Sila tekan di “sini” untuk artikel bahagian 1 mengenai [Siapa lebih mudah mendapat jerawat?], mari kita teruskan membaca bahagian 2~

1. Analisis jerawat dari sudut TCM

Jerawat, TCM berpendapat adalah berkaitan dengan ketidakseimbangan Yin Yang badan, Qi darah badan, kelembapan serta kepanasan badan dll sebab. Keadaan ini bukan sahaja berkaitan dengan pergerakan kadar hormon, fungsi organ dalaman yang tidak seimbang dan juga meridian yang tersumbat.

1.1 Ketidakseimbangan Yin Yang:

Keseimbangan Yin Yang penting untuk mengendali aktiviti fisiologi tubuh badan, apabila Yin Yang tidak seimbang, fungsi badan terjejas, Qi darah tidak lancar. Ini juga ditunjukkan pada permukaan kulit dan ia membentuk jerawat.

1.2 Ketidakseimbangan Qi darah:

TCM menekankan kepentingan kelancaran Qi darah dalam aktiviti fisiologi harian. Ketidakseimbangan Qi darah mungkin mengakibatkan meridian muka tersumbat, metabolisme dan pembekalan nutrients kulit terjejas, mengakibatkan jerawat.

1.3 Kelembapan dan kepanasan dalaman:

Tabiat cara pemakanan dan cara kehidupan harian boleh menyebabkan kelembapan dan kepanasan berada di dalam badan, TCM berpendapat kelembapan dan kepanasan dalaman adalah salah satu sebab yang menyebabkan jerawat, kita boleh mengurangkan masalah kulit dengan mengeluarkan kepanasan dan kelambapan dari badan.


2. Pengalaman rawatan klinikal TCM

TCM menekankan untuk membuat perubahan terhadap badan untuk merawat masalah jerawat, seimbangkan Yin Yang, Qi darah dan mengeluarkan kepanasan serta kelembapan badan, ini memulihkan fungsi organ dalaman dan kelancaran meridian, ini juga dapat memperbaikikan masalah kulit muka. Rawatan TCM bukan sahaja dapat mengurangkan simptom masalah, ia juga dapat meningkatkan fungsi badan dan mengurangkan risiko penyakit berulangan.

2.1 Rawatan ubat tradisi Cina

Ubat tradisi Cina menekankan rawatan secara keseluruhan badan, bukan sahaja simptom luaran, ia juga mengubahbaikkan keseimbangan dalaman, dari dalaman hingga luaran, mengembalikan kesihatan kulit.

2.2 Rawatan akupuntur:

Akupuntur boleh membawa keseimbangan Yin Yang dan melancarkan peredaran darah yang dapat membantu simptom jerawat denga merangsang akupoint dan melaras meridian serta Qi darah.

2.3 Rawatan jarum api:

Jarum api boleh membantu melancarkan peredaran darah dan metabolisme yang boleh membantu mengurangkan merah bengkak serta lebam jerawat dengan rangsangan jarum yang hangat, ia dapat mengurangkan kepanasan dan toksin badan, mengurangkan simptom kepanasan dan kelembapan.

2.4 Diet pemakanan:

Melaraskan diet pemakanan mengikut keadaan badan individu, mengelakkan rangsangan makanan pedas, gula tinggi dan makanan goreng, mengambil makanan yang mempunyai vitamin dan minerals, ini boleh membantu mengeluarkan kelembapan dan kepanasan badan.

2.5 Pengawalan emosi:

TCM berpendapat bahawa emosi dan organ dalaman mempunyai hubungan yang rapat, untuk keseimbangan Yin Yang badan, kita mencadangkan boleh bersenam secara sederhana, mengekalkan tabiat kehidupan harian yang baik dan menjaga emosi.


3. Keberkesanan dan prognosis rawatan TCM terhadap jerawat

3.1 Pengurangan simptom:

Rawatan TCM menekankan pelarasan keseimbangan Yin Yang dalaman badan dan kelancaran Qi darah. Melalui rawatan herba tradisi Cina, akupuntur dll cara rawatan, dengan jelas ia dapat mengurangkan simptom jerawat seperti ruam, merah, bengkak dll.

3.2 Mengubahbaikkan kulit bahagian muka:

Rawatan TCM boleh mengubahbaikkan keadaan kulit muka dan meridian, melancarkan peredaran darah serta mengurangkan keradangan, membantu kulit licin cerah berseri.

