
“Pengamal, saya dengar bekam api boleh hilangkan kelembapan dalam badan. Saya rasa badan saya lembap. Jadi saya selalu rasa letih dan tak cukup tidur tiap-tiap hari. Perlukah saya buat bekam api setiap hari?”
“Pengamal, saya nak buat bekam api. Boleh saya bekam setengah jam?”
Ini adalah beberapa soalan yang pesakit sering bertanya kepada kami.

Walaupun bekam adalah salah satu kaedah rawatan dalam perubatan tradisional Cina dan mempunyai manfaat tertentu untuk tubuh, bekam tidak boleh dilakukan setiap hari!Terutamanya, bahagian yang sama tidak boleh dibekam setiap hari. Sebaiknya tunggu sehingga kesan bekam sebelumnya hilang sepenuhnya sebelum melakukan rawatan bekam lagi.
Membekam setiap hari boleh menyebabkan regangan berulang pada otot, mengakibatkan otot menjadi longgar dan kerosakan jangka panjang. Selain itu, bekam itu sendiri boleh menyebabkan kapilari darah pecah, liang roma di kawasan tersebut akan menjadi lebih besar, memudahkan pencerobohan angin dan lembap, seterusnya demam. Bekam juga boleh meningkatkan risiko jangkitan kulit; individu yang mempunyai tubuh yang lemah tidak digalakkan untuk membekam setiap hari, kerana ini boleh menyebabkan kekurangan ‘Yang Qi’ dan mengganggu keseimbangan badan. Wanita yang sedang haid atau hamil juga tidak digalakkan untuk membekam.
Fungsi-fungsi bekam api:
- Melegakan ketegangan otot
- Meningkatkan Qi untuk melancarkan peredaran darah
- Menghilangkan sejuk dan menyahtoksik
- Melegakan kesakitan

Berapa kerapkah bekam sesuai dilakukan?
Seminggu sekali.
Bekam api boleh melegakan ketegangan otot atau menghilangkan sejuk, tetapi ia tidak sesuai dilakukan setiap hari, kerana ia akan menghabiskan intipati dan meningkatkan risiko jangkitan kulit.
Oleh itu, melakukan bekam paling banyak sekali seminggu. Jika terdapat luka kulit yang serius, lepuh atau lebam yang belum sembuh, lebih baik tunggu sehingga ia sembuh sepenuhnya sebelum melakukan rawatan bekam lagi.
Berapa lama bekam boleh ditinggalkan pada badan dalam satu sesi?
Biasanya, bekam ditinggalkan selama 10-15 minit. Jika terlalu lama, tekanan negatif yang berlebihan boleh menyebabkan lepuh dan meningkatkan risiko jangkitan kulit. Namun, jika terlalu singkat, ia tidak akan memberikan kesan yang efektif untuk melancarkan pengaliran tenaga dalam badan.

Bolehkah mandi selepas berbekam?
Jangan mandi selepas berbekam, terutamanya mandi air sejuk Jika tiada lesi kulit, anda boleh mandi 3-4 jam selepas berbekam.
Jika berlakunya lepuh, jangan mandi hari itu, tetapi boleh lap badan dan jangan sentuh bahagian yang lepuh dengan air.

Warna tanda bekam boleh menunjuk keadaan fizikal badan:
- Tanda merah atau merah jambu: Biasa dan pengaliran darah baik.
- Lepuh pada tanda: Kelembapan dalam badan terlalu banyak. Jika terdapat darah dalam lepuh, bermakna terdapat kelembapan-panas di dalam badan.
- Tanda putih kelabu: Kebanyakannya disebabkan oleh kesejukan atau kelembapan, dan Qi dengan darah yang tidak mencukupi dalam badan.
- Ruam atau rasa gatal pada tanda: Terdapat angin atau badan lemah dan Qi dengan darah tidak mencukupi.
- Tanda merah terang: Kekurangan Qi dengan darah atau kekurangan Yin dan api dalaman yang berlebihan.
- Tanda merah gelap: Ia mungkin disebabkan oleh hiperlipidemia atau panas dalaman yang berlebihan.
- Tanda ungu gelap: Ia mungkin disebabkan oleh bekalan darah tidak mencukupi ke badan atau pengaliran darah tidak lancar.

Ringkasan:
Walaupun bekam api boleh memberikan manfaat kepada tubuh badan kita, tetapi tidak digalakkan mengikut trend secara buta iaitu melakukan bekam api setiap hari. Semua perkara perlu dilakukan secara sederhana dan saintifik supaya mencapai kesan yang kita inginkan.
此文章还有以下语言版本:
简体中文 (Chinese (Simplified))
English


