Yang masih belum membaca bahagian (1) klik “sini”, kita meneruskan ke bahagian (2)~
Dalam sudut Perubatan Tradisional Cina tentang “Keradangan bahagian bahu”
Keradangan bahu merupakan Bi Zheng dalam TCM. Biasanya menunjukkan simtomp ketidakselesaan atau sakit bahagian bahagian bahu, susah untuk mengangkat lengan dan sudut pergerakan sendi bahu terhad. TCM berpendapat bahawa kesejukkan menusuk ke bahu, kebiasaan tidur di satu sisi, kecederaan yang disebabkan oleh keletihan adalah penyebab kepada peredaran darah tidak lancar sebahagian badan, lama kelamaan pergerakan sendi terhad, bahu tidak dapat diangkat.
Cara penilaian kesihatan sendi secara individu
(1) Sendi yang sihat adalah tidak menyakitkan.
(2) Sendi mestilah stabil, jika berasa lemah atau susah semasa menggunakan sendi bermaksud sendi bermasalah.
(3) Dapat bergerak dengan baik bermaksud sendi seluruh badan tidak rasa kaku,pergerakan yang harus dapat dibuat sepatutnya dapat dilakukan.
Turutan tiga standard ini tidak boleh ditukarkan, tiada kesakitan meliputi 50% fungsi sendi, stabil meliputi 30-40%, dapat bergerak dengan baik meliputi 10%, jika 3 syarat di atas muncul salah satu yang tidak memenuhi syarat, cadangkan untuk rehat 2-3 hari untuk memerhatikan keadaan, jika keadaan semakin teruk mestilah meminta bantuan daripada golongan profesional.
Kebiasaan yang mempercepatkan kehausan fungsi sendi
1. Kekurangan senaman
Senaman yang sederhana boleh memperkuatkan otot dan sendi, mengurangkan kecederaan dan pengikisan sendi, namun kurang menggunakan sendi akan mengakibatkan pengunduran fungsi sendi. Kita harus menilai mengikuti kondisi dan keadaan kesakitan sama ada senaman yang bersesuaian, jika ketidakselesaan atau kesakitan muncul latihan harus dilakukan atas syarat tidak memudaratkan kesakitan. Sini kita mencadangkan senaman yang tidak mencederakan sendi seperti berenang, berbasikal, TaiChi dll. Satu lagi situasi iaitu tidak membuat latihan menghangatkan badan sebelum membuat senaman sangat senang untuk mencederakan rawan dan ligamen, sebab bukan sahaja badan masih tidak memasuki keadaan bersenam, sendi juga tiada pelincir yang melindunginya.
2. Mengabaikan kecederaan sendi
Terutamanya yang sering cedera selepas bersenam, bukannya tiada masalah selepas tidak sakit, sebab kecederaan sendi akan mempercepatkan dekadensi. Perkara pertama selepas sendi tercedera adalah mengendali kecederaan dengan betul (seperti menggunakan pek ais untuk menghentikan darah jike berdarah atau bengkak, selepas keadaan kecederaan bertambah baik boleh menggunakan pek panas), harus berehat, memakai pelindung sendi jika diperlukan serta meminta bantuan daripada golongan profesional untuk membuat rawatan, berbuat demikian dapat mengurangkan risiko selepas itu, dengan ini juga boleh mengelakkan sakit reumatisme semasa cuaca mendung hujan.
Tips mencegah mencederakan sendi
TCM percaya mencegah sebelum apa-apa berlaku dan mengawal risiko. Dengan ini sebagai asas dan sedikit pendapat TCM, di bawah adalah 4 cara yang boleh dirujuk untuk melindungi sendi.
1. Mengutamakan pembetulan kehidupan.
Mengutamakan mengubahbaikkan cara kehidupan harian yang tidak elok, membetulkan kebiasaan yang membawa bahaya kepada tubuh badan, langkah pencegahan harus diutamakan.
2. Membuat langkah penghangatan, mengelakkan kesejukkan.
Untuk sendi yang mudah keletihan, biasanya harus membuat langkah penghangatan, untuk bahagian sendi yang terlampau digunakan boleh membuat kompres panas, melancarkan peredaran darah, mengurangkan keletihan otot. Mengelakkan penghawa dingin pada cuaca panas, kipas tidak tiup terus ke bahagian sendi, cuaca sejuk harus berpakaian sesuai, mengelakkan sendi terus terdedah di udara sejuk.
3. Pengawalan berat badan dan cara pemakanan.
Pengawalan diet pemakanan dan berat badan dapat meringankan beban sendi, mengelakkan mengambil barang yang berat atau postur yang tidak betul untuk jangka masa panjang untuk meringankan bebas sendi.
4. Berlatih mengikut kemampuan sendiri.
Tidak kira senaman apa juga mempunyai risiko mencederakan sendi, membuat latihan mengikut kemampuan sendiri membantu melindungi dan meningkatkan pergerakan sendi serta mengurangkan kesakitan. Sering menjalani latihan yang sederhana adalah cara yang terbaik untuk melindungi sendi.
Kesimpulan
Tempoh masa keradangan bahu berlarutan mengikuti setiap individu, ada yang berlarutan berapa bulan serta berapa tahun. Keradangan bahu boleh sembuh sendiri dalam masa setahun setengah hingga dua tahun, jika tidak menjalani rawatan, mungkin masalah kesakitan dan pergerakan terhad akan berlaku, mencadangkan mendapatkan rawatan seawal mungkin dan memberikan kerjasama dalam proses pemulihan.
此文章还有以下语言版本:
简体中文 (Chinese (Simplified))
English