Kompress panas dan sejuk di Perubatan Tradisional Cina mempunyai sejarah yang mendalam, kaedah yang penting dalam penjagaan badan, mengurangkan kesakitan dan penyakit.

Semasa rawatan TCM kompress panas dan sejuk, biasanya melibatkan penggunaan dua sifat “panas” dan “sejuk”. Cara-cara ini berdasarkan dari teori Yin Yang dan teori Meridian TCM.


Kompress panas (kaedah rawatan panas)

Teori asas Perubatan Tradisional Cina

Teori asas TCM berpendapat kompress panas membantu dalam peredaran darah dan melegakan otot. Penggunaan tenaga panas dalam kadar yang sesuai boleh mengaktifkan tenaga Yang dalam badan, melancarkan peredaran darah, dapat mengurangkan kesakitan yang dibawa oleh angin, sejuk dan lembap.

Penggunaan:

1.Melancarkan Peredaran: Kompress panas boleh melancarkan meridian dan peredaran darah, membantu mengurangkan ketegangan otot dan kesakitan.
2.Mengusir elemen sejuk: Digunakan pada penyakit “sejuk” seperti Artritis jenis sejuk, membantu mengusir elemen dan penyakit sejuk.
3.Penahan sakit: Kompress panas boleh melegakan otot dan mengurangkan kesakitan, terutamanya untuk terseliuh, kejang, artritis dll mempunyai kesan lega yang tertentu.

Perkara yang perlu diambil perhatian:

1.Suhu yang sesuai: Mengelakkan suhu yang terlalu tinggi dan terlecur.
2.Skop penggunaan: Bukan semua gejala sesuai untuk menggunakan kompress panas, keradangan atau kebengkakkan tertentu mungkin akan lebih serius.

Cara penggunaan:

Semasa menyentuh bahagian sakit dengan belakang tangan, jika kulit bahagian tersebut tidak panas atau hangat dan tegang, boleh membuat kompress panas 10-15 minit, suhu dicadangkan tidak melebihi 50°C untuk mengelakkan terlecur.



Kompress sejuk (kaedah rawatan sejuk)

Teori asas TCM

Kompress sejuk boleh mengecilkan saluran darah dan mengurangkan keradangan, cara yang baik untuk kecederaan akut, meradang dan kepanasan. Di teori TCM, sejuk mempunyai fungsi melepaskan kepanasan, mengurangkan bengkak dan menghentikan pendarahan.

Penggunaan:

1.Mengurangkan keradangan: Kompress sejuk membantu kecederaan akut seperti terseliuh dan mengurangkan keradangan.
2.Penghentian darah: Kompress sejuk boleh mengecutkan saluran darah, membantu menghentikan darah, boleh digunakan semasa berlakunya pendarahan yang banyak.
3.Pengurangan rasa sakit: Kompress sejuk boleh mengurangkan rasa sakit terutamanya semasa keradangan berlaku.

Perkara yang perlu diambil perhatian:

1.Tidak terlalu lama: Kompress sejuk yang terlalu lama mungkin menyebabkan ketidakselesaan badan dan juga mencederakan kulit.
2.Perlu mengambil perhatian kepada cara penggunaan: Penggunaan kompress sejuk tidak sesuai digunakan pada setiap keadaan, seperti orang yang lemah tenaga Yang, pesakit penyakit kronik atau penyakit berciri sejuk tidak digalakkan.

Cara penggunaan:

Menyentuh bahagian sakit dengan belakang tangan dan merasai suhu kulit, jika suhu kulit tinggi bersamaan dengan rasa sakit semasa menyentuh, pek ais boleh digunakan 10-15 minit.



Kesimpulan:

Dalam teori TCM, cara rawatan kompress panas dan sejuk perlu dipilih berdasarkan ciri penyakit dan keadaan fizikal. Penggunaan yang wajar membantu merawat dan mengurangkan kesakitan, tetapi perlu memahami keadaan badan dan penyakit sepenuhnya sebelum penggunaan untuk mengelakkan ketidakselesaan. Pada masa yang sama, untuk penyakit yang serius, mesti meminta bantuan dan nasihat daripada TCM Pracktitioner yang profesional.

此文章还有以下语言版本: 简体中文 (Chinese (Simplified)) English

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

Share This