
“Jerawat”
lebih mudah berlaku masa zaman remaja, perubahan tahap hormon dalam tubuh manusia semasa remaja menyebabkan peningkatan pengeluaran minyak kulit, mengakibatkan folikel rambut tersumbat dan jerawat membentuk, ini mungkin menyebabkan jangkitan kulit atau meradang.
Walaupun “jerawat” kebanyakkan berlaku pada remaja yang sedang membesar, tetapi masalah jerawat tidak dihadkan oleh umur, jerawat juga berlaku di tempoh yang berbeza dengan sebab yang berlainan, seperti cara kehidupan harian, diet makan, tekanan kerja dan emosi.
1. Bahagian yang kerap berlaku
Kita sering berkata jerawat berlaku pada muka, tetapi jerawat adalah satu penyakit keradangan folikel rambut yang juga boleh dipanggil folliculitis, bukan hanya berlaku pada bahagian muka, ia juga berlaku pada bahagian badan lain yang mempunyai lebih banyak kelenjar sebum seperti leher, dada, belakang, bahu dll.
Bahagian jerawat yang tidak sama, cara penjagaan juga tidak sama. Sebahagian jerawat mungkin lebih mudah terangsang daripada faktor luaran menyebabkan bahagian tersebut sukar memulih, malah keadaan bahagian kulit tersebut mungkin menjadi lebih serius disebabkan oleh geseran kulit, berpeluh dan pakaian yang terlalu ketat. Pakaian yang ketat mungkin memburukkan keadaan ruam kulit pada bahagian dada atau belakang; jerawat bahagian muka lebih mudah dipengaruhi oleh produk kosmetik atau produk kebersihan kulit; jerawat bahagian leher pula mudah dipengaruhi oleh peluh dan geseran kulit.
2. Jenis jerawat yang biasa berlaku
a. Jerawat Putih (Komedo tertutup)

b. Jeragat Hitam (Komedo terbuka)

c. Papula
Tisu kulit yang meradang di sekitar folikel rambut, membentuk jerawat yang kemerahan dan menimbul.

d. Bisul
Biasanya berlaku pada jerawat yang dijangkiti bakteria, bernanah, kemerahan, kesakitan dan kebengkakan yang ketara.

e. Nodul
Keradangan yang lebih serius berbanding dengan papula, terbentuk secara mendalam, jerawat yang besar, mungkin diikuti dengan sakit dan bengkak yang jelas.

f. Sista
Keradangan yang lebih mendalam, besar, jerawat yang berbentuk sista, bernanah, sering meninggalkan parut.

g. Parut
Jerawat yang berlainan di atas boleh muncul secara berasingan, juga boleh muncul pada masa yang sama. Jerawat yang tidak sama, cara rawatan tersebut turut berlainan.

3. Sebab berlakunya jerawat
Pelbagai sebab yang mengakibatkan jerawat, ia boleh dibahagikan kepada faktor dalaman dan luaran:
3.1 Sebab dalaman
Pengeluaran sebum yang berlebihan oleh kelenjar sebum
Kelenjar minyak kulit yang berlebihan adalah disebabkan oleh perubahan hormon dalam tubuh semasa remaja. Hormon lelaki atau hormon wanita yang dihasilkan berlebihan boleh menyebabkan peningkatan pengeluaran minyak daripada folikel rambut dan tersumbat, pembentukan jerawat akan berlaku.
Penyumbatan keratin
Keratin kulit terlalu tebal atau menimbun menyebabkan minyak di bawah kulit tidak dapat dikeluarkan, ini mengakibatkan folikel rambut tersumbat dan kemudian menjadi jerawat.
Keratinisasi folikel rambut
Keratinisasi folikel rambut boleh mengakibatkan rembesan kelenjar sebum tidak dapat dikeluarkan, folikel rambut tersumbat dan membentuk jerawat.
Jangkitan bakteria
Bakteria sering melekat di permukaan kulit, folikel rambut yang tersumbat adalah persekitaran pembiakan yang selesa, bakteria membiak dan mengakibatkan keradangan atau jerawat.

Kerosakan pelindung kulit
Setelah kulit terlampau dibersih atau penyingkiran keratin kulit berulangan dibuat, perlindungan kulit mukin akan dirosakkan, keseimbangan kandungan air dan minyak diganggu menyebabkan kulit sensitif atau jerawat. Kulit muka tubuh manusia lebih lembut, mengelakkan menggesek terlalu kuat atau terlampau membersih.
Genetik warisan
Masalah jerawat mungkin akan diwariskan, jika keluarga mempunyai sejarah masalah jerawat, jadi ahli keluarga yang lain juga mungkin mempunyai masalah jerawat terutamanya ahli keluarga yang lebih rapat. Di antaranya, sebahagian sebab warisan masalah jerawat ini juga berkaitan dengan diet makan dan cara kehidupan harian.
Faktor neurologi
Masalah jerawat dengan sistem saraf tiada hubungan yang langsung, apabila tubuh manusia berada di tekanan dan emosi yang kuat, sistem saraf mungkin akan melepaskan hormon, hormon menyebabkan keluaran minyak kulit dan tersumbat serta mengakibatkan jerawat. Selain itu, tekanan serta emosi mungkin juga mengaktifkan tindak balas sistem imun dan keradangan berlaku.

