
Terdapat satu mitos semasa rawatan TCM – berpantang makanan adalah wajib semasa berjumpa dengan Praktitioner TCM. Penyataan ini adalah salah faham terhadap cara penjagaan kesihatan. Sebenarnya, TCM bukan samata-mata menekankan berpantang makan, tetapi lebih kepada mengubahbaikkan diet makan, memberikan keseimbangan badan.
Mitos TCM 1 : Wajib tegas berpantang makan semasa berjumpa dengan praktitioner TCM

Semua makanan perlu dihadkan semasa rawatan TCM adalah salah faham orang ramai, sesetengah pesakit sangat tegas dengan nasihat pantangan makanan semasa menerima rawatan TCM, mengakibatkan kualiti hidup menurun. Sebenarnya, TCM menekankan mengubahbaikkan diet makan mengikut keadaan badan dan penyakit, bukan melarangkan sesetengah jenis makanan keseluruhan.
Mitos TCM 2 : Wajib berpantang makan semasa mengambil perubatan tradisional Cina

Ada orang menganggap selepas mula mengambil ubat tradisional Cina wajib berpantang makan untuk mengelakkan kesan ubat dipengaruh. Namun, ini adalah pandangan yang terlalu berat sebelah. Hubungan di antara ubat tradisional Cina dengan makanan bukannya pantangan yang mutlak. Cuma perlu mengelakkan makanan yang menjejaskan ubat tradisional Cina pada kebanyakkan keadaan, bukan mengelakkan semua makanan yang bernutrisi.
Mitos TCM 3: Berpantang makan adalah inti penting dalam rawatan TCM

Sebenarnya, inti penting dalam rawatan TCM adalah menstabilkan keseluruhan badan, bukan mendapatkan kesan rawatan hanya dari berpantang makan. TCM menekankan keadaan badan, Qi darah, Yin Yang dll sebab untuk menjalankan rawatan, bukan menghentikan semua diet makan pesakit.
Pandangan diet pemakanan TCM :

- Pelarasan individu: TCM menekankan perbezaan individu, mengikut keadaan badan dan penyakit, menetapkan rancangan diet yang wajar dan bukan berpantang sahaja.
- Kombinasi yang munasabah: TCM menekankan perubatan dalam makanan, dengan kombinasi bahan makanan yang wajar, mendapat kesan menstabilkan Yin Yang dan meningkatkan Qi darah.
- Penyelarasan asas: Tujuan rawatan TCM adalah mengembalikan keseimbangan keseluruhan badan, bukan sahaja dengan mengehadkan diet makan.
Kesimpulannya :
TCM bukan meminta pesakit untuk berpantang makanan semata-mata sahaja, tetapi menekankan rekaan diet makan khas untuk individu. Salah faham terhadap pantang makan TCM mungkin menyebabkan kekeliruan dan had yang tidak diperlukan, sebab itu semasa rawatan TCM, mencadangkan pesakit memandang diet makan secara rasional, mengikut cadangan doktor, mengamalkan diet makan saintifik untuk mendapatkan kesan rawatan yang lebih baik.
此文章还有以下语言版本:
简体中文 (Chinese (Simplified))
English


