Pesakit: Perempuan, Umur 82
Tarikh: 26 Disember 2022, Lawatan Pertama
Masalah Utama: Keletihan dan kecungapan semasa berjalan
Lawatan pertama pada 26-12-2022:
Pesakit yang berumur 82 tahun nampak berhuyung-hayang apabila masuk ke bilik rawatan dipapah oleh anak lelakinya. Selepas pesakit duduk, anaknya keluar dan tunggu di luar bilik rawatan.
Apabila meneliti muka pesakit, dia nampak pucat, warna kulitnya kekuningan dan nampak kekurangan darah. Orang sekeliling pun boleh perasan kesunyian dan kemurungannya.
Pesakit memberitahu kita: “Hi Pengamal TCM, saya sudah tua. Saya rasa sendiri tidak berguna. Kaki tiada tenaga. Saya tidak dapat berjalan seperti dahulu.”
Lepas mendengar cerita beliau, saya rasa keberatan.
Selera makan masih ada, tetapi mulut selalu berasa kepahitan pada dua hari ini.
Hari Isnin yang lalu, pesakit mula berasa lemah disebabkan oleh selesema. Lepas makan ubat baru rasa selesa. Dia mengalami masalah keletihan dan kecungapan semenjak beberapa hari lepas. Kadangkala, dia rasa berhuyung-hayang seperti hampir jatuh. Bila kita buat diagnostik lidah, pesakit rasa susah menjelir lidahnya dan rasa ketegangan otot tekak. Dia memberitahu kita suaranya serak masa bercakap sejak setahun yang lalu. Dia juga menghadapi kesumbatan hidung and masalah insomnia. Tengah malam, dia kerap membuang air kecil lebih kurang dua jam sekali. Dia mempunyai tabiat membuang air besar yang baik.
Dalam bulan Jun 2022, dia pernah diwardkan hospital untuk rawatan sakit demam.
Berdasarkan pemeriksaan lidah, ia nampak kemerahan dan permukaan lidahnya didapati lapisan salutan putih yang nipis. Bahagian tepi lidahnya nampak sedikit kebengkakkan. Di samping itu, bahagian bawah lidahnya terdapat darah kehitaman yang pekat di dua belah urat saluran darah.
Pemeriksaan nadi:
Pemeriksaan denyutan nadi di pergelangan tangan dirasai terapung
tetapi denyutan nadi lemah.
Ubat dipreskripsikan berdasarkan pemeriksaan di atas. Selepas beliau meninggalkan bilik rawatan, mukanya nampak releks ,legadan gembira. Pada tekaan saya, beliau rasa kesunyian untuk masa yang agak lama. Hari ini, dia dapat meluahkan perasaan yang disimpan dalam hati maka berasa lebih lega.
Lawatan kedua pada 29-12-2022:
Masalah utama:
Hari ini, menurut pesakit, kakinya tidak beberapa selesa terutamanya pada tengah malam. Selepas bangun tidur pagi, dia rasa susah untuk menggerakkan badan, dia perlu mengurut kakinya untuk melegakan otot kaki. Kali ini, dia masih rasa tercungap-cungap bila bergerak. Semalam sebab beliau rasa sejuk jadi beliau tidak berani mandi. Dia rasa sakit dada, keadaannya telah bertambah baik secara beransuran. Rasa ketegangan tekak and sakit kerongkong juga berkurangan. Dia masih berasa kepahitan di dalam mulut. Hari ini, bila membuat pemeriksaan lidah, pesakit menjelir lidahnya dengan lancar.
Hari ini, dia rasa haba di bahagian mata, berat kepala dan asyik ingin berbaring di katil.
Buku lali bengkak di waktu malam.
Tabiat membuang air besar dalam keadaan yang baik.
Berdasarkan isi perbualan, demam beliau belum sembuh lagi. Dia rasa sejuk. Masalah ketegangan dan kesakitan tekak serta sakit dada semakin bertambah baik.
