Akitab TCM mencatit “春夏养阳”. Maksudnya, pada musim bunga(February – April), tenaga Qi di organ hati naik. Musim bunga juga merupakan masa yang sesuai untuk penyerapan tenaga Qi. Di antara pelbagai rawatan TCM, moksibusi ialah salah satu rawatan yang dicadangkan. Rawatan moksibusi bukan sahaja dibuat pada musim bunga sahaja, ia juga boleh dibuat sepanjang tahun.

Rawatan tradisional ini memampatkan daun herba kering ke dalam balutan kertas, dinamakan moxa. Moxa digunakan sebagai bahan mentah yang dinyala dan dipakai pada titik akupunktur. Rawatan moksibusi bertujuan manghangatkan atau meningkatkan fungsi organ yang berkaitan dengan titik akupunktur.



Moksibusi boleh dinyalakan dengan dua cara:

1. Moxa dekat di titik akupunktur secara langsung

2. Moxa di titik akupunktur secara tidak langsung, seperti moxa letak di atas halia



Moxa mempunyai pelbagai bentuk:

1. Moxa pendek

2. Moxa panjang

3. Moxa sekali dengan akupunktur

Kita boleh menjalankan rawatan secara manual atau memakai alat moksibusi. Moxa dipegang tangan apabila rawatan dijalankan secara manual, lebih kurang 4-5cm atas kulit pesakit. Cara ini dipakai untuk memastikan kulit pesakit rasa hangat bukan rasa bakar. Jika memakai alat moksibusi, kita meletakkan alat di atas lapisan kulit yang rata. Biasanya masa rawatan mengambil masa lebih kurang 15-30 minit.


Musim bunga adalah musim yang mana tenaga alam sekitar dan tenaga dalam badan meningkat. Kalau tenaga tidak lancar, badan akan menjadi terlalu panas. Berdasarkan teori “Lima Elemen”, musim bunga adalah elemen Kayu, organ hati juga elemen Kayu. Kalau tenaga dalam badan tidak lancar, organ hati akan rasa tidak selesa, sistem elemen Bumi – organ perut juga turut dipengaruh. Justeru, hujan lebih kerap pada musim bunga mengakibatkan kelembapan mempengaruhi sistem penghadaman. Untuk meningkatkan fungsi sistem penghadaman pada musim bunga, rawatan moksibusi adalah digalakkan.

Titik akupuntur organ perut

1. CV 8 Shenque

2. CV 6 Qihai

3. ST 36 Zusanli



Masa untuk rawatan moksibusi

1. Menjalani rawatan moksibusi pada siang hari. Contohnya: Tenaga badan “Yang” dalam badan paling tinggi pada masa tengah hari. Sistem imuniti ditingkatkan dan kesakitan dikurangkan semasa manjalani rawatan moksibusi.

2. Mengelakkan rawatan moksibusi pada waktu malam. Kualiti tidur akan dipengaruh jika rawatan dijalankan pada waktu malam.

3. Menjalankan rawatan moksibusi selama 15-30minit. Tidak manjalankan rawatan untuk masa yang terlalu panjang.



Langkah berjaga-jaga semasa rawatan moksibusi:

1. Moksibusi adalah cara rawatan hangat, sebab itu sesuai untuk orang yang badan sejuk, bukan orang yang badan hangat/panas. Sebagai contohnya, golongan badan hangat yang mempunyai masalah sembelit atau pesakit yang menghadapi masalah ruam kulit tidak digalakkan membuat rawatan mosibusi, keadaan akan bertambah teruk selepas rawatan.

2. Bahagian kulit yang nipis seperti muka tidak digalakkan manjalani rawatan moksibusi.

3. Rawatan moksibusi tidak digalakkan jika berasa tertekan, letih atau lapar.

4. Berhati-hati semasa menjalankan rawatan moksibusi untuk mengelakkan kulit terbakar.

5. Mandi satu jam selepas rawatan moksibusi dan mengelakkan kesejukkan tiupan angin sebab liang roma dibuka semasa rawatan, penyakit atau kesakitan menyerang badan dengan lebih senang jika mandi serta merta dan terkena angin selepas rawatan moksibusi. Kalau bilangan rawatan moksibusi lebih banyak atau mengambil masa yang lebih panjang, masa tunggu untuk mandi mesti lebih panjang.

 

此文章还有以下语言版本: 简体中文 (Chinese (Simplified)) English

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

Share This