Salah satu langkah diagnosis Pengamal TCM adalah bertanya sama ada berpeluh atau tidak.

Biasanya bagi pesakit lawatan pertama akan berasa hairan jika Pengamal TCM bertanya pasal simptom berpeluh.
Dalam subjek perubatan dalaman, terdapatnya topik yang penting berkenaan “berpeluh”. Topik ini merangkumi situasi berpeluh; berpeluh pada siang hari atau malam; bahagian badan berpeluh; warna peluh dan bau peluh. Tanda-tanda yang dikumpul dapat mengenalpasti status penyakit ringan atau berat untuk menentukan langkah-langkah yang berkesan untuk menetapkan remedy bagi setiap pesakit.

TCM mempunyai pepatah “Peluh ialah bendalir dari jantung, jantung ialah organ yang penting dalam mengawal pengaliran darah, maka kedua-dua peluh dan darah adalah sumber yang penting untuk badan.”
Pepatah di kalangan rakyat jelata, pendapatan kita umpama “darah” dan “peluh”.
Kedua-dua pepatah menunjukkan darah dan peluh mempunyai kepentingan seiring. Bila seseorang banyak berpeluh, darah dalam jantung dan tenaga (qi) badan serta bendalir semakin berkurangan.
Alkitab TCM mencatitkan ”阳加于阴谓之汗”.
Maksudnya, “Yang” merujuk kepada tenaga (qi) badan yang membawa haba dalam badan. “Yin” merujuk kepada bendalir dalam badan, termasuk pengaliran air dan pengaliran darah. Oleh kerana haba di dalam badan, tenaga (qi) menolak pengaliran bendalir, air keluar dari liang roma kulit sebagai peluh.
Apakah perbezaan di antara berpeluh secara normal dan berpeluh secara abnormal ?
Contoh berpeluh secara normal:
1. Bersenam atau pergerakan otot.

2. Makan makanan yang pedas.

3. Emosi yang cemas.

4. Melitupi badan dengan baju atau selimut tebal.

5. Suhu panas.

Jenis peluh di atas adalah untuk melaraskan suhu badan, mencapai keseimbangan “Yang” dan “Yin” dalam badan.
Contoh berpeluh secara abnormal:
- 1. Badan perlu berpeluh tetapi tidak berpeluh.
- 2. Badan tidak perlu berpeluh tetapi asyik berpeluh.
- 3. Berpeluh di sebahagian badan sahaja.
- 4. Peluh yang abnormal contohnya: peluh kekuningan yang meninggal kesan di kolar baju.
Selalunya kita berkata, peluh amat busuk. Apakah punca-punca peluh berbau busuk?
Organ badan dapat dikaitkan sekali dengan peluh.
1. Peluh yang berbau busuk dikaitkan dengan hati.
Bila hati kepanasan, ia meningkatkan suhu badan. Maka, fungsi perut akan terpengaruh, bendalir dan suhu dalam perut meningkat dalam jangka masa yang pendek. Suhu badan menurun semasa proses berpeluh berlaku. Bila suhu semakin meningkat, peluh berbau busuk.
Peluh berbau busuk dari ketiak boleh dikaitkan dengan masalah hati dan perut.

Apabila lelaki yang kelembapan skrotum atau perempuan yang vagina berbau busuk, kebanyakkan juga dikaitkan dengan masalah hati dan perut.
Cadangan: Mengamalkan tabiat makanan yang seimbang, mengurangkan makanan pedas, makanan sejuk dan jangan tidur lewat.


2. Banyak berpeluh dapat dikaitkan dengan fungsi paru-paru dan jantung.
Mengapa banyak berpeluh dikaitkan dengan fungsi paru-paru dan jantung? Apabila fungsi paru-paru lemah, liang roma di kulit badan tidak lancar, menyebabkan seseorang banyak berpeluh. Selain itu, apabila seseorang didapati mudah mengalami selesema, batuk atau asma, kebanyakannya berpunca daripada isu paru-paru. Simtom banyak berpeluh berlaku apabila jantung lemah semasa pengedaran aliran darah.
Cadangan: Kurangkan duduk/bertiup secara langsung di bawah penyaman udara and kipas. Bersenam untuk meningkatkan fungsi paru-paru dan jantung.



3. Peluh sejuk dikaitkan dengan buah pinggang.
Jikalau badan berpeluh sejuk, adakah ia berkaitan dengan masalah buah pinggang? Buah pinggang berfungsi sebagai penjana tenaga. Apabila buah pinggang lemah, ia tidak mampu menghangatkan badan, maka peluh akan sejuk.
Cadangan: Rawatan Moksibusi dijalankan di titik akupoint seperti gambar di bawah.
GV 4 Mingmen :

BL 23 Shenshu :

CV 4 Guanyuan :

KI 1 Yongquan :

Peringatan:
Pada masa kini, ramai orang suka pergi bilik sauna. Spa sauna membantu berpeluh melalui cara mandi wap dengan menggunakan suhu haba tinggi. Suhu bilik sauna lebih kurang di antara 100–110°F. Jikalau spa steaming melebihi masa, penyahhidratan berlaku apabila cecair badan mengalami kehilangan yang berlebihan. Maka, spa steaming tidak digalakkan dibuat terlalu kerap.
此文章还有以下语言版本:
简体中文 (Chinese (Simplified))
English