Lawatan ketiga pada 05-01-2023:
Masalah utama:
Hari ini, masalah utama pesakit masih berkaitan dengan kecungapan semasa bergerak, mulut kering, batuk kering dengan sedikit kahak.
Kakinya lemah. Sakit dada yang tidak serius dan mulut berasa sedikit kepahitan.
Bila membuat diagnostik lidah, pesakit menjelir lidahnya dengan senang.
Hari ini, dia rasa haba di bahagian mata, berat kepala dan asyik ingin berbaring di katil.
Buku lali bengkak di waktu malam.
Tabiat membuang air besar dalam keadaan yang baik.
bp=144/80 p=72
Sebab beliau masih batuk, ubat dipreskripsikan untuk menguatkan fungsi paru-paru beliau.
Lawatan keempat pada 12-01-2023:
Masalah utama:
Semalam, pesakit berasa otot belakangnya sakit. Hari ini dia berasa pening dan kaki tidak bertenaga.
Dada berpeluh masa tidur.
Masalah cungapan masih berlaku. Rasa kegatalan dan kekeringan kerongkong berkurangan.
Kepahitan mulut sudah hilang.
Bila membuat diagnostik lidah, pesakit menjelir lidahnya dengan senang.
Buku lali bengkak di waktu malam.
Tabiat membuang air besar dalam keadaan yang baik.
bp=142/83 p=81
Badannya menyembuh secara beransuran.
Lawatan kelima pada 19-01-2023:
Masalah utama:
Selepas preskripsi ubat untuk pesakit, kakinya bertambah kuat. Hari ini dia cuma berasa sakit dada yang ringan.
Masalah cungapan masih berlaku. Rasa kegatalan dan kekeringan kerongkong berkurangan.
Kepahitan mulut sudah hilang.
Bila membuat diagnostik lidah, pesakit menjelir lidahnya dengan senang.
Hari ini, dia rasa haba di bahagian mata, berat kepala dan asyik ingin berbaring di katil.
Buku lali bengkak di waktu malam.
Tabiat membuang air besar dalam keadaan yang baik.
bp=148/81 p=78
Hari ini, anak perempuannya balik dari luar negara dan membawa pesakit ke klinik kita. Pesakit nampak gembira, senyuman yang lebih kerap and nampak berseri. Rasa kesakitan bersembuh dengan beransur-ansuran.
Lawatan keenam pada 27-01-2023:
Masalah utama:
Hari ini ialah hari pertama selepas cuti Tahun Baru Cina. Pesakit rasa keadaan sendiri semakin sembuh. Anak perempuannya masih teman di tepinya untuk lawatan hari ini.
Pesakit masih berasa sakit dada tetapi sudah berkurangan. Sekarang, kakinya bertambah kuat dan boleh jalan dengan lebih baik berbanding dengan kali pertama lawatannya.
Masalah cungapan masih berlaku. Rasa kegatalan dan kekeringan kerongkong berkurangan.
Kepahitan mulut sudah hilang.
Bila membuat diagnostik lidah, pesakit menjelir lidahnya dengan senang.
Hari ini, dia rasa haba di bahagian mata, berat kepala dan asyik ingin berbaring di katil.
Buku lali bengkak di waktu malam.
Tabiat membuang air besar dalam keadaan yang baik.
Pesakit memberitahu kita bahawa anak-anaknya teman beliau balik kampung untuk menyambut Tahun Baru Cina. Mereka menunaikan hasratnya untuk mengunjungi saudara-mara di kampungnya. Dia berasa puas hati dan berkata dengan girang:” Saya bertemu dengan abang, kakak dan adik saya, saudara-mara saya, cucu-cicit saya dan ramai kawan-kawan saya. Kita juga mengadakan jamuan untuk perjumpaan semula selepas mco sepanjang dua tahun ini yang seramai 90 lebih orang di kampung saya tanpa rasa sebarang kesakitan. Saya terasa bangga sangat!” Saya terkejut dan rasa kagum apabila terdengar pesakit ini menjemput ahli keluarga seramai 90 lebih orang mengunjungi rumahnya:” Wow! Saya terkagum kamu dapat menjaga tetamu seramai 90 lebih orang!”
