
Beberapa tahun ini, peningkatan kes-kes penyakit jantung, peningkatan tekanan kerja dan rentak kehidupan yang semakin pantas telah menyebabkan kadar kematian mengejut dipertingkatkan. Jadi, orang ramai perlu memperhatikan sama ada gaya hidup mereka memberi peluang untuk kematian mengejut.
Tetapi, sebelum infarksi miokardium berlaku, badan kita akan mengeluarkan beberapa isyarat amaran untuk kita.
Apakah kematian mengejut?
Kematian mengejut juga dikenali sebagai “kematian tidak dijangka” serta kes kecemasan yang sangat serius. Kematian mengejut boleh disebabkan oleh faktor dalaman, seperti penyakit infarksi miokardium atau faktor luaran, seperti renjatan elektrik, lemas, trauma dan lain-lain.

Apakah penyakit yang boleh menyebabkan kematian mengejut?
Punca kematian mengejut boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kematian mengejut disebabkan oleh jantung dan kematian mengejut bukan disebabkan oleh jantung. Di seluruh dunia, kematian mengejut disebabkan oleh jantung adalah lebih daripada 80% manakala kematian mengejut bukan disebabkan oleh jantung adalah kira-kira 20%. Secara amnya, kebanyakan kematian mengejut adalah disebabkan oleh jantung.
Penyakit jantung yang menyebabkan kematian mengejut dibahagikan kepada dua kategori iaitu penyakit jantung koronari dan penyakit jantung lain. Antara penyakit jantung koronari, infarksi miokardium akut adalah penyakit yang paling biasa; penyakit jantung lain termasuk miokarditis dan kardiomiopati.
Daripada statistik, kumpulan umur 30-53 tahun adalah kumpulan yang paling risiko menghadapi kematian mengejut yang disebabkan oleh jantung.
Secara fisiologi, kumpulan orang ini berisiko tinggi untuk mendapat kematian mengejut kerana beban kerja serta tekanan hidup yang tinggi, kerja melebihi masa, masa pemakanan tidak teratur dan tabiat buruk merokok dan minum. Oleh itu, kumpulan ini adalah senang untuk mengalami kematian mengejut yang disebabkan oleh penyakit jantung koronari, embolisme pulmonari, pembedahan aorta, kardiomiopati, miokarditis, dan pankreatitis nekrotik hemoragik akut.
Apakah tanda-tanda kematian mengejut?
Kematian mengejut biasanya berlaku tidak dijangka dan lebih separuh daripada orang tidak mempunyai tanda khusus sebelum kematian mengejut berlaku. Tetapi kematian mengejut bukan sepenuhnya tidak mempunyai tanda, sesetengah orang akan mengalami berdebar-debar, kesakitan dada, kesesakan bernafas, pening, keletihan dan gejala lain sebelum kematian mengejut berlaku. Orang yang mempunyai faktor risiko tinggi perlu berwaspada jika mereka mempunyai tanda-tanda yang berikut dan disyorkan pergi ke hospital secepatnya.

1. Kesakitan dada:
~ Sakit atau ketidakselesaan di dada atau bahagian lain yang berkaitan (seperti tekak, leher, belakang, bahu kiri dan anggota atas kiri, perut kiri); mungkin menunjukkan gangguan miokardium akut, terutamanya dalam serangan pertama atau serangan teruk angina pectoris.
~ Manifestasi lain:
– Permulaan akut
– Kesakitan dan ketidakselesaan di bahagian yang berkaitan
– Disertai dengan kulit pucat, bibir sianosis, berpeluh, loya dan muntah kekerapan.

2. Kesesakan nafas:
~ Boleh menyebabkan kerengsaan dan kesesakan bernafas.
3. Berdebar-debar:
~ Rasa berdebar-debar di dada, denyutan jantung tiba-tiba terlalu cepat atau berhenti dan disertai dengan nadi yang lebih cepat, perlahan atau tidak teratur.

4. Aritmia jantung:
~ Kebanyakan orang mungkin menghadapi aritmia jantung dalam kehidupan mereka, seperti “denyutan pramatang”, tetapi aritmia jantung untuk kematian mengejut disebabkan oleh jantung boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu cepat dan perlahan. Bagi aritmia jantung yang cepat terutamanya merujuk kepada takikardia ventrikel manakala aritmia jantung perlahan termasuk denyutan berhenti yang teruk dan pengaliran dihalang.
5. Pengsan:
~ Keadaan kehilangan kesedaran sementara disebabkan oleh bekalan darah tidak mencukupi dihantar ke otak. Pengsan kadang-kala boleh berlaku selama beberapa saat dan kemudian memulih dengan sendiri, tetapi ia akan menyebabkan kematian mengejut jika ia tidak boleh memulih dalam masa yang panjang.

6. Keletihan berterusan yang tidak dapat dijelaskan:
~ Jika anda mengalami keletihan dan kelemahan yang tidak dapat dijelaskan selama beberapa hari atau minggu, atau disertai dengan ketidakselesaan di bahagian dada, kesesakan bernafas dan bengkak di anggota bawah, anda harus berwaspada dengan kemungkinan kematian mengejut.
7. Berpeluh terlalu banyak:
~ Sebelum kematian mengejut berlaku, badan akan berpeluh terlalu banyak, ia merupakan salah satu manifestasi tipikal infarksi miokardium. Jika anda tidak mempunyai penyakit jantung tetapi tiba-tiba mengalami gejala seperti keletihan, berpeluh terlalu banyak, ketidakselesaan di bahagian jantung, atau kesakitan dada dan belakang, anda haruslah berwaspada.

8. Tidak keupayaan tertidur dan senang terjaga:
~ Kekurangan tidur selama jangka panjang bukan sahaja menjejaskan kualiti kehidupan, malah meningkatkan risiko kematian koronari mengecut. Jika anda tiba-tiba terjaga semasa tidur atau mengalami sindrom apnea tidur obstruktif, ini mungkin isyarat yang meningkatkan risiko kematian mengejut.
9. Manifestasi lain
~ Pesakit yang tekanan darah tidak terkawal dan tiba-tiba mengalami sakit kepala yang teruk atau disertai dengan muntah harus diperhatikan kerana mungkin menghadapi penyakit serebrovaskular dan juga boleh menyebabkan kematian mengejut; koma juga disebabkan oleh pelbagai penyakit, sesetengah daripadanya juga boleh menyebabkan kematian mengejut.
Dalam artikel seterusnya, kita akan membincang tentang kumpulan orang yang senang menghadapi kematian mengejut dan cara mencegahnya.
Jumpa anda dalam artikel seterusnya!
此文章还有以下语言版本:
简体中文 (Chinese (Simplified))
English


