Dengan datangnya era internet, penggunaan telefon dan komputer untuk berkerja dan belajar adalah normal, namun bahu dan leher tidak selesa juga menjadi masalah yang biasa didengar. Semasa otot bahu dan leher terutamanya bahagian dalam tulang belikat, sering berasa letih, sakit, bahu tertekan, tangan tidak dapat diangkat, banyak orang mulai mempertimbangkan sama ada mereka mengalami bahu beku.

Sebenarnya, terdapat banyak sebab yang menyebabkan sakit bahu, bukan cuma bahu beku sahaja.



Sebab sakit bahu yang biasa didengar

1.Kecederaan keletihan

Bekerja berat untuk jangka masa yang panjang (kerja mengangkat tinggi tangan, mengangkat beban dengan sebelah tangan), senaman bahu yang berlebihan dan kerap, kecederaan berulangan serta postur yang tidak betul adalah faktor sakit bahu yang biasa didengar.

Kecederaan ini berlaku sebab pergerakan atau postur yang kerap berulang, otot di sekitar bahu kaku dan tegang, ini mengakibatkan fungsi tisu otot menurun dan menyebabkan keradangan bukan jangkitan serta kesakitan.

Ciri-ciri kesakitan bahu yang dibabkan oleh keletihan adalah otot bahu berasa tegang dan sakit apabila membuat pergerakan, keadaan akan menjadi ringan selepas berehat.

2.Kecederaan sendi bahu

Sendi bahu adalah sendi yang paling aktif di seluruh badan, dapat membuat gerakan 360°, tetapi juga sendi yang paling mudah tercedera, bergantung kepada tendon dan otot untuk melindunginya. Sebagai sendi yang paling aktif, sendi bahu tidak stabil yang seperti difikir, sering cedera sebab penggunaan berlebihan, postur tidak betul semasa bersenam, jatuh atau tiba-tiba tertarik kuat.

Pesakit yang tercedera sendi bahu biasanya sendi bahu merah bengkak, sakit, tangan tidak dapat bergerak dengan normal dan sendi tersalah tempat atau deformasi.

3.Degenerasi sendi

Fungsi-fungsi badan menurun mengikuti usia yang meningkat, begitu juga dengan sendi, penurunan rawan sendi, pembentukan tisu tulang berlebihan (osteofit), sendi kaku dll. Selepas fungsi sendi bahu menurun, geseran di antara sendi meningkat, mengakibatkan pemukaan sendi tidak halus, lebih mudah meradang dan kestabilan sendi bahu menurun dan berlakunya atrofi otot di sekeliling bahu serta kesakitan.

Degenerasi sendi bahu biasanya akan menyebabkan sendi merah bengkak dan kesakitan yang berterusan, terutamanya semasa membuat pergerakan atau posisi yang tertentu serta mungkin akan mengganggu aktiviti harian.

4.Tendinitis dan sinovitis

Tendinitis dan sinovitis juga salah satu sebab sakit bahu. Tendon adalah tisu yang menghubungkan otot dengan tulang dan bertanggungjawab untuk menyokong dan menstabilkan sendi bahu; sinovium pula adalah tisu yang meliputi dalam sendi bahu, bertanggungjawab untuk menghasilkan cecair pelincir semasa aktiviti sendi untuk mengurangkan geseran. Penggunaan yang tidak betul, kecederaan akibat tekanan luaran dan keradangan kronik boleh menyebabkan keradangan pada tisu-tisu ini di bahu.

Pesakit yang meradang di tisu tendon dan sinovium bahu kebanyakannya akan merasakan kesakitan menusuk ketika bahu bergerak, terutamanya ketika mengangkat beban berat atau mengangkat tinggi. Menekan terus pada tisu tendon juga dapat merasa kesakitan tekanan yang jelas.


Ciri-ciri bahu beku

Sendi bahu meradang, juga dikenali sebagai bahu beku, biasanya mempegaruhi individu yang berusia kira-kira 48-50 ke atas. Ia sebenarnya disebabkan oleh keradangan kronik tisu otot di bahu, menyebabkan kapsul sendi bahu melakat bersama, mengakibatkan bahu kaku, pergerakan terhad dan sakit.

1.Bahu beku biasanya dijumpai pada pesakit yang berumur 48-50 ke atas, kesakitan biasanya bermula dari sebelah bahu, gejala berkembang dengan perlahan.

2.Pada mulanya, kesakitan bahu mungkin lebih ringan, posisi kesakitan tidak jelas, biasanya bermula rasa sakit dan bengkak. Berlalu dengan masa, kesakitan bertambah serius, terutamanya pada waktu malam, mungkin menjejaskan kualiti tidur. Titik tekanan sakit mungkin muncul di sekitar sendi bahu.

3.Bahu pesakit mungkin akan menjadi sangat kaku, lingkungan pergerakan terhad, susah menggunakan tenaga, tidak dapat mengangkat tangan, ke sisi luar dan belakang.


