Bahagian (1) tenteng di bawah situasi mana jerawat harus dirawat ,apa yang akan berlaku jika tidak dirawat dll, boleh tekan di “sini” untuk mengetahui lebih lanjut, mari kita teruskan bab (2).

1. Adakah Jerawat Akan Bertambah Semasa Rawatan TCM ?
Rawatan jerawat dalam TCM menekankan penyesuaian keseimbangan dalaman dan luaran badan, serta meningkatkan keupayaan kulit untuk sembuh secara semula jadi. Pada peringkat awal rawatan, sesetengah pesakit mungkin mendapati jerawat mereka bertambah. Ini adalah tindak balas normal, jumlah jerawat yang muncul biasanya sekitar 1-5 biji. Keadaan ini biasanya akan bertambah baik dalam 1-2 minggu selepas rawatan.
Punca Jerawat Muncul Semasa Rawatan TCM:
- Pengeluaran Toksin:
TCM menggunakan kaedah seperti peluh, pembuangan air besar, dan kencing untuk mengeluarkan toksin dari badan. Ini mungkin menyebabkan jerawat sementara bertambah pada awal rawatan. - Pengaktifan Meridian:
Untuk memperbaiki pengaliran Qi dan darah, TCM akan merangsang meridian. Proses ini mengaktifkan penyembuhan sendiri tubuh. Ketika kulit menjalani proses penyembuhan dan pembaikan diri, ia mungkin mencetuskan tindak balas terhadap jerawat yang sudah lama wujud tetapi belum sembuh sepenuhnya.

Cara Mengatasi:
- Jika jerawat bertambah dan menyebabkan rasa tidak selesa, anda boleh berunding dengan TCM Praktitioner anda untuk menyesuaikan pelan rawatan.
- Perlu bersabar, jumlah jerawat akan beransur berkurangan seiring dengan rawatan dan pulih.
- Menyesuaikan gaya hidup, mengekalkan pemakanan sihat, rutin harian yang teratur, serta pengurusan emosi bagi meningkatkan keberkesanan rawatan secara menyeluruh.
- Dalam rutin penjagaan kulit harian, mengelakkan produk kosmetik yang mengandungi bahan perengsa tinggi. Sebaliknya, memilih produk penjagaan kulit berformulasi lembut atau beramuan semula jadi adalah lebih digalakkan.
Rumusan
Jerawat pada peringkat awal rawatan TCM mungkin menambah – ini proses tubuh menyesuaikan diri yang normal. Dengan rawatan tepat dan gaya hidup sihat, keadaan akan pulih selepas sesetengah masa. Berkomunikasi dengan pengamal TCM dan sikap positif pesakit penting untuk hasil terbaik.

2. Perlukah saya memicit jerawat sendiri semasa menjalani rawatan TCM ?
Sepanjang rawatan TCM, tidak digalakkan memicit atau mengeluarkan jerawat secara !! Jika perlu, sila berunding dengan pengamal TCM terlebih dahulu. Hanya lakukan prosedur tersebut di bawah bimbingan profesional bagi memastikan ia tidak mengganggu keberkesanan rawatan.
Memicit jerawat sendiri akan mengakibatkan masalah di bawah:
- Risiko Jangkitan: Memicit jerawat boleh merosakkan lapisan pelindung kulit, meningkatkan risiko jangkitan bakteria.
- Keradangan Bertambah Teruk: Memicit jerawat meningkatkan keradangan pada kulit sekeliling, menambahberatkan keadaan jerawat.
- Parut Kekal: Memicit jerawat dengan cara yang salah boleh mengakibatkan parut kekal atau hiperpigmentasi (penggelapan warna kulit).
Rumusan
Elakkan memicit jerawat sepanjang rawatan TCM. Jika keadaan jerawat bertambah teruk, berunding dengan pengamal TCM secepat mungkin. Ini membolehkan pengamal menyesuaikan pelan rawatan mengikut keadaan terkini tubuh anda.

