Cik Leong Perempuan Umur 33
Hari pertama diagnosis: Tahun 2022 18hb April
Simptom : Peluh yang berlebihan selama setahun lebih

January 2021 Berpantang selama sebulan selepas bersalin. Menggunakan cara mandian Sauna, beliau rasa badan masuk angin, symptom sakit kapala, pinggang lenguh, kaki sejuk, usus berbunyi kuat dan lain-lain. Beliau dengan serta merta mencari orang untuk membuat urutan tradisi melayu untuk mengeluarkan angin badan, selepas urutan itu didapati badan masuk angin untuk kali kedua. Beliau mencuba cara membalut badan dengan halia panas untuk memaksa badan mengeluarkan peluh, tetapi disebabkan berpeluh dengan banyak, mengundangkan angin sejuk menembusi tulang. Mulai masa itu, badan takut ditiup angin, mudah berpeluh dalam apa-apa keadaan, Insomnia selama 3 minggu, berulang-kali memasuki hospital, denyutan jantung ketidakteraturan, perlu bergantung kepada ubat untuk tidur. Haid selepas 100 hari, ketumpahan darah haid selama berapa hari. Kitaran haid setiap bulan datang pada masa yang tepat tetapi setiap tempoh haid akan mengalami cirit-birit dalam masa yang sama. Menggunakan cara ubat tradisi cina untuk memulihkan simptom yang dalami selama 6 bulan hingga November 2021, pernah mengalami kemurungan. Bulan Mac, darah haid mempunyai ketulan darah.

Pada masa ketika itu, tangan dengan kaki akan kebas untuk seluruh pagi, rasa kaku, tidak dapat menggerakkan sendi. Jari jemari tangan dan kaki berasa disaluti oleh “angin”, deria sentuhan kurang sensitif. Badan dengan pinggang sakit lenguh (sensasi bahagian kanan lebih ketara). Pergelangan tangan kanan sakit (“Tangan Ibu” – disebabkan oleh manjaga/memeluk anak tertalu banyak). Selepas mendapati mempunyai simptom perut asid, baru mengetahui beliau kurang sensitif kepada rasa kelaparan. Hidung tersumbat selepas berbaring, usus berbunyi dengan kerap, sendawa setiap-hari, apabila menekan bahu kanan akan menyebabkan sendawa. Sensasi gerakan angin ke bawah di tapak kaki kanan sebelum tidur, sendi kaki sakit mencucuk. Tapak kaki berasa sejuk pada cuaca sejuk, berhajat besar setiap hari sekali, cair.

Kemas kini 27hb April : Datang haid pada 21hb April selepas mengambil ubat tradisi cina, darah haid kurang, rasa lemah. Sejuk pada kaki dan tangan, sendawa dengan kerap, tidak bermaya, rasa letih lepas bangun pagi walaupun sudah tidur selama 8 jam, rasa kepala berat pada pagi ini, mata pun rasa letih.

Rawatan susulan tahun 2022, 28hb April :

Datang haid 3 hari selepas mengambil ubat tradisi cina. Tarikh haid terkini = 21-27hb April 2022. Darah haid lebih banyak pada hari pertama dengan hari kedua, darah kehitaman pada hari ketiga, darah kurang dengan mendadak dan mempunyai ketulan darah, kitaran haid ketidakaturan sebelum hamil, warna darah lebih kepada merah kehitaman.

Darah haid berkurangan, kesejukkan tapak kaki. Lenguh di bahagian pinggang berkurangan semasa tidur, kepala berat semalam, kesakitan dirasa semasa menekan pelipis, bersendawa. Acupoint BL2 (bahagian depan kening) sakit selepas ditekan, terutamanya bahagian kanan.

Rawatan : Akupunktur, Moxibustion

Kemaskini 3hb Mei : Balik rumah selepas terapi, cuaca panas, berpeluhan keterlaluan, beliau risau masuk angin badan jadi tidak membuka kipas. Berpeluh selama 5 jam menyebabkan pinggang dan bahagian belakang lenguh dan sakit selepas mandi, masih berpeluh keterlaluan, tidak kira duduk atau bergerak. Leher dan kepala ditiup angin kipas mengakibatkan sakit kepala, sakit mata dan sakit mencucuk belakang badan, tidak dapat tidur pada waktu malam.

