Pesakit : Perempuan, 50 tahun
Lawatan Pertama : 2022.10.24
Kesakitan Utama:Muka yang kemerahan dan kegatalan
Pesakit:” Hi Pengamal TCM, muka saya gatal sangat ya!”
Bila membuat pemeriksaan muka pesakit, kita dapati muka pesakit memang kemerahan sangat. Dalam bahasa Cina, mukanya boleh disifatkan sebagai muka “Guan Gong”.
Pesakit: “Muka saya memang ketat sangat dan hangatsekali.” Jadi, jika kita meneliti mukanya, didapati lapisan luar mukanya macam terkupas disebabkan garuan yang kerap. Nasib baik, masalah kegatalannya tidak muncul di kaki, tangan , perut, and bahagian badan yang selainnya.
Maka, Pesakit mula memberitahu cerita masalahnya. Dulu, memang dia pernah mengalami masalah muka kemerahan dan kegatalan dari semasa ke semasa. Kali ini, dia rasa punca masalahnya adalah disebabkan oleh makanan (udang) dan produk penjagaan kulit.
Pesakit:” Untuk mengurangkan kegatalan muka saya, saya memilihi minyak pati. Lepas sapuan, muka kemerahan memang ada, tetapi ia mengurangkan rasa kegatalan dengan banyaknya. Maka saya boleh tidur dengan sedapnya sepanjang tengah malam.”
Bila saya teruskan pertanyaan, kita dapati dia menghadapi batuk dan jangkitan mata kemerahan minggu lepas. Selain daripada itu, dia juga menghadapi masalah kegatalan bibir, maka dia mengambil ubat antibiotic sejak beberapa minggu yang lepas. Sekarang, dia rasa bibir dan mulutnya masih kering sangat. Walaupun dia tidak minum air banyak, memang kencingnya bertambah.
Adakalanya, pesakit bangun dan dapati kakinya kebas.
Dia memang ada masalah sembelit, lebih kurang dua hari sekali. Najisnya rasa keras dan susah dilepaskan.
Kita membuat pemeriksaan kesihatan, denyutan nadi di pergelangan tangan dirasai terbenam. Lidahnya merah and permukaan lidahnya didapati lapisan salutan putih. Berdasarkan pemeriksaan ini, kita membuat kesimpulan badannya jenis sejuk, maka peredaran darahnya akan bertambah kelambatan. Kita mempreskripsikan ubat sebanyak tiga hari untuk dia sebagai pemerhatian.
2022Lawatan kedua pada 2022.10.27:
Semasa lawatan kedua, pesakit memberitahu kita rasa ketegangan mukanya berkurangan.Rasa kehangatan mukanya juga berkurangan. Dia membuat keputusan untuk berhenti mengambil ubat antibiotic kegatalan bibir. Pada masa yang sama, masalah kekeringan bibir sudah hilang.
Pada beberapa malam yang lalu, beliau asyik menyapu minyak pati untuk mengurangkan kegatalan muka. Di samping itu, tabiat kekerapan membuang air besar bertambah baik. Selain daripada itu, dia melawati pusat kecantikan untuk membuat pembersihan muka. Tujuannya sekurang-kurangnya melegakan sendiri daripada kegatalan and ketegangan muka.
Pagi-pagi, beliau bangun dengan kaki yang kekebasan. Dia rasa haus dan kekurangan minum air, walaupun minum kurang air, kekerapan kencing tidak kurang juga.
Hari ini, berdasarkan pemeriksaan, lidahnya merah and permukaan lidahnya didapati lapisan salutan putih yang nipis. Denyutan nadinya masih dirasai terbenam.
Kita mempreskripsikan ubat untuk dia dan juga membuat rawatan akupuntur.
2022Lawatan ketiga pada 2022.11.10:
Seperti dikira, lawatan akhir pesakit sehingga hari ini ialah sebanyak sepuluh hari.
