Akitab TCM mencatit: ”阳气者,若天与日,失其所,则折寿而不彰”.
Pepatah ini bermaksud tenaga “Yang” dalam badan diumpamakan sebagai matahari. Sekiranya tiada matahari, pelbagai kehidupan tidak dapat hidup atas bumi; badan kehilangan tenaga “Yang”, kesakitan badan akan berlaku.
Badan kekurangan tenaga “Yang”, juga dikatakan sebagai kelemahan “Yang”. Seperti kesejukan badan, kesejukan tangan dan kaki, keletihan dsb. Jikalau kelemahan “Yang” berterusan untuk masa yang panjang, badan kita lemah dan kesejukan, keadaan seperti reumatisme, ruas, penyakit sista dll.
Salah satu herba perubatan Cina yang mempunyai fungsi meningkatkan tenaga “Yang” dalam badan adalah Kayu Manis.
Kayu manis adalah herba yang biasa didapati, sup kayu manis, teh kayu manis, nasi kayu manis dsb. Kayu manis boleh membantu meningkatkan tenaga “Yang”, menghangatkan badan, membantu peredaran tenaga “Yang” di sendi atau badan dan juga membantu mengeluarkan kelembapan dan kesejukan badan.
Jikalau seseorang itu berbadan lemah dan sejuk (kekurangan tenaga “Yang”), selain daripada tangan dan kaki berasa sejuk, juga sering rasa sejuk mencengkam dalam perut serta mengalami cirit-birit atau loya selepas makan makanan yang sejuk. Pada masa ini, kita perlu menjaga perut dan meningkatkan tenaga “Yang” perut.
Pengaliran cecair dalam badan bergantung kepada pergerakan tenaga “Yang”. Sekiranya tenaga “Yang” lemah, pengaliran cecair tidak dapat “bergerak” secara normal, selepas itu menjadi kahak atau lendir. Kita boleh menggunakan herba Kayu Manis dengan herba lain untuk mencairkan kahak atau lendir.
Pengaliran darah juga bergantung pada pergerakan tenaga “Yang”. Seperti pelajaran dalam teori TCM, pengaliran darah diumpamakan sebagai pengaliran air sungai, apabila suhu meningkat dan menjadi hangat, pengaliran darah bergerak dengan lancar; apabila suhu menurun, pengaliran darah mengalir lambat dan darah beku berketulan.
Kita memperkenalkan beberapa cara pemakanan yang meggunakan Kayu Manis untuk diet harian.
1 Nasi Kayu Manis & Pandan
Bahan-bahan: Beras putih (mengambil jumlah yang diperlukan), Kayu Manis (2-3 batang), Daun Pandan (3 helai)
Cara-cara: Membilas beras putih dan menambah air sampai 1-2cm lapisan atas beras putih. Menambahkan batang Kayu Manis dan Daun Pandan dan terus memasak nasi.
2 Bunga Ros Kering, Kayu Manis dan Gula Merah.
Bahan-bahan: Bunga ros kering (5g) Kayu Manis (3g) Gula Merah (10g) Air (500ml)
Cara-cara: Menambah gula merah dengan air, medidihkan minuman dengan lebih kurang 10 minit. Menambah batang Kayu Manis dan bunga ros kering dan mendidihkannya selama lebih kurang 5 minit. Biarkannya sejuk dan bolehlah dihidangkan minumannya.
3 Teh Kayu Manis dan kulit kering limau
Bahan-bahan: Serbuk Kayu Manis (5g) kulit kering limau (5g) Gula Merah (10g) Air (500ml)
Cara-cara: Menambah serbuk kayu manis ke dalam cawan. Medidihkan kulit kering limau dalam air dan tuang ke dalam cawan. Menutup penutup cawan selama 5 minit dan minuman boleh dihidang. Sekiranya berasa pahit, menambah gula merah ke dalam minuman mengikut cita rasa masing-masing.
Peringtan: Orang yang mudah berbadan panas dan kelembapan, peminum arak atau orang yang senang mengalami pendarahan.
此文章还有以下语言版本:
简体中文 (Chinese (Simplified))
English