Cara menguji bahu beku

Salah satu ciri bahu beku adalah pergerakan sendi bahu terhad, boleh menguji pergerakan bahu untuk penilaian awal. Bawah adalah cara yang mudah untuk menguji sendiri:

1.Mengangkat tangan berhala atas: berdiri tegak, mengangkat tangan dari bawah ke atas, lengan cuba untuk mendekati telinga sepenuhnya atau melebihi bahagian atas kepala. Meminta perhatian adakah anda rasa sakit atau pergerakan terhad yang jelas.

2.Menghala tangan keluar: Berdiri tegak, mengangkat tangan dari bawah ke atas dan ke luar, cuba mendekati lengan dengan telinga sepenuhnya atau melebihi bahagian atas kepala. Meminta perhatian adakah anda rasa sakit atau pergerakan terhad yang jelas.

3.Mengangkat tangan ke belakang: Mendekati bahagian belakang tangan dengan belakang badan, kemudian bergerak tangan ke atas perlahan-lahan, cuba untuk menyentuh bahagian dalam bahu sisi bertentangan. Adakah anda rasa sakit atau pergerakan terhad yang jelas.

Perhatian, cara menguji sendiri di atas cume pemerisaan awal sahaja, jika berasa anda mungkin mengalami bahu beku atau masalah bahu, sila mendapatkan pandangan dan diagnosis daripada jabatan perubatan untuk penilaian menyeluruh.


Penggolongan bahu beku

Bahu beku biasanya berlaku untuk 3 fasa:

1.Fasa awal (Fasa sakit):

  • Kesakitan di bahagian bahu adalah paling jelas.
  • Kesakitan ini biasa rasa terbakar dan kesakitan pada waktu malam.
  • Kawasan pergerakan sendi bahu berkurangan.

2.Fasa tengah (fasa beku):

  • Pergerakan sendi bahu terhad dapat dirasakan dengan jelas.
  • Sendi bahu kehilangan keupayaan untuk mengangkat ke atas dan ke belakang (susah untuk berus gigi, menyikat, memakai dan membuka baju, begitu juga dengan memakai seluar).

3.Fasa Akhir (Fasa cair):

  • Kesakitan sendi bahu berkurangan.
  • Pergerakan sendi bahu kembali ke lingkungan dan fungsi normal.

Mengetahui posisi menggunakan komputer dan telefon yang betul untuk mengelakkan diri daripada sakit bahu dan leher.

Ciri-ciri posisi menggunakan komputer yang betul:

  1. Letakkan komputer di paras mata atau rendah sedikit, mempertimbang untuk menggunakan rak komputer untuk mengalih ketinggian, ini mengelakkan leher berada di posisi yang tidak betul.
  2. Memilih ketinggian kerusi yang sesuai, yang mempunyai sandaran belakang dan tangan. Letakkan lengan di meja atau sandaran tangan kerusi, bersudut 90 darjah.
  3. Semasa duduk di kerusi, memastikan punggung duduk merangkumi seluruh kerusi, belakang menyandar dekat untuk menjaga tulang belakang dalam kedudukan tegak.
  4. Kedua-dua kaki letak rata di atas lantai bersudut 90 darjah, jangan bersilang kaki. Jika perlu duduk untuk jangka masa yang panjang, anda boleh bersilang kaki atau pergelangan kaki berselang-selang.
  5. Bangun meregangkan kaki dan tangan setiap sejam.

Ciri postur penggunaan telefon:

  • Postur berdiri
  1. Semasa menggunakan telefon berdiri, cuba berdiri tegak, leher dalam keadaan selesa, menyelitkan dagu, meninggikan ketinggian pengambilan telefon di paras mata.
  2. Memegang dengan kedua-dua tangan untuk meringankan beban jari dan pergelangan tangan.
  3. Elakkan memegang telefon dengan sebelah tangan, melainkan memerlukan sebelah tangan untuk penggunaan. Di situasi ini, mencadangkan untuk mendokong tangan yang memegang telefon dengan tangan yang satu lagi untuk memastikan keseimbangan badan, menukar posisi setiap 30 minit.

  • Postur duduk
  1. Semasa menggunakan telefon, memastikan jarak mata dan telefon di paras yang sama.
  2. Boleh meletakkan lengan atas meja sebagai sokongan yang kukuh.
  3. Jika tidak ingin menggunakan tangan, boleh menggunakan alat seperti rak telefon, melaras ketinggian ke paras mata.

  • Postur baring
  1. Semasa menggunakan telefon berbaring, memilih cara baring rata, mengelakkan menggunakan telefon berbaring tepi.
  2. Mengambil perhatian jarak telefon dengan mata, mencadangkan jarak 30-50 cm.
  3. Boleh mengurangkan beban lengan dengan meletakkan bantal atau selimut di bawah lengan.

 

此文章还有以下语言版本: 简体中文 (Chinese (Simplified)) English

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

Share This