Gout adalah satu penyakit yang disebabkan oleh metabolisme asid urik yang tidak normal, terutamanya keradang sendi dan kesakitan yang tidak ditahan. Dalam teori TCM, gout lebih berkaitan dengan kelembapan panas badan, kekotoran kahak. Rawatan TCM tidak hanya memberi tumpuan kepada rawatan perubatan, tetapi juga menekankan cara pemakanan yang baik dan penjagaan harian melalui berpantang makan.

Di bawah adalah cadangan pantangan makanan gout dari sudut TCM:

1. Cara pemakanan ringan, mengelakkan makanan pedas dan merangsang

TCM berpendapat bahawa kadar kelembapan dan kepanasan dalaman pesakit gout lebih tinggi. Namun makanan merangsang dan pedas mudah membawa kelembapan serta kepanasan yang memudaratkan keadaan gout. Justeru, pesakit harus memilih cara pemakanan yang ringan, mengelakkan makanan pedas dan merangsang seperti cili, lada Sichuan dll.

2. Mengawal pengambilan makanan tinggi purin

Makanan tinggi purin mudah mengakibatkan penambahan asid urik yang mungkin memudaratkan gout. TCM mencadangkan pesakit gout mengawal pengambilan makanan tinggi purin seperti organ haiwan, udang, makanan laut kerang, daging, dll. Sebaliknya, menambahkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan serta bijirin untuk membantu pengeluaran asid urik yang berlebihan dalam tubuh badan.

3. Mengelakkan makanan berminyak dan berperisa kuat

Makanan ini boleh membawa kelembapan dalam badan, memudaratkan keadaan gout. TCM berpendapat bahawa kelembapan menghalang fungsi sendi adalah gejala biasa gout. Mengelakkan makanan berminyak membantu menyingkirkan kelembapan badan, melancarkan peredaran darah dan mengurangkan kesakitan sendi.

4. Pengambilan makanan kaya Vitamin C dengan jumlah yang sesuai

Vitamin C mempunyai fungsi mengurangkan kepekatan asid urik, pesakit gout boleh meningkatkan pengambilan makanan kaya vitamin C dengan jumlah yang sesuai seperti buah-buhan citrus, strawberi, sayur-sayuran dll, tetapi tidak mengambil jumlah yang berlebihan.

5. Minum air yang mencukupi

TCM menekankan kelancaran pengaliran cecair badan, minum air yang mencukupi membantu menyingkirkan sisa buangan dalam badan melalui kencing termasuk asid urik yang berlebihan. Tetapi mengelakkan pengambilan kopi, teh pekat dan minuman yang membawa rangsangan untuk mengelakkan keadaan kepanasan kelembapan.

6. Mengelakkan makan dan minum berlebihan, mengekalkan senaman yang bersesuaian

Cara pemakann yang berlebihan dan duduk untuk jangka masa yang panjang mudah mengakibatkan kelembapan tidak dapat dikeluarkan, TCM menggalakkan senaman yang bersesuaian, melancarkan peredaran darah dan membantu penyingkiran kelembapan badan. Selain itu, mengelakkan makan dan minum berlebihan, ini membantu menstabilkan Yin dan Yang badan.


Kesimpulan

Keseluruhannya, TCM menekanberatkan penjagaan keseluruhan dalam merawat gout termasuk rawatan perubatan herba dan penjagaan cara pemakanan. Cara penjagaan kesihatan berpantang makan mempunyai peranan yang penting dalam kehidupan harian pesakit gout, dengan pengubahbaikkan cara pemakanan, mengekalkan senaman yang bersesuaian, pesakit boleh mengawal keadaan penyakit dengan lebih baik serta meningkatkan kualiti kehidupan. Sambil mencari rawatan perubatan barat, konsep penjagaan kesihatan TCM turut boleh memberikan rujukan kepada pesakit gout.

此文章还有以下语言版本: 简体中文 (Chinese (Simplified)) English

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

Share This