Diagnosis lidah Perubatan Tradisional Cina termasuk yang melihat darah beku di bawah lidah berwarna kebiruan.
Contohnya: saluran darah sebelah tersumbat atau duo belah ; sesetengah yang bergumpalan, darah yang hijau unggu ini adalah darah beku. Darah beku adalah produk patologi yang terbentuk dalam proses penyakit.
Darah yang dikumpul dan dibentuk darah beku yang disebabkan oleh berbagai jenis kecederaan keletihan; atau pengaliran darah tidak lancar menimbun di meridian dan saluran darah, semuanya adalah darah beku.
Kemuculan darah beku mengakibatkan pengaliran darah dalam saluran darah tidak lancar dan menggumpal. Ia adalah amaran daripada tubuh badan. Oleh itu, darah beku mungkin adalah pembunuh halimunan, ia akan membawa akibat yang serius, contohnya: sakit jantung, serangan otak, tumor kanser dll.
Mari kita membayangkan, darah beku dalam saluran darah adalah lumpur pasir dan bahan asing dalam paip air. Jika lumpur pasir dan bahan asing menyumbat paip air, air tidak dapat mengalir. Keadaan yang sama, darah beku menyumbat saluran darah, darah tidak dapat mengalir, darah juga tidak dapat menyumbang oksigen kepada sel bahagian badan, sel tersebut akan kematian akibat kekurangan oksigen.
Contohnya: serangan otak (Infarksi Serebrum). Jika sebahagian otak mengalami nekrosis, ia tidak dapat mengawal saraf otak, kaki dan tangan tidak dapat dikawal, mungkin juga mengganggu fungsi bahasa. Jika serangan strok otak berlaku, gejala paralisis turut muncul.
Mari kita memahami sebab apa yang mengakibatkan kemunculan darah beku ?
- Emosi yang tidak elok membawa kepada stagnasi Qi dan darah.
Perubatan Tradisional Cina zaman dahulu menyebutkan emosi yang tidak elok seperti marah menyebabkan ketidakstabilan Qi, mengganggu pengaliran darah. Lama-kelamaan darah beku dibentuk.
- Lemah Qi.
Pengaliran darah yang lancar adalah dari Qi yang mencukupi, YuanQi adalah tenaga penolakan, jiga Qi lemah, tenaga penolakan lemah, pengaliran darah tidak lancar, lama-kelamaan darah beku akan berlaku.
- Kesejukkan.
Tidak kira kesejukkan luaran atau dalaman, terdedah di cuaca sejuk atau minum minuman sejuk, semuanya harus dihentikan. Saluran darah mengecut dan mengganggu pengaliran darah, darah beku juga akan berlaku.
- Diet yang tidak terkawal, gemar makan makanan berlemak, manis dan berat.
Makan makanan yang berlemak untuk jangka masa yang panjang boleh mengakibatkan saluran darah tersumbat dan darah beku.
Di bawah keadaan normal, darah tubuh badan mempunyai fungsi pembekuan darah dan anti-pembekuan darah, kedua-dua mengekalkan keseimbangan untuk menjamin pengaliran darah normal, darah beku dalam tubuh badan dapat diuraikan. Namun, usia meningkat, duduk untuk jangka masa yang panjang, tidak bersenam dll sebab akan menyebabkan kelajuan fungsi menguraikan darah beku semakin lambat. Apabila darah beku tidak dapat diuraikan, ia akan mengalir dengan darah. Jika darah beku mengalir ke arteri leher atau saluran darah otak, strok akut mungkin berlaku. Jika darah beku tersumbat di bahagian usus, yang serius mungkin menyebabkan nekrosis iskemia usus. Jika berlaku di bahagian ginjal, fungsi ginjal akan terjejas malah mungkin menyebabkan uremia.
Adakah darah beku mempunyai tanda-tandanya ?
Darah beku mungkin akan berlaku kepada mana-mana usia dan masa. 90% keadaan trombus dan darah beku tiada tanda serta rasa. Jika membuat pemerikasaan yang biasa di hospital seperti kolesterol darah, tekanan darah, EKG, CT dll adalah normal, kemungkinan darah beku dalam saluran darah sudah terbentuk.
Apakah cara mencegah darah beku ?
1. Latihan pompa pergelangan kaki
Menekuk kedua-dua belah lutut semulajadi. Menarik kaki 10 saat dan meluruskan kaki 10 saat. Membuat sejauh mungkin. Kedua-dua belah kaki membuat dalam masa yang sama berulang kali. Membuat gerakan ini sehingga berasa letih tetapi di bawah keadaan yang tidak rasa sakit.
2. Ingat satu perkataan, mari kita “bergerak”
Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) memberi peringatan, tidak bersenam untuk 4 jam berturut-turut meningkatkan risiko pembentukan pembekuan darah. Justeru, “bergerak” adalah langkah pencegahan yang paling berkesan. Contohnya: duduk di dalam ofis tidak bergerak, berada di depan komputer melebihi 90 minit, akan mengakibatkan kadar aliran darah turun. Menasihatkan untuk berehat setiap 1 jam, bergerak, berjalan, regangkan tangan, menendang, menggerakkan sendi kaki, sendi lutut, meregangkan otot betis dll.
3. Makan makanan semulajadi yang menguraikan darah beku
~ TauCu
Orang dari China membuat TauCu dengan kacang hitam, mengandungi banyak urokinase yang dapat menguraikan gumpalan darah. TauCu yang difermentasi menghasilkan banyak vitamin B dan antibiotik, dapat mencegah gumpulan darah pada otak, terutamanya orang dewasa dan orang tua, 50g setiap hari adalah disyorkan. TauCu juga boleh dimasukkan ke resipi makanan rumah seperti TauCu tumis sayur, TauCu rebus tulang rusuk, TauCu kukus ikan, TauCu goreng ayam dsb.
~ Kulat Hitam
Kulat hitam membantu meningkatkan Qi dan fungsi ginjal serta melancarkan peredaran darah. Sering makan kulat hitam boleh mengurangkan kepekatan darah, melembutkan saluran darah dan melancarkan peredaran darah, dengan ini mencegah penyakit kardiocaskular.
Pantang larang: Kulat hitam mesti dimasak, tidak sesuai dimakan terus selepas direndam.
~ Buah Kenari
Buah kenari dikenali sebagai kacang yang dapata membantu fungsi ginjal dan fungsi otak. Sebenarnya, buah kenari boleh melancarkan peredaran darah, membantu mengeluarkan darah beku dari tubuh badan. Ia juga dapat meningkatkan fungsi badan dan melancarkan pembuangan hajat besar.
Individu yang keadaan badan panas atau yang selalu cirit-birit tidak digalakkan. Semasa selesema dan banyak kahak juga tidak digalakkan. Begitu juga semasa minum teh pekat tidak makan sekali dengan buah kenari.
~ Tomato
Buah tomato mengandungi bahan yang melancarkan peredaran darah, di antaranya, pektin dapat mengurangkan koleterol, flavonoid yang mempunyai kesan antikoagulan, mencegah penggumpalan platelet, mengekalkan keanjalan dinding saluran darah, mencegah aterosklerosis dan membantu peredaran darah.
此文章还有以下语言版本:
简体中文 (Chinese (Simplified))
English