Pesakit: Lelaki, 19 tahun
Tarikh: 7hb April 2024 lawatan pertama
Aduan utama: Refluks & Pedih hulu hati setahun lebih
Pesakit remaja lelaki berusia 18 tahun memasuki bilik konsultasi ditemani bapanya.
Sekilas pandang, remaja itu bertubuh kurus, tinggi, dan kelihatan agak malu. Dia berjalan perlahan-lahan ke dalam bilik.
“Hai! apa masalah yang dialami?”
“Hai Pengamal TCM, saya mendapati masalah refluks dan pedih hulu hati. Perut saya kembung juga.”
“Dah berapa lama ini berlaku?”
“Setahun lebih.”
“Bilakah ia berlaku?”
“Hampir setiap hari lepas bangun tidur masalah refluks bermula. Mulut saya berasa pahit. Semasa berus gigi juga rasa nak muntah.”
“Makan pada masa yang tetap?”
“Ya.”
“Adakah sebarang gejala lain ?”
“Kebelakangan ini saya mengalami tekanan dalam pelajaran. Saya tidur pukul 10 malam, tetapi berkali-kali berguling di katil, mengambil masa kira-kira 2 jam untuk tertidur, selepas itu saya terbangun lagi. Saya juga bermimpi ngeri.”
14hb April 2024 Lawatan kedua :
Pesakit melawat seminggu selepas rawatan pertama.
“Hai adik! Apa khabar”
“Hai Pengamal TCM, saya berasa lebih baik. Seminggu ini selepas bangun tidur, buat sementara waktu tiada refluks dan pedih hulu hati, tetapi mulut masih berasa pahit. Masih ada rasa mual tanpa muntah. Selera makan saya bertambah dan jauh lebih baik.”
“Bagaimana kualiti tidur?”
“Tempoh masa sebelum tidur berkurangan. Bilangan bangun tengah malam berkurangan juga.”
“Bagusnya! Jangan berputus asa ya!”
28hb April 2024 Lawatan ketiga:
Semasa lawatan ketiga, kebanyakan gejala penyakit sudah banyak berkurangan. Selera bertambah baik dan masa makan berkurangan, emosi juga bertambah baik. Kita menekankan kepada pesakit untuk mengekalkan tabiat pemakanan yang sihat seperti mengurangkan minuman sejuk atau ais dan makanan yang pedas atau makanan goreng.
Melalui perbualan yang mendalam, kita mendapati pesakit tidak yakin tentang berat badan sendiri. Dia tidak berani membaca berat badan selalu berasa sendiri terlalu ringan terlalu kurus. Kita menggalakkan beliau untuk bersenam.
26hb Mei 2024 Lawatan keempat:
Keadaan pesakit bertambah baik. Teruskan pemantauan dan penyelarasan rawatan
30hb Jun 2024 Lawatan kelima:
Keadaan pesakit bertambah baik. Teruskan pemantauan dan penyelarasan rawatan
4hb Ogos 2024 Lawatan keenam:
Selepas beberapa kali rawatan, keadaan refluks dan pedih hulu hati sembuh. Selera makan bertambah baik. Perut kembung berkurangan dan cuma berlaku bila dipengaruhi emosi atau bila pesakit gelisah.
Beliau lebih berdisiplin, gigih mengamalkan latihan “push up” (15 push up x 20 kali). Sikapnya semakin positif.
4hb Jan 2025 Lawatan ketujuh:
Selepas gaya hidup yang sihat selama 5 bulan, badan pesakit semakin kental dan berotot. Beliau masuk ke bilik rawatan dengan muka bersenyum.
“Hai pengamal TCM !”
“Hai dik! Nampaknya berat badan sudah meningkat?”
“Sekarang masih buat latihan badan ?”
“Ya!”
“Masih rasa sejuk ?”
“Sudah tidak terasa sejuk. Sekarang selalu rasa panas berbanding dengan masa lalu. Dulu, badan saya sensitif dengan suhu dingin dan suhu panas.”
