Kelembapan adalah konsep teori Perubatan Tradisional Cina, bermaksud rangkaian gejala yang disebabkan oleh kelembapan persekitaran memasuki badan manusia atau penimbunan kelebapan air.

Kelembapan dibahagikan kepada kelembapan luaran dan kelembapan dalaman :

Kelembapan luaran terutamanya berkaitan dengan cuaca yang lembap, basah berjalan dalam hujan, tempat tinggal yang lembap dll.

Kelembapan dalaman pula terutamanya berkaitan dengan diet makan yang tidak sesuai, masalah fungsi sistem pencernaan dll.

Air adalah bahagian penting untuk tubuh manusia dimana ia merangkumi 70% berat badan, apabila cuaca mempunyai perubahan besar atau mengalami masalah fungsi cecair dalam tubuh, kelembapan akan berlaku. Masalah “kelembapan” biasanya tidak terjadi secara individu, ia akan muncul bersamaan dengan sejuk, dengan panas dan dengan angin.


Sebab kelembapan tubuh manusia serius

1) Cara makan :

Makanan sejuk, ais krim atau sayur-sayuran yang bersifat sejuk akan menyebabkan sistem pencernaan tidak berfungsi, kurangkan jumlah makan. Boleh menambah bawang dan halia untuk mengurangkan sifat sejuk sayur-sayuran; berminyak, terlalu masin, terlalu manis dll makanan yang susah untuk mencerna akan menyebabkan ketidakselesaan lima perut, mempengaruhi metabolisme air, mengakibatkan kelambapan.

2) Kualiti tidur :

Tidur tidak mengakibatkan kelembapan. Namun, jika masa tidur tidak mencukupi atau tidur yang tidak berkualiti, ini mungkin akan mempengaruhi sistem imun dan fungsi metabolisme, risiko kelembapan meningkat. Sistem imun menurun menyebabkan tubuh manusia tidak dapat menanggung serangan dan pengaruh kelembapan. Selain itu, tidur yang tidak mencukupi dan kualiti tidur yang tidak baik mungkin menyebabkan fungsi metabolisme menurun, air dan badan tidak dapat dikeluarkan dari tubuh, meningkatkan risiko kelembapan. Oleh itu, masa tidur yang mencukupi dan kualiti tidur yang elok membantu mencegah dan merawat kelembapan.

3) Keadaan persekitaran :

Malaysia adalah negara hutan hujan topika, oleh itu lembap dan sering hujan, kandungan air dalam udara lebih tinggi, tambahan pula ada masa tidak lap kering selepas terkena air hujan, ini mungkin menyebabkan kelembapan memasuki tubuh badan. Selain itu, persekitaran kedaman lembap, pengudara tidak baik, kurang cahaya matahari, semuanya berkemungkinan kelebapan tinggi, atau selalu berkerja di tempat yang lembap, gelap dingin dll sebab.

4) Kurang bersenam :

Kurang bersenam untuk jangka masa yang panjang mempengaruhi metabolisme dan sistem imun, kelembapan badan tidak dapat dikeluarkan dan menyebabkan keadaan lembap serius. Maka itu, senaman yang berpatutan membantu metabolisme, mengeluarkan kelembapan, meningkatkan sistem imun, mencegah kelembapan.

5) Emosi:

Tekanan kerja dan tekanan hidup pada masyarakat kini semakin serius, berada di tekanan emosi untuk jangka masa yang panjang boleh menyebabkan ketidakseimbangan fungsi badan, mempengaruh metabolisme kandungan air, pada masa yang sama sistem imun badan akan menurun. Oleh itu, penjagaan kesihatan mental boleh mencegah masalah kelembapan.


Gejala kelembapan tubuh badan

1) Apabila kelembapan memasuki badan, kepala berasa berat, seperti dibalut sehelai kain, berlaku bersamaan dengan tiada bersemangat dan berasa letih.

2) Jika kelembapan dalam tubuh badan manusia serius badan dan anggota badan akan berasa berat letih, pergerakan lambat dan ketidakselesaan.

3) Jika najis tidak membentuk untuk jangka masa yang panjang, kelembapan berlaku di dalam badan, najis berlekit di mangkuk tandas tidak dibersih selepas berhajat besar, ini juga salah satu keadaan kelembapan berlaku.

4) Lapisan lidah tebal, bekas gigi di dua sisi lidah, ini tanda kelembapan. Masa lepas bangun tidur adalah keadaan lidah yang paling tepat.

5) Kelembapan yang serius membawa kegemukkan, perut gemuk, otot longgar.

6) Kelembapan mengganggu fungsi organ limpa, menunjukkan keadaan sesak dada, kembung perut, selera serta jumlah makan berkurangan, menyebabkan tubuh lemah, mudah mengantuk, mempengaruhi kehidupan kerja dan tidak suka minum air.

7) Kelembapan menusuk ke sendi akan menghidap rheumatism, artritis dll, muncul sakit serta berat anggota badan, sukar untuk menekuk dan meregangkan sendi. Kelembapan mempengaruhi sistem peredaran darah dan sistem imun.


Cadangan masakan herba yang membantu menghilangkan kelambapan

1) Sup benih teratai dan kacang merah

Bahan : Benih teratai 30g, kacang merah (chi xiao dou) 60g, barli 30g, porang 10g, euryale 20g dan ubi cina (shan yao) 30g.
Cara: Mencuci semua bahan, menambah air yang mencukupi, mendidih dengan api besar, selepas itu masak perlahan dengan api kecil selama 1 jam dan boleh dimakan.
Fungsi: Benih teratai boleh menghilangkan kelembapan dan kepanasan, kacang merah (chi xiao dou), berli dapat mengeluarkan air, porang dan euryale dapat menguatkan fungsi limpa dan buah pinggang, bahan ini dimasak sekali menjadi sup boleh menghilangkan kelembapan.

2) Sup peria tulang

Bahan: Peria (agak-agak 400g), tulang (agak-agak 600g) dan kacang soya 100g, garam dan perisa yang sederhana, air 2500ml.
Cara: Mencuci semua bahan, peria buang inti dan potong kepingan, mengupas kulit kacang soya, tulang potong kepingan; meletakkan tulang ke air suam untuk menghilangkan rasa hanyir, letak dalam periuk, menambah air yang mencukupi, mendidih dengan api besar dan bertukar ke api kecil dan masak 2 jam, menambah garam dan boleh dimakan.
Fungsi: Peria mengandungi sejenis enzim pembersih lemah yang boleh mengurangkan lemak. Selain daripada menghilangkan kelembapan, juga boleh mengurangkan kepanasan dan kecantikan, sup yang sesuai untuk musim panas.

3) Sup rebung

Bahan: Rebung 300g, kulat putih kering 20g, telur ayam 1 biji, garam, air 1000ml.
Cara: Mencuci rebung, merendam kulat putih, kacau telur ayam dalam mangkuk, menambah air dalam periuk sehingga mendidih, menambah telur yang dikacau, menabah semua bahan, masak selama 5 minit dan menambah garam untuk perisa.
Fungsi: Rebung boleh menghilangkan kelembapan dan mengeluarkan air, adalah makanan yang terbaik untuk menghilangkan lemak dinding perut, kulat putih juga boleh membantu dalam kecantikan.

此文章还有以下语言版本: 简体中文 (Chinese (Simplified)) English

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

Share This