Di perspektif Perubatan Tradisional Cina, buah-buahan bersifat sejuk, terlebih makan mungkin membawa ketidakselesaan kepada badan manusia. Terutamanya individu yang lemah limpa dan perut serta keadaan badan yang sejuk, keadaan kembung perut, cirit-birit dll mungkin berlaku selepas makan buah-buahan. Tetapi TCM bukan tidak membenarkan makan buah-buahan, cuma mengambil perhatian terhadap cara pemakanannya.
1. Mengelakkan terlebih makan
Makan jumlah buah-buahan segenggam tangan setiap hari sudah mencukupi untuk nutrisi kehidupan harian kita, agak-agak jumlah semangkuk atau separuh mangkuk nasi. Jenis buah-buahan boleh dipadankan 1~2 jenis, tidak perlu banyak jenis, setiap jenis dalam jumlah yang biasa sudah mencukupi. Jika mengambil terlalu banyak buah-buahan mungkin membawa beban kepada sistem pencernaan dan menyebabkan ketidakselesaan. Oleh itu, kita tidak menggalakkan buah-buahan menjadi gantian makanan harian atau menggantikan sayur-sayuran.

2. Mengelakkan makan pada lewat malam
Makan buah-buahan sebelum tidur adalah tidak digalakkan sebab masa itu adalah masa rehat sistem pencernaan, buah-buahan mengandungi kandungan gula dan glukosa darah meningkat, makan buah-buahan pada masa ini akan mengganggu kualiti tidur dan makanan akan bertimbunan dalam badan.

3. Mengelakkan makan terus dari peti sejuk
Individu yang limpa perut lemah mungkin akan sakit gastrik, cirit-birit dll selepas makan makanan yang bersifat sejuk. Kita mencadangkan mengeluarkan buah-buahan dari peti sejuk berapa jam sehingga kembali kepada suhu biasa sebelum makan. Langkah ini boleh mengurangkan beban limpa perut, ketidakselesaan berkurang.

4. Mengelakkan dijadikan jus buah
Jika boleh makan buah, mengelakkan menjadikannya jus buah. Nutrisi buah-buahan mungkin dimusnahkan dan serat makanan akan ditapis dalam proses tersebut, nutrisi yang diminum banyak berkurangan. Namun, untuk diproses menjadi jus, pengambilan akan menjadi berlebihan. Justeru, untuk mendapatkan lebih banyak nutrisi, makan buah-buahan lebih dicadangkan.

5. Mengelakkan makan buah kering berlebihan
Buah-buahan yang diproses keringkan kurang sejuk berbanding buah segar, pada masa yang sama nutrisi seperti vitamin dan serat makanan dapat dikekalkan dengan baik, sedap dimakan. Namun, senang makan berlebihan terutamanya anggur kering, terlebih makan kandungan gula juga diambil berlebihan.

6. Memilih buah mengikut musim
Dalam era teknologi yang semakin berkembang, kita dapat membeli buah-buahan yang berbeza sepanjang tahun, yang tepat pada musim, yang tidak tepat pada musim, export dll. Namun, buah-buahan yang bukan musimnya dan export tidak dapat dielakkan disimpan dalam bilik ais. Ini mengakibatkan sifat sejuk buah-buahan bertambah dan membawa beban kepada sistem pencernaan.

Makanan utama, sayur-sayuran dan buah-buahan semuanya penting, memerlukan keseimbangan untuk yang terbaik.
Tetapi bukan semua orang sesuai untuk makan buah-buahan, seperti individu yang berpenyakit kronik, kencing manis dll tidak digalakkan untuk makan buah-buahan.
Kita perlu memahami keadaan badan kita sebelum makan buah-buahan, mengambil perhatian reaksi badan kita selepas makan buah-buahan sama ada ketidakselesaan berlaku. Selepas itu boleh menggunakan cara di atas untuk mengubahbaikkan cara dan masa makan buah-buahan, ini boleh mengurangkan ketidakselesaan limpa perut, melainkan anda tidak dibenarkan makan oleh doktor atau TCM Praktitioner.
此文章还有以下语言版本:
简体中文 (Chinese (Simplified))
English