Faktor sistem endokrin
Jerawat dan sistem endokrin berkait rapat, horman berubah semasa remaja, terutamanya peningkatan hormon lelaki, ini merangsang minyak kulit, menyebabkan folikel rambut tersumbat dan jerawat berlaku. Selain itu, semasa di keadaan fisiologi yang lain seperti datang haid, hamil, menopause dll, perubahan tahap hormon juga menyebabkan masalah jerawat.
3.2 Sebab luaran
Sebab diet makan
Diet makan bukan sebab utama jerawat, tetapi ada sesetengah makanan mungkin akan menyebabkan jerawat atau memburukkan keadaan jerawat.
- Makanan pedas: Makanan pedas mungkin akan mengakibatkan kulit sensitif atau iritasi, menyebabkan keradangan kulit.
- Makanan gula darah tinggi: Seperti nasi, roti putih, gula-gula dll setelah pengambilan berlebihan, gula darah meningkat, pengeluaran insulin meningkat, mempengaruhi aktiviti kelenjar sebum dan menjadi jerawat.
- Makanan kandungan gula tinggi: Pengambilan gula yang terlalu banyak mungkin menyebabkan keradangan badan dan menjari jerawat.
- Makanan berminyak: Makanan berminyak meningkatkan aktiviti kelenjar sebum, memburukkan folikel rambut yang tersumbat, mengakibatkan jerawat atau semakin serius.
- Produk susu: Produk tenusu mengandungi hormon dan kandungan tumbesaran mungkin mempengaruhi metabolisme horman lelaki, mengganggu aktiviti kelenjar sebum dan menjadi jerawat.
- Rokok dan alkohol: Rokok dan alkohol mempengaruh kualiti tidur dan proses metabolisme badan, mempengaruhi tahap horman dan fungsi sistem imun, menyebabkan jerawat berlaku atau merosot.
Kebiasaan kehidupan biasa
Gaya hidup yang tidak sihat mudah mempengaruhi fungsi metabolisme, contohnya: berjaga malam untuk jangka masa yang panjang, masa makan yang tidap tetap, makan berlebihan, kekurangan senaman, kurang minum air, berhajat besar tidak tetap dll, semua mungkin mempengaruhi fungsi metabolisme dan fungsi hormon. Cara kehidupan boleh mengakibatkan jerawat, keparahan keadaan dan kesan rawatan. Membuat pengubahan terhadap gaya hidup juga bahagian yang penting terhadap keadaan jerawat.
Sebab kebersihan
- Kebiasaan kebersihan yang tidak baik boleh mengakibatkan liang kulit tersumbat, menambahkan masalah jerawat.
- Menggunakan produk kebersihan yang mempunyai fungsi kebersihan yang berlebihan boleh mengakibatkan jerawat atau memburukkan keadaan.
- Menggunakan produk kosmetik yang tidak sesuai atau tidak membersihkan solekan juga mengakibatkan liang kulit tersumbat.
Sebab persekitaran

Walaupun persekitaran bukan sebab yang utama untuk jerawat, tetapi pengaruh persekitaran kehidupan harian juga tidak boleh diabaikan.
- Keadaan cuaca: Cuaca yang panas dan lembap mungkin meningkatkan pengeluaran kelenjar sebum menyebabkan jerawat. Namun cuaca yang kering akan menyebabkan kulit kering, meningkatkan ketebalan lapisan keratin, ini juga mungkin menyebabkan jerawat.
- Pencemaran udara: Berada di bawah persekitaran pencemaran udara mempengaruhi kesihatan kulit, memburukkan keadaan jerawat atau mengakibatkan masalah kulit yang lain.
- Pendedahan bahan kimia: Terdedah dibawah persekitaran bahan kimia seperti asap minyak, bahan kimia beracum atau bahan berbahaya yang merangsang, berkemungkinan mempengaruh keadaan kulit dan memburukkan keadaan jerawat.
- Sinaran UV: Sinaran cahaya matahari berkemungkinan membawa pengaruh terhadap jerawat, UV mungkin mengurangkan keadaan jerawat untuk sementara, tetapi juga akan mengakibatkan kulit tercedera dan membawa kepada masalah lain.
~Selepas membaca artikel di atas, siapakan yang anda berpendapat lebih mudah berjerawat ?
Bab yang seterusnya akan berkongsi tentang analisis punca dan pengalaman rawatan jerawat dari sudut TCM, jumpa di bab yang seterusnya.
此文章还有以下语言版本:
简体中文 (Chinese (Simplified))
English


