Kebelakangan ini, jumlah pesakit budak-budak selsema meningkat di pusat TCM kita. Masalah yang ibu bapa sering sakit kepala kebanyakkannya dua: salah satunya adalah berat badan anak tidak meningkat; kedua adalah kenapa anak asyik jatuh sakit.

Dari keterangan ibu bapa dapat merasakan mereka percaya ini adalah sebab sistem imun anak lemah, anak akan jatuh sakit jika berinteraksi walaupun sedikit dengan kanak-kanak lain yang sakit. Keadaan ini berlaku hampir-hampir setiap bulan, apabila anak jatuh sakit, berat badan juga berkurangan, ibu bapa turut gelisah dengan keadaan anak. Sebab itu, ibu bapa harap dapat mengubahbaikkan keadaan badan anak, selain daripada boleh makan minum dengan baik, juga boleh meningkatkan fungsi badan untuk melawan penyakit.


Tetapi, bu bapa mempunyai beberapa kekeliruan atau salah faham mengenai isu berat badan anak tidak meningkat.

Pertama sekali, menyingkirkan kemungkinan penyakit dari lahir yang menyebabkan badan kurus dan lemah. Ramai ibu bapa tergesa-gesa ingin mengetahui sebab berat badan anak tidak meningkat, mereka rasa makanan yang diberi tidak cukup, sebab itu tidak dapat membesar.

Namun, di zaman sekarang yang kaya dengan sumber makanan, anak tidak dapat membesar bukan hanya disebabkan oleh makanan, mungkin juga sebab makanan anak terlalu baik yang menyebabkan isu membesar ini. Sebab di belakang ini mungkin adalah sistem pencernaan yang tidak dapat menyerap nutrisi daripada makanan dengan baik.


Baca sampai sini, sesetengah ibu bapa mungkin membantah, anak mereka banyak makan di setiap masa makan, selera baik, mana mungkin adalah sistem pencernaan ?

Salah faham pertama : Anak tidak makan dengan cukup baik

Seperti yang dikatakan di bahagian sebelum ini, pada zaman yang kaya dengan sumber makanan ini, salah faham yang lazim adalah anak tidak makan banyak dan nutrisi tidak mencukupi. Situasi yang paling jelas adalah walaupun anak banyak makan, tetapi berat badan kurang meningkat, anak juga sering jatuh sakit. Menghadapi keadaan ini, ibu bapa menambahkan nutrisi anak tergesa-gesa, tetapi mungkin akan melonggarkan sekatan makanan. Namun, masalah biasanya disebabkan ini. Limpa perut kanak-kanak masih di peringkat pembesaran, asalnya lemah. Tambahan pula sistem pencernaan mereka tidak sebanding orang dewasa, pengambilan makanan yang terlalu banyak pula meningkatkan beban limpa perut, tidak dapat berfungsi dengan biasa. Bukan sahaja nutrisi daripada makanan tidak dapat diserap, makanan tidak dapat dicerna atau dikeluarkan dari badan, sebaliknya terkumpul dalam badan, membentuk kahak lembap dan makanan terkumpul, bagaimanakan anak kita boleh membesar dengan sihat ?

Salah faham kedua: Bagaimanakah diet pemakanan boleh meningkatkan berat badan anak ?

Mempertimbangkan keadaan badan kanak-kanak berbeza, terutamanya fungsi limpa perut. Fungsi pencernaan dan penyerapan tidak sebanding orang dewasa, makanan yang mengandungi lebih banyak nutrisi mungkin membawa beban untuk limpa perut jika makan berlebihan, menyebabkan makanan tidak dapat dicerna dan dikeluarkan dari badan. Ini mengakibatkan limpa perut anak letih memproses makanan, tiada tenaga untuk memberi sokongan kepada bahagian yang memerlukan membesar. Justeru, dalam proses pembesaran, anak tidak semestinya memerlukan nutrisi yang berlebihan, kecuali yang menghidapi penyakit khas. Diet pemakanan dengan senaman yang sederhana sudah mencukupi untuk menyokong pembesaran yang sihat.


Dalam perspektif TCM, berat badan kanak-kanak tidak meningkat dibahagikan kepada dua jenis: Fungsi limpa perut diganggu dan limpa perut yang lemah.

(1) Fungsi limpa perut digganggu:

Kanak-kanak ini mempunyai ciri yang sama iaitu diet tidak dikawal. Ini mungkin disebabkan anak lebih suka sesetengah makanan dan makan berlebihan atau anak tidak dapat menilai sama ada sudah kenyang. Makan berlebihan juga mungkin adalah ibu bapa yang risau anak mengambil nutrisi yang tidak mencukupi, tidak mengawal jumlah diet dengan baik. Tidak kira sebab apa, makanan yang berlebihan akan bertimbun di dalam perut, tidak dapat dicerna dan dikeluarkan, menyebabkan kelembapan dalam badan, kahak atau sembelit, mengganggu fungsi limpa perut. TCM berpendapat bahawa penghasilan Qi darah dan sistem imun berasal dari sistem pencernaan. Justeru, fungsi limpa perut diganggu, bukan sahaja mengganggu penghasilan Qi darah, menghalang pembesaran anak, ia juga mengurangkan keupayaan anak menentang penyakit, menyebabkan anak jatuh sakit.

(2) Limpa perut lemah:

Selera kanak-kanak yang limpa perut lemah tidak besar biasanya disebabkan oleh fungsi limpa perut lemah, tidak dapat proses makanan yang berlebihan. Mungkin sakit gastrik kalau makan berlebihan atau cirit-birit serta merta, makanan baru sahaja masuk ke badan dikeluarkan, nutrisi susah untuk diserap. Jika limpa perut tidak dapat menyerap nutisi, anak mungkin kekurangan penghasilan Qi darah dan asas keupayaan melawan penyakit, oleh itu tidak dapat membesar dengan baik dan melaway penyakit.


Kesimpulan

Anak sedang menghadapi proses membesar yang penting, fungsi badan masih tidak serupa orang dewasa.

Tetapi kerana anak-anak sedang membesar dengan pantas, diet pemakanan yang seimbang adalah mencukupi untuk membesar dengan sihat tanpa bergantung kepada suplemen atau diet khas.Yang penting adalah memilih makanan yang mudah dicerna berdasarkan keadaan sistem pencernaan anak, ini bermanfaat untuk kesihatan mereka.

Jika anda tidak pasti dengan keadaan limpa perut anak, mendapatkan bantuan daripada doktor pakar adalah pilihan yang paling baik, ini lebih baik daripada memberikan makanan yang tidak sesuai untuk anak secara membuta tuli.

此文章还有以下语言版本: 简体中文 (Chinese (Simplified)) English

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

Share This