Pesakit : Perempuan, 47 tahun
Tarikh : 3 April 2023, Lawatan pertama
Sebab : Jari kelingking meradang selama 2 bulan, semakin parah 3 hari ini

Jari kelingking beliau terkena kuali panas dan terlecur semasa memasak 2 bulan lalu mengakibatkan keradangan, ia bertambah teruk 3 hari ini. Lengan kanan juga mula meradang serta bernanah.

Beliau pernah mengalami bibir bengkak pada tahun 2020 selepas makan daging khinzir tetapi telah pulih selepas diberi rawatan. Tiga tahun ini keadaan kulitnya terkawal.

Biasanya selepas makan makanan hasilan laut kulitnya merah, bengkak dan simtop alahan kulit. Kalau makan Ikan bilis, kacang, sos tiram lengan kanan juga akan meradang dan bernanah.
Mudah sejuk, datang Haid pada masa yang tepat, sebelum datang haid mudah pening kepala.

Cara pengendalian: Memberi rawatan dan preskripsi ubat tradisi cina.



2023
10 April Lawatan kedua:

Keadaan jari kelingking tangan kiri sudah semakin pulih pada mulanya, tetapi berapa hari selepas makan di luar dengan ahli keluarga ia bertambah teruk. Bahagian atas lengan masih bernanah.

Cara pengendalian: Memberi preskripsi ubat herba untuk penyakit kulitnya.



2023
17 April Lawatan ketiga:

Jari kelingking meradang, bahagian atas lengan kanan masih bernanah.

Cara pengendalian: Memberi ubat herba untuk diminum dan ubat sapu luaran.



2023
28 April Lawatan keempat:

Bahagian jari kelingking tangan kiri yang terlecur sudah sembuh beransur-ansur. Bahagian atas lengan kanan yang bernanah berhenti mengalir. Tompok merah juga berkurangan.

Berhajat besar tiap-tiap hari, tidak lancar.

Membuat pemeriksaan perut.

Cara pengendalian: Minum air barli, kacang azuki merah. Sapu ubat luaran “San Huang Gao”.



Analisis Kajian Kes :

Beliau tersentuh kuali panas 2 bulan lalu menyebabkan jari kelingking meradang. Keadaan kulit semakin teruk dalam 3 hari. Kita juga mendapati beliau sensitif terhadap pelbagai jenis makanan. Beliau pernah mengalami bibir bengkak pada tahun 2020 selepas makan daging khinzir dan sembuh selepas rawatan. Keadaan kulit dikawal dalam tiga tahun yang lalu. Kulitnya akan berasa gatal, bengkak dan simtom kulit sensitif selepas makan makanan hasil laut. Bahagian lengan atau kulit akan bernanah, meradang dan bertompok kudis selepas makan makanan seperti ikan bilis, kacang tanah dan sos tiram. Apabila makan makanan di luar bersama ahli keluarga, masalah kulitnya akan bertambah teruk.

Berdasarkan keadaan kulit beliau, kondisi badan beliau dikategorikan sebagai“panas dan lembap”. Pencernaan yang lemah akan mempengaruhi fungsi penapisan air dan peredaran air di dalam badan yang akan mengakibatkan ekzema. Tambahan pula beliau menghadapi masalah sembelit, sembelitmenyebabkan haba dalam badan meningkat, haba yang tinggi akan mengakibatkan keradangan bertambah teruk sehingga ekzema kemerahan dan bernanah.

Semasa lawatan ketiga, keadaan tidak bertambah baik, mencadang beliau mengambil minuman barli atau kacang merah azuki untuk mengurangkan ‘kelembapan’ badan. Selain daripada mengambil ubat herba, beliau juga menggunakan ubat sapu luaran ‘San Huang Gao’. Dengan tiga cara pada masa yang sama, keadaan jari kelingking bertambah baik beransur-ansuran.



Tip untuk menjaga masalah ekzema kulit:

1 Tabiat makan.

Kita harus mengamalkan tabiat makan yang seimbang, makanan jenis dingin dan makanan jenis panas sekali. Sebagai contohnya, semasa kita memasak sayur-sayuran(makanan dingin), kita menambahkan halia(makanan panas) ke dalam lauk. Untuk masalah ekzema kulit, kita mencadangkan makanan yang mengurangkan ‘kelembapan’ daripada badan seperti air barli, kacang merah azuki dan kacang hijau. Mengelakkan daripada makanan goreng dan juga makanan pedas.

2 Tabiat bersenam.

Bersenam boleh membantu melancarkan pengaliran air dalam badan, semasa berpeluh, haba dalam badan berkurangan dan masalah kemerahan kulit juga akan sembuh secara beransur-ansuran. Sekiranya badan tidak berpeluh, liang roma kurang buka, haba dalam badan meningkat, pengaliran darah cepat, maka masalah ekzema akan berlaku.

3 Tabiat berhajat besar.

Memastikan tabiat berhajat besar yang baik. Membuang toksin dalam badan tiap-tiap hari boleh mambantu mengurangkan toksin dalam darah berkurangan, masalah ekzema kulit sembuh dengan lebih cepat.

4 Mendapatkan rawatan secepat mungkin.

Mengambil perubatan herba tradisional dan menggunakan ubat sapu luaran di bawah diagnosis pengamal TCM.

 

 

此文章还有以下语言版本: 简体中文 (Chinese (Simplified)) English

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

Share This