Ketika proses pemeriksaan, saya sering ditanya beberapa soalan:

“Praktitioner, kenapa saya sudah menjaga kehidupan harian, saya masih sering jatuh sakit ?”
“Praktitioner, kenapa kita saling berjangkit, tetapi gejala dia tidak sama ?”
“Praktitioner, kenapa saya jatuh sakit dahulu, tetapi dia sembuh dahulu ?”

Soalan-soalan ini menunjukkan pemahaman terhadap kesihatan dan penyakit yang berbeza. Dari sudut TCM, setiap orang mempunyai ciri fizikal yang unik dengan pelbagai perbezaan fisiologi dan fizikal.


Definisi dan kesan ciri fizikal

Ciri fizikal merujuk kepada keadaan khas yang stabil dalam diri seseorang sepanjang kehidupannya, yang dipengaruhi oleh faktor genetik bawaan serta persekitaran. Ia terbentuk dari peringkat pertumbuhan, perkembangan sehingga penuaan, dan melibatkan aspek-aspek fizikal (jing), fungsi fisiologi (qi), serta psikologi dan sifat keperibadian (shen).

TCM membahagikan ciri fizikal manusia mengikut Yin Yang badan, Qi darah dan cecair badan, sesetengah penyakit atau ciri fizikal didapati berkait rapat. Memahami ciri fizikal seseorang adalah sangat penting untuk pengesanan awal dan rawatan penyakit. Dengan mengenal pasti ciri fizikal tertentu, strategi rawatan dan pencegahan yang diperibadikan dapat dirangka, seterusnya mencapai langkah intervensi yang lebih berkesan dan khusus.


Perubahan dan Penyesuaian Ciri Fizikal.

Walaupun ciri fizikal terbentuk sejak lahir, ia bukanlah sesuatu yang kekal dan tidak berubah. Ia boleh disesuaikan mengikut peningkatan usia, perubahan gaya hidup, serta perbezaan persekitaran. Sebagai contoh, seseorang yang mempunyai ciri fizikal lembap-panas ketika muda mungkin akan berubah kepada ciri fizikal lain melalui perubahan tabiat pemakanan atau persekitaran hidup. Oleh itu, ciri fizikal boleh diperbaiki melalui usaha dan penyesuaian yang dilakukan selepas kelahiran.


Memahami perbezaan ciri fizikal antara kanak-kanak dan orang dewasa.

Kembali kepada topik, diketahui bahawa ciri fisiologi dan patologi kanak-kanak berbeza daripada orang dewasa. Jadi, bolehkah ciri fizikal kanak-kanak dikelaskan dengan cara yang sama seperti orang dewasa? Sebenarnya, ciri fizikal kanak-kanak memang berbeza daripada orang dewasa! Walaupun pada masa ini belum ada standard yang seragam untuk pengelasan ciri fizikal kanak-kanak, mereka berada dalam fasa penting pertumbuhan dan perkembangan, jadi ciri fizikal mereka jelas berbeza daripada orang dewasa. Oleh kerana keunikan ciri fizikal kanak-kanak ini, ia menyebabkan mereka lebih mudah terkena penyakit tertentu. Oleh itu, memahami ciri fizikal kanak-kanak dapat membantu dalam pencegahan dan rawatan penyakit dengan lebih berkesan.


Ciri Fisiologi dan Patologi Khusus Kanak-Kanak

Ciri fisiologi dan patologi kanak-kanak bukanlah cerminan kecil dari orang dewasa, sebaliknya ia mempunyai keunikan tersendiri:

(1) Kanak-kanak penuh dengan vitaliti selepas dilahirkan. Dengan penjagaan yang betul, pertumbuhan fizikal dan perkembangan kecerdasan mereka lebih cepat berbanding orang dewasa.

(2) Organ-organ kanak-kanak adalah lebih lembut, struktur serta fungsi fisiologinya belum matang jika dibandingkan dengan orang dewasa.

(3) Daya tahan penyakit kanak-kanak lebih lemah berbanding orang dewasa, ditambah pula dengan ketidakupayaan mereka untuk mengatur suhu persekitaran dan mengawal pemakanan. Oleh itu, kadar kejadian penyakit yang melibatkan paru-paru dan limpa adalah lebih tinggi.

(4) Kanak-kanak bukan sahaja mudah jatuh sakit, tetapi perkembangan penyakit mereka juga lebih cepat dan kompleks berbanding orang dewasa. Namun, jika mereka mendapat rawatan dan penjagaan yang tepat pada masanya, pemulihan daripada penyakit juga lebih cepat berbanding orang dewasa.


Semua diatas adalah kandungan bahagian (1), ingin mengetahui lebih lanjut ?

Sila tunggu untuk artikel seterusnya yang akan dikongsi oleh Prac. Chung.

此文章还有以下语言版本: 简体中文 (Chinese (Simplified)) English

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

Share This