Bayi menangis dan mengamuk pada waktu malam mengundang kesedihan kepada ibu bapa. Setiap kali matahari terbenam, mereka mesti berjaga dan bersedia menghadapi jeritan dan tangisan daripada bayi mereka. Mungkin ibu bapa yang belum mengalami ini tidak memahami mengapa bayi yang begitu kecil dapat menangis begitu lama, bahkan beberapa kali dalam satu malam tanpa sebab yang jelas. Selain itu, menangis terlalu lama juga akan menyebabkan keseluruhan tubuh bayi menjadi biru dan risau bahawa anak mereka tidak dapat bernafas dan kehilangan kesedaran.

Kanak-kanak yang sering menangis pada waktu malam, dikenali sebagai “tangisan malam”, sering terjadi pada bayi baru lahir dan kanak-kanak di bawah umur 1 tahun. Kebanyakan kanak-kanak yang menangis pada waktu malam dapat tidur dengan tenang di siang hari, tetapi mula menangis pada waktu malam. Sebaliknya, ada kanak-kanak yang menangis setiap malam hingga subuh.



Adakah anak menangis itu tanda dia sakit?

Bagi bayi yang belum memiliki kemampuan bahasa untuk berkomunikasi, menangis adalah cara fisiologi untuk menunjukkan kesakitan dan ketidaknyamanan. Menangis adalah bahasa pertama untuk bayi yang baru lahir, tanda permulaan mereka bernafas sendiri, reaksi refleksi terhadap persekitaran, dan gejala semula jadi yang didorong oleh keperluan fisiologi.

Oleh itu, bayi yang tidak dapat berkomunikasi akan menggunakan tangisan, ekspresi wajah, dan gerakan tubuh untuk menyampaikan fikiran dan keperluan mereka kepada ibu bapa seperti “sejuk, panas, lapar, kencing, buang air besar, mengantuk, takut”, tangisan bayi akan berhenti apabila ibu bapa menemukan dan mangatasi faktor yang menyebabkan tangisan, ini merupakan tindak balas fisiologi bayi.

Tangisan patologi berlaku apabila bayi menangis pada waktu tertentu setiap malam, terutamanya pada tengah malam dan tidak dapat ditenangkan oleh ibu bapa. Bayi akan kembali ke tidur selepas menangis dan tidak akan mengganggu tidur seterusnya.



Tangisan malam bayi dari perspektif perubatan tradisional Cina

1. Bayi yang menangis pada awal separuh malam mengalami limpa sejuk.

Perut dan limpa untuk bayi yang baru lahir masih dalam tahap perkembangan dan perutnya mudah kesejukan. Jika perut bayi kembung atau makan makanan sejuk mentah, udara sejuk boleh dihantar terus ke limpa dan perut, menyebabkan deficit kesejukan dan mengakibatkan ketidakselesaan perut. Selain itu, malam adalah waktu yin, suhu menurun pada waktu malam, dan sejuk memperburuk limpa dan perut bayi. Bayi tidak dapat tidur nyenyak disebabkan oleh ketidakselesaan perut. Bayi dengan limpa yang sejuk biasanya menangis dengan suara lemah, membungkuk kaki, wajahnya pucat, suka tidur tengkurap, dan perutnya terasa sejuk.

2. Bayi menangis lewat malam hati panas.

Api melibatkan hati, kebanyakan bayi yang kepanasan hati akan menunjukkan tanda-tanda ‘panas’, gelisah pada siang hari, menangis tanpa henti pada waktu malam. Jika ibu menyusukan bayinya selepas makan makanan pedas, goreng atau makanan sukar dicerna, sifat susu ibu akan berubah menjadi ‘panas’, dan bayi mudah merasa panas selepas minum susu ibunya.Sebaliknya, jika ibu bapa risau bayi kesejukkan dan memberikan pakaian yang terlalu tebal, haba dalam badan bayi tidak dapat disalurkan dengan cepat, haba dalaman dibentuk, mengganggu ketenangan dan menyebabkan bayi menjadi gelisah dan menangis. Tanda-tanda biasa bayi yang berasa panas adalah kulit muka yang merah, suara menangis yang kuat, sukar tidur dan gelisah.