Analisis Kajian Kes :
Pada hari biasa, anak lelaki pesakit sibuk bekerja dan anak perempuannya tinggal di luar negara, mereka jarang teman di sisi pesakit. Dia sering rasa sunyi dan murung. Saya ingat dengan jelas, pada lawatan kali pertama, dia nampak berhuyung-hayang. Mukanya nampak pucat dan kekuningan, rasanya kekurangan darah. Mukanya yang murung menarik perhatian saya. Semasa sesi konsultasi, pesakit meluahkan semua masalahnya, seperti demam dan kesakitan seluruh badan. Selepas perbualan, dia berasa lega hati. Dengan ubat herba yang dipreskripsikan, keadaan pesakit bertambah baik. Lawatan dua kali yang terakhirnya, pesakit dibawa oleh anak perempuannya yang baru balik dari luar negara, lebih banyak senyuman atas mukanya. Saya berasa senang hati apabila mengetahui pesakit melayan tetamunya seramai 90 lebih orang di kampungnya tanpa rasa sebarang kesakitan.
Daripada kajian kes ini, kita mengatahui kepentingan aspek emosi semasa menjaga warga emas. Tidak dinafikan sebahagian faktor warga emas jatuh sakit adalah disebabkan oleh sakit fizikal, sebahagian lagi disebabkan oleh emosi (sunyi). Mereka memerlukan kasih sayang daripada ahli keluarga. Sapaan dan hati yang mengambil berat terhadap mereka mampu memberikan kegembiraan warga emas yang di rumah.
Tips untuk manjaga warga emas:
Teman dan sedia mendengar
Jikalau ahli keluarga dan relatif teman dan sedia mendengar ucapan warga emas, maka ia mengurangkan kesunyian warga emas dari aspek emosi. Hari ini, ramai warga emas yang tinggal di bandar keseorangan di rumah tanpa ahli keluarga. Jikalau ada ahli keluarga yang teman di sisi and sedia mendengar, mereka akan rasa lebih gembira, maka banyak kesakitan badan akan kurang secara beransuran.
Berjemur bawah matahari
Inframerah sinaran matahari melebarkan saluran darah, meningkatkan mekanisme peredaran darah ke bahagian badan yang kekurangan oksigen dan zat makanan. Jemuran bawah matahari meningkatkan haba badan dan membantu serapan kalsium untuk memperkuatkan tulang melalui Vitamin D dalam badan.
Berkenalan kawan baru
Melalui penyelidikan, mereka mendapati orang yang suka berkawan mempunyai aktiviti endorphin yang tinggi, molekul yang dilepas dalam otak mengawal kesakitan dan rasa selesa. Kalau kita mengekalkan hubungan yang baik dengan kawan-kawan kita, ia akan memperkayakan gaya hidup dan meningkatkan kesihatan kita.
Menyanyi
Menyanyi membantu melancarkan peredaran darah sebab banyak oksigen diperlukan untuk menonjolkan suaranya. Menyanyi memberikan manfaat kepada kesihatan paru-paru. Di samping itu, menyanyi merangsangkan tindak balas imunisasi badan, membantu ingatan pesakit demensia, mengurangkan emosi yang negatif seperti kemurungan dan mengurangkan tekanan, memperkukuhkan peredaran darah dalam jantung dan selainnya.
Sentiasa bersenam
Bersenam boleh mengawal berat badan, mengelakkan kesakitan, memperbaiki emosi, meningkatkan tenaga dan kualiti tidur.
Bagi warga emas yang mempunyai masalah sakit kaki dan tidak dapat berjalan dengan tegak, mereka boleh memilih senaman yang bersesuaian seperti berjalan-jalan dan bersiar-siaran di sekeliling rumah.
此文章还有以下语言版本:
简体中文 (Chinese (Simplified))
English