Berdasarkan pemahaman situasi pesakit, kualiti tidurnya dipengaruhi oleh masalah kegatalan muka. Maka untuk melepaskan sendiri daripada masalah ini, dia jumpa kawannya yang berkerga sebagai Pengamal TCM. Pengamal TCM itu memang dapat menyelesaikan masalahnya, iaitu kegatalan muka. Tetapi, hari ini beliau melawati kita sebab dia rasa masalahnya mengalih ke tempat yang lain, iaitu kegatalan di perut dan kaki menjadi bengkak. Kakinya bengkak sampai keras dan nampak bersinar-sinar. Otot paha, otot betisnya, dan otot belakang lututnya menjadi ketegangan sangat, maka dia tidak dapat bertinggung. Perutnya nampak kemerahan macam tanda demam campak disertai gejala ruam pada kulit yang juga menyebabkan kegatalan.
Dia rasa sejuk pada tiga hari yang lepas. Kakinya kegatalan, sekali lagi, masalah yang baru ini mempengaruhi kualiti tidurnya. Dia asyik dibangunkan lebih kurang pada 3-4am disebabkan kegatalan kaki.
Setahunya masalah ini berkenaan masalah kulit, dia mula mengurangkan makanan yang pedas atau makanan goreng. Dia tidak terasa haus, minum air yang banyak. Kekerapan kencing biasa saja.
Berdasarkan pemeriksaan, lidahnya merah and permukaan lidahnya didapati lapisan salutan putih. Denyutan nadinya masih dirasai terbenam.
Kita mempreskripsikan ubat untuk dia dan juga membuat rawatan akupuntur dekat perut.
2022Lawatan keempat pada 2022.11.17:
Hari ini, masalah pesakit pada bibir sudah hilang. Kekebasan kaki juga dikurangkan.
Masalah kaki bengkak masih belum dipulihkan. Bila berperiksa, otot paha dan otot betis menjadi lembut sedikit, sekarang dia boleh bertingguang dengan gerakan yang lambat. Masalahnya sedang diperbaiki. Kegatalan di perut masih ada juga, di samping itu, dia rasa gerakan kesemutan di permukaan perut.
Setahunya masalah ini berkenaan masalah kulit, dia mula mengurangkan makanan yang pedas atau makanan goreng. Dia cuma makan nasi, roti, halia dan sup panas. Dia tidak terasa haus, minum air yang banyak, lebih kurang 1-2 litres satu hari. Kekerapan kencing bertambah banyak kali.
Berdasarkan pemeriksaan, lidahnya merah and permukaan lidahnya didapati lapisan salutan putih. Denyutan nadinya masih dirasai terbenam dan ketegangan.
Kita mempreskripsikan ubat untuk dia dan juga membuat rawatan akupuntur dekat perut dan kaki.
2022Lawatan kelima pada 2022.11.24:
Malam yang lalu, pesakit dapati kedua-dua pipinya kekebasan. Malam otot kakinya kekejangan.
Kebengkakan kaki masih belum diringankan. Kegatalan perut masih ada lagi.
Berdasarkan pemeriksaan, lidahnya merah and permukaan lidahnya didapati lapisan salutan putih. Denyutan nadinya masih dirasai terbenam dan ketegangan.
Kita mempreskripsikan ubat untuk dia dan juga membuat rawatan urut dekat kaki.
2022Lawatan keenam pada 2022.12.03:
Minggu lepas hari Isnin pada 2022.11.28, pesakit jatuh sakit. Lepas pemeriksaan, dikesan covid-19 positif. Gejala tandanya tidak berat, tiada deman, tiada sakit kerongkong, cuma tanda batuk yang ringan. Dalam beberapa hari, beratnya berturun sebanyak 5kg.
Kebengkakan kaki telah sembuh. Sekarang, dia boleh berjalan-jalan tanpa kerisauan ketegangan otot kaki. Kekebasan pipi juga hilang. Kekejangan otot kaki pun terpulih.
Hari ini, tujuan lawatan ialah kebatukan. Dia tidak rasa hidung tersumbat, tiada haus dan minum air tetap masa.
