Penyakit pening pergerakan juga dikenali sebagai mabuk kereta, mabuk kapal, dan mabuk kapal terbang. Sering berlaku semasa menggunakan kendaraan serta gejala seperti pening kepala, mual, muntah, ketidakselesaan pada bahagian atas perut, pucat, dan peluh sejuk. Biasanya, gejala-gejala tersebut akan berkurangan setelah berhenti dari perjalanan dan tidak akan membahayakan nyawa.

Mabuk pergerakan bukan penyakit, berbeza dengan penyakit yang biasa, ia hanya tindak balas badan sensitif terhadap rangsangan yang berlebihan. Oleh itu, tiada penawar atau cara untuk mengubatinya, cara pencegahan atau rawatan yang sedia ada hanya dapat melegakan atau mengurangkan gejala untuk sementara waktu sahaja.



Sebab mabuk kereta:

1) Kualiti tidur yang tidak baik atau kepenatan.

2) Terlalu kenyang atau terlalu lapar.

3) Masalah atau penyakit bahagian telinga.

4) Ruang yang tertutup menyebabkan peredaran udara tidak lancar atau rangsangan bau yang kuat seperti bau petrol.

5) Perbezaan individu: Apabila sistem keseimbangan dirangsang keterlaluan, seperti brek kecemasan atau putaran yang kuat, rasa pening kepala juga akan berlaku walaupun sistem keseimbangan badan dalam keadaan selamat dan normal, ini adalah keadaan fisiologi normal yang akan berkurangan dalam masa yang pendek. Namun, sesetengah orang mempunyai tahap toleransi yang rendah terhadap rangsangan keseimbangan dan akan bereaksi terhadap rangsangan yang lemah.



Cara mengurangkan keadaan mabuk perjalanan:

1) Ubat mabuk perjalanan: Mengambil ubat mabuk perjalanan seperti Veloxin kira-kira 30 minit sebelum menaiki kenderaan atau kapal. Wajib mengikuti arahan atau mendapatkan nasihat daripada doktor mengenai dos dan cara penggunaan ubat, menghindari mengambil ubat sembarangan atau jumlah yang berlebihan.

2) Kulit oren: 1 jam sebelum menaiki kenderaan, kulit oren segar melipat menghadap dalam dan menekannya berhala lubang hidung, kulit oren akan melepaskan semburan aromanya. Menghirup 10 kali keatas dan mengulangi sepanjang perjalanan.

3)Minyak angin (contohnya minyak kayu putih): Dalam perjalanan, sapukan minyak angin pada pelipis atau titik ‘Fengchi’. Menitis dua titis minyak angin pada bahagian pusar dan ubat salapan untuk mengelakkan “kebasahan”.

4) Cuka: Minum segelas air suam dengan cuka 5-10 minit sebelum perjalanan, membantu mengurangkan keletihan dan tidak mudah mabuk perjalanan. Contohnya cuka makan yang digunakan untuk memasak atau cuka gyoza.

5) Halia segar: Pegang sekeping halia segar dalam perjalanan dan membau aroma pedas halia di bawah hidung. Anda juga boleh menampalkan halia pada bahagian pusar.

6) Menekan titik akupoint ‘Neiguan’: Semasa mabuk perjalanan, menekan titik akupoint ‘Neiguan’ menggunakan ibu jari (terletak di bahagian dalam pergelangan tangan, agak-agak dua jari lebar dari garis lintang pergelangan tangan, di antara dua tendon).


Orang yang mabuk perjalanan boleh mengikat tali pinggang untuk mengelakkan pergerakan berlebihan organ dalaman. Memilih tempat duduk yang tidak terlalu bergoyang, fokus pandangan ke arah yang jauh dan cuba mengelakkan melihat objek yang dekat. Pegang pemegang untuk mengurangkan tekanan organ dalaman terutamanya semasa menurun bukit. Memastikan kelancaran peredaran udara kalau berada dalam kereta yang lebih bertutup rapat atau kenderaan yang kuat berbau petrol, ini membantu mengelakkan diri daripada mabuk perjalanan. Memilih tempat duduk yang dekat dengan bahagian depan kenderaan dan rehat jika berasa tidak selesa. Tidur, adalah cara yang paling berkesan dan menjimatkan kos untuk mengelakkan mabuk perjalanan.

此文章还有以下语言版本: 简体中文 (Chinese (Simplified)) English

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

Share This