3. Bayi yang tidur tidak nyenyak sering mengalami masalah pengumpulan makanan dalam sistem pencernaan.

Limpa dan perut bayi atau kanak-kanak masih belum matang, jadi jumlah makanan yang boleh dihadamkan adalah terhad. Pemberian makanan yang berlebihan oleh ibu bapa hanya menambah beban pada limpa dan perut bayi yang belum berkembang sepenuhnya, secara langsung merosakkan saluran gastrousus dan menyebabkan penyimpanan makanan. Kebanyakkan bayi yang mengalami penyimpanan makanan akan merasa perut kembung, sering bangun dari tidur menangis, tidur tidak nyenyak, berhajat besar berbau, kurang selera makan, penyimpanan makanan yang serius juga akan menyebabkan demam.

4. Bayi yang mudah terjaga mudah terkejut.

Menurut perubatan tradisional Cina, bayi yang berusia kecil, organ tubuh mereka masih tidak berkembang sepenuhnya, tenaga Qi lemah, dan mempunyai hati yang tidak matang sensitif terhadap gangguan luaran. Rasangan yang berlebihan pada siang hari (contohnya, berada di tempat bising atau ramai orang, dikejutkan oleh bunyi yang kuat semasa tidur) ketenangan hati diganggu menyebabkan bayi mudah terkejut. Bayi yang sering terkejut akan menunjukkan ekspresi yang tegang, menangis dalam tidur, tidur tidak lena. ,Dalam kes yang bayi terlalu terkejut mukanya menjadi biru atau kelabu.



Cara untuk menghentikan tangisan bayi pada waktu malam

1 Ibu bapa kerap berinteraksi dengan bayi melalui sentuhan kulit

Bayi suka disentuh kerana sentuhan pada kulit dapat menenangkan bayi, memberikan pengalaman deria yang paling langsung. Ketika ibu bapa memeluk bayi mereka, interaksi intim antara kulit yang bersentuhan dapat menggalakkan komunikasi emosi, menstabilkan emosi bayi, memberikan rasa keselamatan dan rasa kepuasan dan tangisan bayi dikurangkan.

2 Mengelakkan mambawa bayi ke tempat yang terlalu bising pada siang hari, tidak main permainan yang merangsang sebelum tidur

Membawa bayi ke tempat yang terlalu bising pada waktu siang akan menjejaskan perasaan bayi dan mudah terkejut. Bagi anak-anak yang sering tangisan malam harus tidur pada masa yang tepat. Ibu bapa harus mengelakkan aktiviti berlebihan atau main permainan yang merangsang dengan bayi mereka 30 minit hingga satu jam sebelum tidur, untuk mengelakkan bayi terlalu teruja atau emosi tegang, sukar untuk tidur.

3. Elakkan makan berlebihan sebelum tidur

Limpa dan perut bayi mempunyai kapasiti terhad, pemberian makanan yang berlebihan akan menyebabkan makanan tidak sempat dicerna dan mempengaruh sistem pencernaan bayi. Selain itu, pengambilan makanan yang terlalu banyak sebelum tidur bukan sahaja menjejaskan tidur bayi, membebankan limpa perut, dan juga menyebabkan perut kembung bayi tidak dapat tidur dengan lena.

4 Menghangatkan perut sekiranya perut bayi kesejukkan

Bagi bayi yang perutnya mudah kesejukkan, ibu bapa boleh membalut pek panas dengan tuala dan letak di sekitar pusat perut bayi atau menghangatkan tangan dan letak atas perut bayi untuk mengurangkan ketidakselesaannya. Memastikan perut bayi dalam keadaan hangat terutamanya pada waktu malam, memastikan selimut bayi tidak ditendang untuk mengelakkan kesejukkan.

 

此文章还有以下语言版本: 简体中文 (Chinese (Simplified)) English

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

Share This