3.3 Pengubahbaikkan keadaan badan:

Rawatan TCM bukan sahaja mengambil perhatian terhadap simptom permukaan, ia juga menumpukan kepada kestabilan keseluruhan tubuh badan. Mengurangkan masalah jerawat, meningkatkan sistem imun dan meningkatkat fungsi badan melalui mengubahbaikkan Yin Yang serta Qi darah badan.

3.4 Rawatan mengikut keadaan badan individu:

Rawatan TCM memandang berat terhadap perbezaan keadaan badan individu, mengikut keadaan badan pesakit dan perbezaan penyakit, menetapkan rawatan mengikut keadaan badan, meningkatkan keberkesanan rawatan.

3.5 Nasihat kehidupan:

Praktitioner sering memberikan nasihat kehidupan termasuk diet makan, pengawalan emosi, cara kehidupan harian dll, ini membantu dalam mengekalkan keadaan badan yang baik selepas membuat rawatan.

3.6 Rawatan jangka masa panjang:

Keberkesanan rawatan masalah jerawat TCM adalah lebih berpanjangan, terutamanya dengan kerjasama pesakit. Bukan sahaja dapat mengurangkan simptom semasa, juga mengelakkan masalah jerawat berulangan melalui rawatan jangka masa yang panjang.


4. Rujukan rawatan masalah jerawat TCM

4.1 Rawatan Awal (2-4 minggu):

Rawatan masalah jerawat TCM biasany bermula dengan mengetahui keadaan badan dan melegakan simpton. Melalui rawatan ubat tradisi Cina dan akupuntur, dapat mengeluarkan kepanasan kelembapan, mengubahbaikkan Qi darah serta mengurangkan keradangan jerawat.

4.2 Rawatan lanjut (1-2 bulan):

Pada asas rawatan awal, meneruskan rawatan dengan seimbangkan Yin Yang badan, meningkatkan fungsi Qi darah dan meningkatkan sistem imun kulit. Mungkin memerlukan perubahan ubat tradisi Cina dan penambahan akupuntur untuk mendapatkan kesan yang menyeluruh.

4.3 Pengukuhan dan pencegahan (berapa bulan hingga setengah tahun):

Dengan asas rawatan awal dan rawatan lanjut, mementingkan keberkesanan rawatan dan mengubahbaikkan keadaan badan. TCM praktitioner mungkin akan mencadangkan pengurangan kekerapan rawatan, tetapi meminta pesakit meneruskan cara kehidupan harian yang sihat untuk mengelakkan masalah jerawat berulangan.


5. Kelebihan unik TCM dalam merawat masalah jerawat

Jerawat, adalah masalah kulit yang sering dihidapi remaja, TCM merawat masalah jerawat dengan idea dan terapi integratif, memaparkan kelebihan terapi tradisional. TCM berpendapat untuk mengubahbaikkan keadaan badan secara keseluruhan, merawat kedua-dua gejala dan punca, dengan asas perbezaan individu, melalui pengenalan keadaan badan yang terperinci, memberikan pelan rawatan yang unik untuk setiap pesakit yang berbeza, menstabilkan Yin Yang dan Qi darah, membantu memulihkan keseimbangan tubuh badan, mencapai kesan rawatan untuk jangka masa yang panjang.

Ubat tradisi Cina berasal dari alam semula jadi, ciri-ciri ubat ringan dan selamat. Akupuntur sebagai rawatan TCM yang unik, dengan merangsang titik akupoint yang tertentu, melaraskan peredaran Qi darah, membantu melancarkan peredaran darah dan mengurangkan keradangan. Dengan rawatan ubat tradisi Cina, akupuntur, jarum api dll cara rawatan, dapat meningkatkan keberkesanan, bukan sahaja melegakan simptom, juga dapat mengelakkan masalah jerawat berulangan. Praktitioner juga akan menasihatkan cara diet makan, emosi, kehidupan harian dll panduan, mendapatkan kehidupan harian yang lebih sihat, meningkatkan sistem imun badan.

Selepas habis membaca kandungan bab ini, saya harap anda dapat mengetahui idea dan kelebihan TCM dalam merawat masalah jerawat.
Mitos dan kekeliruan pesakit semasa rawatan masalah jerawat akan disebut dalam bab yang seterusnya, jumpa nanti.

 

此文章还有以下语言版本: 简体中文 (Chinese (Simplified)) English

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

Share This