 

Rawatan susulan Tahun 2022, 12hb Mei :

Mengalami kesejukan sebelum Hari Raya disebabkan oleh peluh keterlaluan, kepala berat dan sakit selepas balik rumah, di antara 12am hingga 3am pagi badan merasa panas, banyak berpeluh, Insomnia. Mengambil produk ubat tradisi cina daripada natural-therapist. Beliau cuma boleh tidur selama 3-4 jam kebelakangan ini, sakit gastrik, leher dan bahu ketat, sendi lutut dan tapak kaki sakit lenguh.

Rawatan : Akupunktur, Moxibustion

Kemaskini 13hb Mei : Berpeluh dengan lebih banyak selepas rawatan akupunktur, berbaring pada 12am waktu malam, sensasi panas di badan, pakaian basah sebab peluh, tidak dapat tidur selepas bangun tidur. Beliau rasa peluh di bahagian kanan lebih banyak berbanding dengan bahagian kiri yang kering. Kepala leher dan belakang bahagian kanan semua basah. Penyaman udara di 29 darjah selsius, bahagian kulit rasa kesemutan, masuk angin badan. Jikalau tidak membuka penyaman udara, bilik terasa bahan, simptom berpeluh akan menjadi lebih serius.


Rawatan susulan Tahun 2022, 21hb Mei :

Sudah menukar tempat tinggal untuk sementara sekarang, peredaran udara lebih baik, simptom berpeluh yang banyak berkurangan. Badan tidak merasa panas pada waktu malam. Berpeluh banyak pada waktu pagi, peluh tangan lebih cepat. Beliau juga mengambil perubatan tradisi cina daripada Natural-therapist, ubat barat untuk gastrik dan kemurungan. Bangun dari tidur setiap dua jam, tekanan besar daripada kerja.


Rawatan susulan Tahun 2022, 28hb Mei :

Bahagian kanan masih peluh lebih banyak berbanding dengan bahagian kiri, peluh badan cepat kering berbanding dulu. Buang air kecil berkurangan dan lebih susah untuk buang air besar selepas mengambil ubat kemurungan. Beliau dapat tidur di waktu malam, tekanan di bahagian kepala berkurangan di hari yang seterusnya. Beliau rasa angin daripada kepala dikeluarkan melalui badan, mata berasa pedih disebabkan oleh tekanan tersebut terutamanya mata kanan. Minum serbuk halia dan serbuk kayu manis sehari sesudu kecil. Kaki berasa sejuk dan rasa lenguh dari bahagian lutut ke tapak kaki waktu malam.


Analisis :

Kecuaian atas langkah menghangatkan badan. Pertama, perkara yang diakibatkan oleh bilik Sauna selapas bersalin. Kedua, urutan tradisi melayu membuatkan beliau masuk angin badan untuk kali kedua secara tidak sengaja. Seterusnya, menggunakan cara halia untuk mengeluarkan peluh juga mengakibatkan angin sejuk menerusi tulang. Sejak ini beliau takut dengan angin, berpeluh berlebihan, lenguh di otot dan tulang seluruh badan, sedawa dan lain-lain membuatkan beliau gelisah, letih di segi fizikal dan mental. Ini semuanya disebabkan oleh angin badan dan angin sejuk, tambahan lagi badan yang lemah selepas bersali, darah dan air dalam badan tidak boleh berfungsi seperti biasa. Jadi kita tidak boleh pandang rendah kepada perkara-perkara di atas pada kehidapan harian kita.


Nota untuk kehidupan harian :

  1. Membuat langkah menghangatkan badan, seperti memastikan pakaian yang cukup di tempat yang sejuk
  2. Mengelakkan menghala angin kipas secara terus semasa berpeluh 

  3. Mengelakkan menghala angin penghawa dingin secara terus semasa berpeluh

  4. Mengelakkan mandi semasa berpeluh

  5. Keringkan rambut selepas membasuh rambut
  6. Tidak minum minuman sejuk dan makan makanan sejuk
  7. Badan atau fizikan individu yang lebih sejuk sesuai makanan yang hangat
  8. Memastikan peredaran udara sekitar secara lancar
  9. Menenangkan fikiran, berkomunikasa dengan ahli keluarga dan kawan-kawan

 

此文章还有以下语言版本: 简体中文 (Chinese (Simplified))

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

Share This