Nama: Cik Li, 29 tahun
Tarikh: 22 Julai 2022. Lawatan pertama.
Aduan pesakit: Sensasi badan asing dalam anak tekak melebihi 1 tahun.
Menurut perubatan Cina, “globus pharyngis” adalah perasaan badan asing dalam anak tekak yang tidak boleh ditelan atau meludah.
Cik Li, seorang akauntan, mula mengalami ketidakselesaan tekak sekali-sekala kira-kira setahun yang lalu. Dia selalu mempunyai perasaan bahawa ada sesuatu yang tersekat dalam anak tekaknya dan mencuba berkali-kali untuk mengeluarkannya tanpa kejayaan, terutama pada waktu senja. Ketidakselesaan ini juga menjejaskan kualiti tidurnya, jadi dia memutuskan untuk melawat klinik dalam usaha menyelesaikan masalah tersebut.
“Cik Li, selain menyebabkan anda tidak selesa, adakah perasaan itu mengganggu pertuturan atau pernafasan harian anda?“
“Tidak, tidak. Saya hanya rasa ada sesuatu yang pelik dalam anak tekak saya. Jadi saya pergi ke doktor ENT, dia mendiagnosis radang tenggorokan kronik dan memberi saya ubat. Selepas saya menghabiskan preskripsi, saya melangkau temu janji susulan dan masalah ini berterusan sehingga hari ini. Kebelakangan ini, perasaan ini lebih melampau terutama pada waktu lewat malam atau awal pagi. Saya mengalami masalah tidur kerana saya sering bangun sekitar jam 4 pagi, sukar untuk tidur balik lepas bangun, dan kemudian tidur kurang daripada 2-3 jam sebelum bersiap ke tempat kerja.”
“Baiklah. Bagaimana dengan tabiat makan anda? Adakah anda makan tetap dan menepati masa?”
“Saya biasanya makan menepati masa, tetapi saya tidak makan banyak kerana pencernaan saya agak perlahan. Namun, tanpa mengira saiz hidangan, asalkan saya makan, saya rasa ok saja.”
“”Apa sebenarnya yang anda maksudkan dengan pencernaan perlahan?”
“Perut saya mudah kembung, sama ada saya lapar atau tidak, makan banyak atau sedikit, terutamanya pada hari yang sibuk, kembung boleh berlarut sepanjang hari. Sudah tentu, jika saya kurang makan, kembung akan berkurang, jadi saya biasa makan sedikit.”
“Adakah anda stres di tempat kerja?”
“Saya percaya bahawa tekanan kerja sangat tipikal untuk profesion saya. Saya telah berada dalam industri ini hampir 5 tahun, dan telah menyesuaikan diri dengan tekanan dan kadar kehidupan sedemikian. Walau bagaimanapun, baru-baru ini, ada kemungkinan bahawa kerana syarikat melancarkan projek baru, jadual kerja menjadi padat dan stres memang lebih tinggi daripada sebelumnya, tetapi saya percaya bahawa saya akan dapat menyesuaikan diri tidak lama lagi.”
“Apakah aktiviti yang anda gemari lakukan dalam masa lapang anda selain bekerja?”
“”Saya tidak melakukan apa-apa pada masa lapang kerana masih ada tugas yang perlu saya siapkan selepas bekerja. Oleh kerana syarikat saya jauh dari tempat tinggal saya , masa perjalanan sahaja mengambil masa hampir satu jam. Lepas balik , saya makan malam, mandi, dan terus bekerja sehingga siap, yang biasanya sekitar tengah malam, sebelum tidur.”
“Apa yang anda lakukan pada hari cuti ? Adakah anda berjumpa dengan rakan-rakan atau melakukan aktiviti yang biasanya anda tidak dapat buat?”
“ Dulu, saya gemar membaca buku dan menonton drama, tetapi sejak mula bekerja, ia menjadi lebih sukar untuk melakukan aktiviti ini disebabkan jadual yang padat, jadi saya berhenti secara beransur-ansur. Pada hari-hari cuti, saya akan membiarkan diri saya tidur dan bangun sesuka hati saya, membeli-belah di kedai berdekatan untuk mendapatkan barang keperluan harian, pulang ke rumah untuk mengemas, dan hari itu akan berakhir begitu saja.”
