Pesakit: Perempuan, 41 tahun
Tarikh: 4 Januari 2023, lawatan pertama
Masalah Utama: Sakit pada kedua-dua otot betis selama 3 hari.

Saya mendapat tahu daripada beliau bahawa kali ini, disebabkan kesibukan dan kepenatan baru-baru ini, dia terlepas pijak dan mencederakan otot betis ketika turun dari tangga.

【Diagnosis】

Semasa memeriksa betis beliau, apabila tangan saya menyentuh permukaan betis, saya merasakan bahagian ini mempunyai sensasi haba dan kebengkakkan, malah menyentuh sedikit pada betis dikatakan sakit oleh pesakit,dan kesakitannya berterusan, serta diiringi sensasi kesemutan.

Diagnosis asas ialah otot betis cedera dan tercedera pada masadalam peringkat keradangan.

Selepas pemeriksaan dan diagnosis, pesakit dijemput ke bilik rawatan dan berbaring untuk menjalankan rawatan.

【Rawatan】

Mengurangkan menekan bahagian yang masih meradang semasa rawatan. Kerana menekannya berterusan, kesakitan bahagian yang meradang akan lebih keburukkan, malah menyebabkan kecederaan sekunder.

Selepas rawatan Terapi Tuina dan Akupuntur, pesakit diminta bangun dari katil rawatan dan cuba berjalan-jalan. “Rasa sakit masa berjalan lebih lega, tetapi masih ada kesakitan.”

“Ini adalah perkara biasa, kerana ia masih dalam tempoh keradangan dan otot betis digunakan ketika berjalan, jadi akan ada rasa sakit ketika berjalan, tetapi saya telah mengurangkan tekanan pada otot betis yang dipengaruh, jadi sekarang anda akan rasa lebih lega apabila anda berjalan. Ia akan mengambil masa 2-3 hari untuk pulih.”

“Saya akan membuka ubat tradisional Cina untuk dikonsum. Selain memulihkan badan anda, ia juga akan membantu melegakan meridian dan peredaran darah. Saya juga akan memberikan ubat salap sapu luaran untuk membantu mengurangkan keradangan dan peredaran darah. “

Sebelum pesakit keluar daripada bilik rawatan, saya memberitahu lagi: “Dalam beberapa hari yang akan datang, cuba berehat sebanyak mungkin, kurangkan berjalan, dan ingat untuk makan dan sapu ubat pada masa yang ditetapkan. Selepas itu, kesakitan akan mengurang secara beransuran.”



Lawatan Kedua: 06 Januari 2023

Dua hari kemudian, pesakit datang semula untuk lawatan susulan.

Selepas 2 hari makan ubat Cina dan sapu ubat luaran, pesakit mengatakan bahawa simptom betisnya telah bertambah baik dan dia boleh berjalan dengan lebih baik, tetapi dia masih berasa sedikit sakit ketika turun tangga.

Di samping itu, tidur dengan lebik nyenak, dan badan tidak begitu panas.

Apabila saya memeriksa betis pesakit sekali lagi, keradangan dan haba betis berkurangan.

Kali ini, beliau dirawat dengan Terapi Tuina dan Akupuntur untuk membantu mengurangkan tekanan otot betis, mengurangkan keradangan dan mengaktifkan peredaran darah.

Selepas rawatan, pesakit merasakan tekanan otot betisnya berkurangan dan dia dapat berjalan dengan lebih baik.

“Oleh kerana anda masih belum pulih dengan sepenuhnya, saya akan berikan ubat makan tradisional Cina dan ubat luaran.”

Pesakit datang semula pada minggu yang seterusnya dan memberitahu bahawa keadaan betisnya telah sembuh, beliau hanya meneruskan pengambilan ubat tradisional Cina untuk memulihkan badan.



【Tips semasa terseliuh betis】

  1. Sentuh bahagian yang cedera dan rasakan suhu permukaan. Sekiranya terasa haba dan sakit apabila disentuh, anda boleh menggunakan beg air ais selama 10-15 minit untuk melegakan keradangan dan kesakitan.
  2. Sebaliknya, apabila kita menyentuh bahagian yang cedera dan merasa suhu permukaan normal atau rasa ketat, kita boleh menggunakan beg air panas selama 10-15 minit, suhu mesti tidak melebihi 45°C untuk mengelakkan melecur. Mampat panas boleh mengurangkan tekanan otot dan melancarkan peredaran darah.
  3. Selepas betis tercedera, berehat sebanyak mungkin dan mengurangkan berjalan supaya tidak membebankan bahagian yang cedera dan memburukkan keadaan.
  4. Biasanya disyorkan untuk berjalan-jalan sekitar 30-45 minit untuk menguatkan otot dan peredaran darah betis supaya kecederaan dapat dikurangkan.
  5. Jika rasa kesakitan berterusan, sila dapatkan nasihat daripada doktor yang pakar dalam kecederaan otot untuk pemeriksaan dan rawatan, supaya masa rawatan tidak dilengahkan.

 

此文章还有以下语言版本: 简体中文 (Chinese (Simplified)) English

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

Share This