Pesakit: Perempuan, 82 tahun
Tarikh: 2024April 12 Lawatan pertama
Sebab: Sembelit dan sakit perut 3 bulan


Anak pesakit menolong ibunya menolak kerusi rodanya masuk ke dalam bilik rawatan. Mereka bangsa India.

Anak pesakit memberitahu: “Enam bulan lalu, kaki kanan ibu saya patah dan dimasukkan ke dalam wad hospital untuk pembedahan. Selepas operasi, ibu saya berbaring terlentang di atas katil selama 4 bulan. Lebih kurang 2-3 bulan selepas itu, sakit perut dan sembelit bermula. Sebenarnya, ibu sudah mempunyai masalah sembelit, masalah sembelit bertambah teruk selepas pembedahan baring sepanjang hari. Najis ibu saya kadangkala ketulan biasa, kadangkala keras dan berbiji bola.”

Saya menekan perut pesakit yang besar: “Sakit perutnya disebabkan oleh sembelit.”

Anak pesakit tersedar dan berkata: “Oh ya ke!?”

Anak teruskan berkata: “Ibu saya juga ada bengkak kaki dan sakit ketika kencing.”

Selepas buat pemeriksaan, edema klasik ditunjuk pada bahagian kaki pesakit, dengan tekstur otot yang lembut dan lembik apabila ditekan.

Saya memberikan ubat untuk pesakit dan mengaturkan rawatan minggu depan.


Tarikh: 2024 April 18 Lawatan kedua:

Sebab: Sembelit dan sakit perut 3 bulan

Keadaan pesakit bertambah baik. Daripada mukanya yang gembira kita pun boleh mengetahui keadaannya.

Pesakit: “Wa! Pengamal TCM, selepas saya makan ubat herba, saya boleh membuang air besar 2 kali lebih kurang 8.30am pada hari kedua. Kali kedua agak-agak pada 11.30am-12.00pm. Kali ketiga pada lebih kurang pukul 7pm. Sangat busuk dan warnanya perang gelap.

Pesakit menghuraikan keadaan membuang air besar selepas mengambil ubat herba dan pengubahbaikkan masalah sembelit dengan terperinci.

Mengikut keadaan beliau, saya mempreskripsikan ubat herba dan membuat rawatan akupunktur.


Analisis Kajian Kes :

Masalah pesakit yang utama adalah sembelit dan sakit perut. Bulan Oct 2023, kaki kanan pesakit patah dan dimasukkan ke wad hospital untuk menjalani pembedahan. Pesakit tidak dapat bergerak, berbaring di katil selama 4 bulan. Lebih kurang 2-3 bulan dari pembedahan, perut beliau mula sakit. Sebelum itu, pesakit sudah mengalami sembelit, ia semakin teruk sebab kurang bergerak selepas pembedahan. Oleh itu, anak lelakinya sering membelikan ubat julap untuk ibunya. Pada masa ini, pesakit rasa kepahitan dalam mulut, tiada selera, sering rasa muntah, sendawa atau refluks. Kadang-kadang rasa sakit perut menjadi buruk selepas makan malam menyebabkan insomnia.

Pesakit membuang air besar lebih daripada 3 kali selepas makan ubat, sangat busuk dan hitam, hari yang berikutnya semua baik, hanya sehari sembelit. Jumlah yang dibuang banyak, sakit perut sudah tiada. Berat badan hilang 2kg dalam seminggu. Simptom lain macam kepahitan mulut hilang. Selera bertambah baik dan rasa muntah hilang.


Ringkasan:

Sakit perut untuk 3 bulan adalah pengalaman yang buruk. Rasa sakit perut setiap hari mempengaruhi emosi pesakit, bukan sahaja badan, begitu juga dengan mental. Rasa sakit perut dan kembung adalah disebabkan oleh kepanasan dalam badan yang disebabkan oleh sembelit. Justeru, jangan menganggap 3-4 hari tidak membuang air besar adalah biasa. Ini adalah punca bencana.


Penjagaan sembelit untuk warga emas:

1. Senaman yang mencukupi

Bersenam boleh mengawal berat badan, mengelakkan kesakitan, memperbaiki emosi, meningkatkan tenaga, meningkatkan kualiti tidur dll.

Bagi warga emas yang mempunyai masalah sakit kaki dan tidak dapat berjalan dengan tegak, mereka boleh memilih senaman yang bersesuaian seperti berjalan-jalan dan bersiar-siaran di sekeliling rumah.

Kita sering menggalakkan pesakit untuk keluar dan mendapatkan sinaran matahari, berpeluh membantu melancarkan peredaran darah dan Qi. Otot dan sakit sendi akan pulih beransur-ansur. Untuk golongan yang berusia, kita menggalakkan untuk membuat senaman yang senang seperti Tai Ji, Ba Duan Jing (Qi Gong) dan berjalan-jalan di taman.

2. Pelarasan cara pemakanan

Kami mencadangkan pesakit mengurangkan minuman sejuk. Warga emas biasanya tidak minum air sejuk. Makanan sejuk dari peti sejuk seperti salad, aiskrim, atau buah beku juga perlu dielakkan. Makanan manis seperti kek dan pencuci mulut turut tidak digalakkan.

3. Urutan perut

Urut perut mengikut arah jam – mulakan dari bahagian kanan bawah perut, naik ke bahagian atas perut, kemudian gerakkan ke kiri dan turun ke bahagian kiri bawah.

4. Urutan Titik Akupuntur

TE6 Zhigou

ST25 Tianshu

此文章还有以下语言版本: 简体中文 (Chinese (Simplified)) English

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

Share This