Hasil daripada mengetahui ciri-ciri fizikal dan gaya hidup Cik Li, saya membuat kesimpulan bahawa dia adalah seorang gila kerja dengan keseimbangan kerja-kehidupan yang teruk. Disebabkan oleh gaya hidupnya yang pantas, Cik Li terpaksa melepaskan masa untuk bersantai, hobi dan interaksi sosial untuk menumpukan perhatian pada kerjanya. Kehidupan ini berterusan selama lebih daripada lima tahun. Dalam kehidupannya yang berulang kali dia telah hilang minat untuk berinteraksi dengan orang lain dan sudah biasa menyimpan emosinya dalam hati. Saya terpaksa meminta Cik Li menerangkan simptomnya secara terperinci supaya saya dapat menentukan ketidakselesaannya. “Tabiatnya” yang suka menyimpan emosi dalam fikiran mengganggu emosinya serta menyebabkan genangan stagnasi qi hati kerana ketidakstabilan emosi kebiasaan akan mempengaruhi Qi hati. Keupayaan limpa dan perut untuk menguasai transportasi dan transformasi nutrien, dan peranannya dalam mengawal peredaran cecair badan, terjejas teruk oleh tabiat diet yang kurang baik disebabkan oleh tekanan jadual yang sibuk. Defisiensi limpa dan perut membawa kepada pembentukan kelembapan dan kahak yang tidak dapat dilihat melalui mata kasar dalam badan. Kahak ini terkumpul dalam anak tekak menghasilkan globus pharyngis .
Saya memberitahu Cik Li tentang masalahnya, memberi ubat herba untuk melancarkan qi hati yang bertakung dan mempromosikan aliran qi dengan menguatkan limpa. Selepas itu, saya mencadangkan kepada Cik Li supaya dia menghabiskan percutian seterusnya bersama rakan-rakan rapat dan keluarga. Setelah banyak pertimbangan, Cik Li bersetuju dengan cadangan saya.
Tarikh: 31 Julai, 2022. Lawatan kedua.
Cik Li kembali untuk susulan selepas seminggu.
“Cik Chung, selepas saya habis makan ubat, saya ada rasa bahawa benda asing dalam anak tekak saya kurang, tetapi apabila saya bangun, saya masih rasa mulut saya pahit dan kering. Tidur malam pula jadi lebih lena.”
“ Bagaimana dengan selera makan? Adakah perut masih rasa kembung lepas makan?”
“Tidak, tidak, sebenarnya, saya rasa lebih lapar daripada sebelum ini. Saya biasanya lapar selepas waktu makan, jadi saya tergesa-gesa untuk mendapatkan sesuatu untuk memuaskan rasa lapar saya kemudian bergegas kembali bekerja, tetapi akhir-akhir ini, saya perlu makan lebih untuk rasa kenyang. Saya tidak rasa kembung selepas makan, walaupun saya makan lebih daripada biasa.”
“Baiklah, bagaimana anda menghabiskan hari cuti anda?”
“Saya berhubung semula dengan rakan kolej yang tidak pernah saya jumpa sejak pandermik itu dan kami bersembang sepanjang hari. Pada mulanya saya bimbang saya janggal sebab sudah dua tahun kami tidak berjumpa, tetapi itu tidak berlaku sama sekali. Saya berasa lebih baik apabila saya pulang ke rumah selepas perjumpaan hari itu, dan ternyata perbualan itu juga bertujuan untuk menenangkan saya.”
“Saya gembira melihat perubahan anda. Saya akan memberi anda ubat Cina, tetapi saya cadangkan anda meluangkan masa lapang dengan membaca buku, tonton filem baharu atau berjalan-jalan di luar selain daripada kerja pejabat atau kerja rumah.”
“Baiklah, Cik Chung.”
Tarikh: 7 Ogos, 2022. Lawatan ketiga.
“ Cik Chung, perasaan benda asing yang menyekat anak tekak saya telah reda baru-baru ini. Begitu juga dengan rasa pahit dan kering di mulut saya.”