“Tetapi tangan dan kaki masih sejuk semasa menyentuh.”
“Memang biasa macam ini pengamal.”
“Bagaimana dengan kualiti tidur?”
“Masih ok. Lebih baik berbanding dulu, kadang-kala bermimpi ngeri.”
Berat badan beliau dari dulu 52.3kg bertambah kepada 53.9kg. Pesakit juga agak puas hati dengan perkembangannya.
Analisis Kajian Kes :
Pesakit mengalami refluks dan pedih ulu hati selama setahun lebih. Setiap pagi selepas bangun, kadang-kadang terasa pahit mulut atau rasa mual tanpa muntah, menunjukkan panas hati. Walaupun makan secara teratur, tekanan belajar yang tinggi menyebabkan pesakit sukar tidur – tidur pukul 10 malam tetapi berguling-guling selama 2 jam sebelum tertidur, kemudian terjaga lagi pukul 2-3 pagi (walaupun boleh tidur semula dengan cepat). Sering mengalami mimpi buruk. Jika bersenam, pesakit mudah berpeluh. Aktiviti harian yang banyak menyebabkan rasa haus dan minum air yang kerap. Selepas makan, cepat rasa lapar. Sering rasa kembung perut sebelum tidur. Cadangan: Kurangkan makanan bergoreng dan pedas.
Selepas seminggu mengambil ubat sejak konsultasi pertama, fungsi pencernaan pesakit jelas bertambah baik. Gejala pedih ulu hati dan refluks berkurangan. Kadang-kadang masih pahit mulut dan mual tanpa muntah. Selera makan pun jauh lebih baik. Perubahan ini secara tidak langsung memberi galakan kepada pesakit, menyakinkan beliau sistem pencernaannya boleh pulih.
Pada konsultasi ketiga, gejala bertambah baik. Selera yang baik dan mengambil masa yang lebih pendek untuk makan. Badan baik, emosi positif. Kita menekankan kepentingan tabiat makanan yang betul, tidak minum minuman sejuk atau ais serta makanan pedas dan makanan goreng juga tidak digalakkan. Melalui perbualan, kita mendapati beliau kisah tentang berat badan. Semasa mengambil berat badan, beliau tidak ingin baca. Beliau rasa berat badannya terlalu ringan dan kurus. Cadangan : Bersenam dan berlatih.
Selepas pelarasan untuk beberapa bulan, keadaan pesakit bertambah baik terutamanya sistem pencernaan. Gaya hidup pesakit lebih berdisiplin, membuat ‘push up’ setiap hari. Beliau juga lebih gembira.
Lawatan selepas 6 bulan, badannya semakin tegap, otot lebih terbentuk. Beliau berjaya meningkatkan berat badannya dari 52.3kg sehingga 53.9kg. Pesakit juga berasa puas hati.
Penjagaan harian:
1. Cara pemakanan yang sihat.
Pesakit diminta mengelakkan minuman sejuk dan makanan goreng. Makanan di peti ais seperti: salad, ais krim, buah sejuk juga harus dielak, makanan sejuk memudaratkan sistem pencernaan. Makanan goreng boleh mengakibatkan badan panas, mempengaruhi keseimbangan Yin dan Yang.
2. Pelarasan emosi.
Melakukan aktiviti dan berinteraksi dengan alam semulajadi, mendengar muzik, membaca dan segala aktiviti yang menenangkan hati.
3. Pemulihan minda.
Mengamalkan tabiat tidur yang baik, tidur awal dan bangun awal.
4. Bersenam.
Melibatkan diri dengan aktiviti di luar, menerima sinaran cahaya matahari, badan berpeluh, peredaran darah lancar, Qi darah lancar, sakit sendi juga berkurangan.
5. Meluaskan lingkaran sosial.
Melakukan aktiviti atau hobi yang berminat, mendapat kawan baru dan memperluaskan pandangan.
此文章还有以下语言版本:
简体中文 (Chinese (Simplified))
English