus berjaga dari tidur, menggantikan tidur pada hari yang seterusnya. Jika insomnia, mendapatkan nasihat seawal mungkin. Kualiti tidur juga amat penting, tidak tidur di bawah suasana yang terlalu bising.

4) Bersenam: Orang yang berbadan lemah juga senang “naik api”, sering bersenam membantu meningkatkan sistem imun. Badan yang sihat pada masa yang sama emosi yang sihat juga membantu dalam keadaan tidur, oleh itu bersenam bukan sahaja cara untuk mendapatkan badan yag sihat, ia juga mempengaruhi perkara yang disebut atas.



Cadangan diet perubatan:

1) Sup kulat putih: Sup kulat putih juga salah satu diet perubatan yang mengandungi pelbagai nutrisi, melembapkan dan menyegarkan serta mengurangkan kepanasan. Kulat putih juga mengandungi protein kolagen, membantu melembapkan membran mukosa mulut, mengurangkan rasa sakit ulser.

Cara: Merendam kulat putih hingga lembut dan koyakkan kepada kepingan kecil, menambah air dalam kadar yang sesuai dan mendidih, mengacaukan sekali dengan gula ais dan memasak sehingga kulit putih lembut.

—–

2) Minuman madu teh krisan: Minuman madu teh krisan boleh mengurangkan kepanasan dan meredakan racun, lembap dan mengurangkan kesakitan, membantu mengurangkan keadaan ulser.

Cara: Mendidih bunga krisan dalam air yang secukupnya, keluarkan bunga dan menambah madu dalam kadar yang sesuai serta menggaul.

—–

3) Minuman tembikai dengan madu: Minuman tembikai dengan madu mempunyai fungsi menghilangkan dahaga, membantu mengurangkan kesakitan dan kekeringan yang disebabkan oleh ulser.

Cara: Mengupas dan memotong tembikai, mendidih dalam air yang secukupnya, menambah madu dan gaul campur sekali.

—–

Ulser mulut dan lidah biasanya berlaku selama kira-kira 10 hari, jika ulser berulangan dan berlarutan tidak sembuh, sila mendapatkan nasihat dari doktor dan pakar di klinik berdaftar atau hospital, tidak melengahkan rawatan.

 

此文章还有以下语言版本: 简体中文 (Chinese (Simplified)) English

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

Share This