3. Adakah jerawat akan berulang selepas sembuh ?
Rawatan TCM biasanya menitikberatkan penjagaan keseluruhan tubuh. Namun, jika gaya hidup tidak dijaga selepas rawatan, seperti pemakanan, waktu rehat, pengurusan emosi dll, risiko jerawat berulang masih wujud. Walaupun begitu, kebarangkalian ia berulang bergantung kepada individu.
Punca yang boleh menyebabkan jerawat muncul semula termasuk:
- Gaya hidup:
Pemakanan, waktu rehat senaman dll mempunyai pengaruh besar terhadap kesihatan kulit. Amalan hidup yang tidak sihat, tekanan kehidupan yang tinggi, serta emosi yang tidak stabil boleh meningkatkan risiko jerawat muncul semula. - Faktor Genetik:
Jerawat mempunyai kaitan dengan faktor keturunan. Jika terdapat sejarah jerawat dalam keluarga, individu tersebut mungkin lebih mudah terpengaruh oleh genetik dan risiko jerawat berulang adalah lebih tinggi. - Perubahan tahap hormon:
Terutamanya semasa akil baligh, kitaran haid, kehamilan dll, perubahan hormon dalam badan mungkin sekali lagi mencetuskan jerawat. - Penjagaan Kulit:
Penggunaan produk penjagaan kulit yang tidak sesuai, pembersihan berlebihan, atau kebiasaan memicit jerawat boleh menyebabkan masalah kulit berulang. - Faktor Persekitaran:
Pencemaran udara dan perubahan iklim juga boleh menjejaskan kesihatan kulit serta meningkatkan risiko jerawat.

Rumusan
Walaupun jerawat boleh berulang selepas sembuh, tetapi dengan amalan gaya hidup sihat, penjagaan kulit secara saintifik, pemeriksaan dan rawatan berkala dengan doktor adalah kuncinya.
4. Adakah pantang makan semasa rawatan jerawat diperlukan? Mengapa?
Dalam proses rawatan jerawat, TCM Praktitioner mungkin mungkin nasihatkan elak makanan tertentu yang boleh mengakibatkan jerawat. Walaupun tak semua kes perlu pantang, makan tetapi cara makan tertentu mungkin mempengaruhi jerawat.

Di bawah adalah makanan yang mungkin memudaratkan jerawat:
- Makanan yang tinggi gula dan GI:
Makanan yang mengandungi banyak gula seperti kek, manisan, coklat, durian dll, mungkin menyebabkan perubahan kadar glukosa, merangsang kelenjar minyak sebum, meningkatkan risiko jerawat. - Produk tenusu:
Ada yang mempunyai alahan terhadap hormon dalam produk tenusu, ini mengganggu keseimbangan hormon badan dan memburukkan jerawat. - Makanan pedas dan merangsang:
Makanan pedas dan merangsang mungking mengakibatkan tindak balas keradangan badan, ini menjejaskan rawatan jerawat. - Kafein dan coklat:
Walaupun kajian saintifik belum membuktikan hubungan muktamad antara kafein/coklat dengan jerawat, tetapi sesetengah individu mungkin mengalami jerawat selepas pengambilan berlebihan.
Rumusan
Setiap individu mempunyai tindak balas berbeza terhadap pemakanan, tidak semua orang terjejas oleh makanan yang sama. Oleh itu, TCM Praktitioner biasanya memberik cadangan pemakanan tersuai berdasarkan kondisi pesakit individu. Biasanya dicadangkan untuk mengamalkan tabiat pemakanan seimbang, memastikan pengambilan air yang mencukupi, mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan segar, ini membantu mengubahbaikkan keadaan jerawat.

Banyak salah faham dan kekeliruan berlaku dalam proses rawatan jerawat.
Apabila hilang hala tuju, disarankan untuk berunding dengan doktor, mendapatkan pendapat profesional, merancang protokol rawatan yang bersesuaian dan mengekalkan gaya hidup sihat secara konsisten. Dengan rasional, kita mengatasi mitos, melepaskan diri daripada belenggu masalah kulit dan memulihkan kulit yang segar sihat.
此文章还有以下语言版本:
简体中文 (Chinese (Simplified))
English


