Pesakit : Wong, Perempuan, Umur 30
Tarikh : 30hb Julai 2022
Aduan : Sakit leher selama 5 hari, susah untuk pusing kiri dan kanan

Cik Wong mengatakan bahawa pada hari Isnin beliau rasa tidak selesa di bahagian leher, lehernya sakit pada hari yang seterusnya iaitu hari Selasa, kemudian tidak dapat bergerak sampai ke hari ini dan juga menyebakan sakit kepala. Pada masa itu beliau juga menjalani rawatan kiropraktik tetapi keadaan tidak bertambah baik, sebab itu beliau datang ke Visions TCM untuk mendapatkan rawatan.

【Diagnosis】

Semasa menjalani pemeriksaan dengan Cik Wong, apabila tangan menyentuh permukaan kulit bahagian leher dan bahudidapati suhunya lebih tinggi berbanding bahagian lain, beliau juga rasa sakit dengan sentuhan yang ringan sahaja, justeru bahagian itu adalah disebabkan olehkeradangan.

Cik Wong berasa sakit walaupun cuma berpusing sedikit, rasa sakitnya berterusan dan sakit bertarik.

Selepas pemeriksaan dan diagnosis, memanggil Cik Wong berbaring di bilik rawatan dan menjalankan rawatan.



【Rawatan】

治疗过程中Meminimumkan tekan dan tolak di bahagian yang sudah bengkak dan sakit pada process rawatan,sebab kalau mengurut pada masa ini, ia akan menyebabkan bahagian yang bengkak itu lebih sakit atau meradang dengan lebih teruk.

Selepas menjalankan rawatan akupuntur dan terapi otot, Cik Wong mencuba untuk menggerakkan leher.“Bahagian bahu dan leher rasa lebih selesa, tetapi sudut yang dapat dipusing tidak besar sangat.”

Ini adalah keadaan yang biasa, sebab bahagian tersebut meradang, oleh itu sudut berpusing bahagian leher tidak luas,tapi selepas mengendurkan otot, sensasi ketat telah dikurangkan, rasa sakit juga akan mengurang.”

“Saya akan mempreskripsikan ubat makan yang membantu pengaliran darah dan ubat luaran untuk membantu mengurangkan keradangan.”

Sebelum Ms Wong keluar daripada bilik rawatan, saya memberitahu : “Dalam berapa hari ini jangan urut di bahagian leher yang sakit, rehat sebanyak mungkin, tidak tunduk kepala semasa menggunakan telefon atau komputer terlalu lama, makan dan memakai ubat pada masa tepat, selepas itu rasa sakit akan semakin berkurangan.”



Rawatan yang seterusnya : 2hb Ogos 2022

4 hari kemudian, Ms Wong datang berjumpa dengan TCM Prac. Chong

4 hari kemudian selepas makan dan memakai ubat,Cik Wong mengatakan keadaan bahagian leher semakin baik,sudut berpusing lebih luas,rasa sakit kepala juga berkurangan. Tetapi sensasi ketat masa berpusing leher masih ada.

Setelah menjalani pemeriksaan didapati bahagian bahu dan leher masih rasa ketat dan sakit. Menjalankan rawatan akupuntur dan terapi otot sakali lagi untuk melegakan rasa ketat di otot dan akhirnya melaraskan sudut berpusing leher dengan cara senaman yang mudah.

Selepas rawatan, Ms Wong rasa lebih lega.

Sebab bahagian leher dan bahu masih tidak memulih dengan sepenuhnya, saya mempreskripsikan ubat makan dan ubat luaran.



【Tips melegakan ketegangan leher selepas bangun tidur】

  1. Kalau rasa sakit dan susah untuk bergerak di bahagian leher selepas bangun tidur,jangan mengurutuntuk mengelakkan kecederaan yang lebih teruk.

  2. Kita bolehmenyentuh bahagian bahu atau leheruntuk merasa suhu atas kulit,kalau merasa suhu kulit lebih tinggi dan rasa lebih sakit selepas menyentuh, meletakkan pek ais di bahagian sakit selama 10-15 minit, cara ini boleh mengurangkan keradangan dan kesakitan.

  3. Sebaliknya, ,kalau rasasuhu atas kulit normal tidak panasdan rasa tegang,meletakkan pek air panas selama 10-15 minit,suhunya mesti tidak melebihi 45°C untuk mengelakkan melecur, cara ini boleh melegakan sensasi ketat di otot dan membantu pengaliran darah.

  4. Mengurangkan masa duduk di depan komputer atau tunduk kepala semasa menggunakan telefonuntuk mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk.

  5. Kalau sensasi ketegangan berterusan pada hari kedua, sila berjumpa dengan doktor yang berpengalaman untuk mengelakkan kelewatan tempoh rawatan.

此文章还有以下语言版本: 简体中文 (Chinese (Simplified)) English

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

Share This