“ Adakah anda tidur baik kebelakangan ini?”
“Saya mempunyai tidur malam yang nyenyak minggu ini. Saya tidur sehingga matahari terbit, kurang bermimpi, dan berasa lebih segar daripada biasa.”
“Kalau begitu, saya akan tukar preskripsi, jadi sila sambung makan ubat itu untuk beberapa hari lagi, jika anda tidak lagi berasa seperti ada sesuatu yang tersekat dalam anak tekak lepas habis ubat, anda tidak perlu kembali untuk susulan.”
Cik Li, yang kembali sebulan selepas habis ubat untuk gejala lain, memberitahu bahawa perasaan benda asing dalam anak tekak dia sudah reda hingga kini. Saya mencadangkan Cik Li untuk keluar bersama rakan-rakannya dari semasa ke semasa seperti yang dipersetujui dan menghabiskan masa lapangnya dengan minat dan hobinya untuk mengelakkan berulangnya globus pharyngis.
Apa yang perlu anda ketahui mengenai “Globus pharyngis”?
Orang dahulu mentakrifkan globus pharyngis sebagai “ sekeping daging panggang yang tersekat dalam anak tekak.” Ini bermakna terdapat perasaan kehadiran sesuatu yang tidak dapat dijelaskan dalam anak tekak yang tidak dapat ditelan or dihembus. Oleh sebab itu, salah satu gejala utama globus pharyngis adalah sensasi yang samar-samar tentang sesuatu yang tersekat dalam anak tekak, dan ketidakupayaan untuk menelan atau mengeluarkan, dan bertambah teruk dengan perubahan emosi. Globus pharyngis kebanyakan memberi kesan kepada golongan wanita.
Dua keadaan yang membawa kepada pembentukan globus pharyngis – Defisiensi fungsi limpa dan perut – dan genangan stagnasi qi hati – tidak dapat dipisahkan sepenuhnya. Defisiensi limpa dan perut menjejaskan kedua-dua peranan pengawalan edaran cecair dan transportasi dan transformasi nutrien dalam badan, akhirnya membawa kepada pembentukan kahak; perubahan emosi yang berterusan, yang menjejaskan kelancaran qi hati, boleh mengakibatkan genangan stagnasi qi hati. Dalam jangka panjang, genangan stagnasi qi hati menjejaskan aliran qi di dada, yang, digabungkan dengan kahak , menyebabkan globus pharyngis.
Pencegahan “Globus pharyngis”
- Mengendalikan mindset
Memahami bahawa faktor emosi memainkan peranan penting dalam kemunculan atau perkembangan globus pharyngis, sekiranya anda mempunyai emosi negatif yang berlebihan dalam kehidupan, dalam usaha anda untuk mengurangkan tekanan hidup, pengurusan mindset adalah sangat penting. Terdapat beberapa cara untuk menangani emosi anda, yang paling mudah ialah bersenam untuk melepaskan stres. Selain itu, belajar untuk meluahkan hati juga merupakan pilihan yang bijak.
Kehidupan adalah kegembiraan dan kesedihan, dan emosi itu sendiri tidak mempunyai kesan yang baik atau buruk, tetapi adalah manifestasi fizikal minda. Memendam emosi secara membuta tuli bukanlah penyelesaian jangka panjang. Bersikap terbuka kepada perasaan ketika – biarkan diri anda terluka, kecewa, marah, bimbang atau keliru tentang situasi buruk – mengakui dan menerima perasaan ini akan membantu anda mendapatkan lebih kawalan ke atas pemikiran anda dan mengelakkan diri anda terlalu terdedah kepada emosi negatif.
- Urut titik akupunktur
Jika anda mengesyaki bahawa anda mempunyai penyakit “globus pharyngis”, atau jika anda mengalami perubahan emosi yang kerap dalam kehidupan seharian anda, anda boleh mengurut titik akupunktur Tian Tu dan Tai Chong untuk melegakan simptom sebelum mendapatkan rawatan yang sesuai.
此文章还有以下语言版本:
简体中文 (Chinese (Simplified))
English