
Pada waktu siang, asyik rasa mengantuk selepas makan.
Mengikut teori perubatan barat, ini disebabkan oleh darah berkumpul di bahagian perut usus untuk proses penghadaman. Pengaliran darah ke bahagian otak berkurang, maka berlakunya mengantuk selepas makan.
Apakah pandangan TCM?
Dari segi TCM, keadaan ini adalah kekurangan Qi di organ limpa. Limpa merupakan peranan penting untuk pembahagian nutrien, Qi dan bendalir. Sebahagian makanan dihadam oleh perut dan menjadi bijirin Qi daripada limpa, ia akan dibahagikan ke organ yang lebih tinggi – paru-paru, di mana bijirin Qi akan bercampur dengan udara sedutan. Campurannya disifatkan sebagai kumpulan Qi yang akan dibahagikan kepada jantung seterusnya.

Sebab itu, sekiranya Qi limpa meningkat, sistem penghadaman baik. Sebaliknya, Qi limpa lemah, sistem pencernaan menjadi semakin lambat, maka penyerapan nutrien and pergerakan usus akan dipengaruhi, menyebabkan seseorang rasa mengantuk.
Jika individu yang keadaan limpa lemah tidak serius, maka rasa mengantuk masih boleh dikawal, boleh membuat kerakan jari, meregangkan badan dll. Jika individu yang keadaan limpa lemah serius, rasa mengantuk mungkin tidak dapat dikawal dan tidur selepas makan, lebih susah untuk meneruskan bekerja.

Namun, keadaan lain yang akan mengakibatkan mengantuk selepas makan adalah cara pemakanan. Jika jenis makanan lebih berminyak, terlalu masin, terlalu manis, kahak atau kelembapan dalam limpa akan dibentuk. Kedua-duanya melemahkan fungsi limpa dan bahagian perut. Ini juga mengakibatkan ketidakseimbangan bendalir.
Untuk individu yang Qi limpa lemah, TCM menguatkan fungsi limpa dengan menyegar dan meningkatkan fungsi limpa dan Qi, kita mencadangkan untuk mengurut beberapa titik akupunktur ini yang boleh menguatkan fungsi limpa seperti ST 36 Zusanli, BL 20 Pishu dan SP 9 Yinlingquan:

Untuk individu yang limpa berkahak dan lembap, TCM mengekalkan fungsi limpa dengan mengurut titik akupunktur seperti ST 36 Zusanli, LI 11 Quchi dan ST 40 Fenglong:

Nota yang perlu diingati:
1. Makan pada masa yang tetap.

2. Elakkan terlampau makan. Makan 70% kenyang.

3. Cara pemakanan ringan, kurang minyak, kurang garam dan kurang gula.

4. Mencadangkan individu yang Qi limpa lemah mengambil herba seperti yam China, buah gorgon, biji teratai, akar codonopsis, akar false starwort, milkvetch dan selainnya.

5. Mencadangkan individu yang limpa berkahak dan lembap mengambil herba seperti kulit oren, hoelen, barli, kacang lentil, fructus amomi dll.

此文章还有以下语言版本:
简体中文 (Chinese (Simplified))
English