Sekali-sekala, masalah kegatalan perut akan menyebabkan kualiti tidurnya kurang baik.
Berdasarkan pemeriksaan, lidahnya merahnya kepudaran and permukaan lidahnya didapati lapisan salutan putih. Denyutan nadinya masih dirasai terbenam dan ketegangan.
Kita mempreskripsikan ubat untuk dia dan juga membuat rawatan akupuntur.
Analisis Kajian Kes :
Selepas mendiagnosis, kita mendapati faktor yang menyebabkan muka kemerahan dan kegatalan ialah disebabkan isu sensitif kulit, mungkin berkenaan denganmakanan(udang) atau produk penjagaan kulit. i samping itu, pesakit menghapdapi masalah sembelit, maka badannya cepat hangat. Kehangatan tidak terlepas keluar dari badan dan menjajar ke muka, menyebabkan kemerahan muka dan kegatalan. Selain daripada itu, sebelum membuat lawatan, dia menghadapi masalah jangkitan mata, kegatalan bibir dan batuk selama seminggu. Maka, dia mengambil ubat antibiotic selama tiga minggu. Semua penyakit ini menunjuk bahawa imunisasi badan berturun. Masalah kegatalan muka memang telah mempengaruhi kualiti tidur dengan jelasnya. Penyakit ini menyebabkan pesakit mencari kawannya untuk rawatan alternatif. Selepas rawatannya, masalah muka kemerahan dan kegatalan didapati lenyap. Bagaimanapun, masalah yang baru tertimbul, masalah kemerahan dan kegatalan mengalih ke perut dan kakinya. Perutnya nampak kemerahan macam tanda demam campak disertai gejala ruam pada kulit yang juga menyebabkan kegatalan. Kakinya bengkak kenampakan bersinar-sinar. Dia asyik bangun tengah malam lebih kurang pada 3-4am disebabkan masalah kegatalan kaki. Berdasarkan pemeriksaan, lidahnya merah kehitaman menunjukkan haba panas dalam badan belum dikurangkan. Denyutan nadinya masih terbenam dan kekejangan disebabkan oleh pengaliran darah dan sistem limfa yang lambat.
Selepas beberapa kali lawatan ke klinik dan rawatan yang diterima, kesakitannya telah disembuhi akhirnya.
Kesimpulannya, berdasarkan analisis, kita menyusun tip yang boleh dipakai untuk penyembuhan badan yang menghadapi kegatalan dan kemerahan badan.
Kita mengetahui punca masalahnya disebabkan oleh makanan dan produk penjagaan kulit. Maka, kita mendapati masalah kemerahan dan kegatalan badan berkaitan dengan pengaliran darah. Untuk merawat selanjutnya, kita mestimengamal pemakanan dengan tegas, terutamanya larangan makanan yang pedas atau makanan goreng. Kita mesti menjaga dengan tegas atasmakanan yang hangat macam kacang yang dipanggang, kacang merah, sambal,adunan goreng, ayam goreng, pisang goreng, duriandan selainnya. Kita perlu mengambil perhatian atas makanan yang menyebabkan kegatalan badan macam halia, bawang besar, daun bawang, ikan masin kering, makanan jeruk, daging lembu, daging kambing, makanan laut, taro dan selainnya.
Jikalau kita menghadapi masalah sembelit, kita perlu mengambil makanan pada masa yang tetap, iaitu tiga kali sehari. Seterusnya, kita perlu mempunyai tabiat membuang air besar yang konsisten. Kita perlu juga mengurangkan makanan yang susah dihadami, macam daging binatang, digalakkan makan lebih banyak sayur-sayuran dan minum air yang banyak.
Kehidupan orang pada zaman kini sentiasa di bawah tekanan yang tinggi. Maka, sistem imunisasi akan berkurangan. Kita menggalakkan bersiar-siar dan bersenaman di tempat alam semula jadi. Apabila kita berasa keselesaan dengan fikiran, sistem imunisasi akan meningkat balik beransur-ansurnya.
此文章还有以下语言版本:
简体中文 (Chinese (Simplified))
English