
【Analisis sebab-sebab sakit tumit dari perspektif TCM】
Sakit tumit adalah gejala yang biasa berlaku atau pernah berlaku dalam sepanjang kehidupan kebanyakkan orang.
Namun, salah faham terhadap sakit tumit mesti disebabkan oleh taji tulang sering berlaku.
Dari perspektif TCM, sakit tumit boleh disebabkan oleh pelbagai sebab, taji tulang cuma salah satu sebabnya.Artikel in akan berbincang tentang pemandangan TCM terhadap sakit tumit dan sesetengah sebab yang menyebabkan sakit tumit.
【Taji Tulang bukan satu-satunya punca】
Meskipun taji tulang adalah salah satu punca yang biasa didengar menyebabkan sakit tumit, tetapi ini bukan satu-satunya punca.
TCM percaya semasa diagnosis atau merawat sakit tumit, keadaan kesihatan keseluruhan harus dipertimbangkan, termasuk emosi, tabiat harian, diet, senaman dll aspek. Ini adalah beberapa faktor TCM yang mungkin menyebabkan sakit tumit:
1.Angin sejuk dan kelembapan udara:

TCM percaya angin, sejuk, lembap dll faktor boleh mempengaruhi badan manusia dan menyebabkan kesakitan. Sakit tumit biasanya berkaitan dengan kelembapan yang mudah diperasan pada bahagian kaki mempengaruhi otot tulang dan menyebabkan kesakitan.
2.Stagnansi Qi dan stasis darah

Qi dan darah yang tidak lancar juga salah satu sebab sakit tumit. TCM percaya stagnansi Qi dan stasis darah boleh menyebabkan kesakitan dan mungkin membawa tekanan dan keradangan.
3.Kecederaan jangka panjang:

Contohnya: pekerja yang perlu berdiri atau berjalan untuk jangka masa yang panjang, biasanya lebih mudah menyebabakan lutut atau otot kaki keletihan atau kecederaan sendi, seterusnya mungkin membawa kesakitan pada bahagian lutut atau tumit.
4.Sejarah kecederaan:

Selepas kecederaan pergelangan kaki atau betis tidak mendapat rawatan yang sesuai, lama-kelamaan juga salah satu faktor sakit tumit.
【Tips mengurangkan kesakitan tumit】
1.Terapi kompres panas dan sejuk:

- merasa suhu bahagian yang sakit, jika berasa panas dan sakit semasa menyetuh, pek ais selama 10-15 minit boleh digunakan untuk mengurangkan keradangan dan kesakitan.
- Sebaliknya, jika suhu bahagian yang sakit normal dan tidak berasa tegang semasa menyentuh, pek panas dicadangkan tidak melebihi 50°C untuk mengelakkan kelecuran boleh digunakan selama 10-15 minit. Pek panas boleh mengurangkan ketegangan otot dan melancarkan peredaran darah bahagian tersebut.
2.Rehat dan mengurangkan beban:

- Mengelakkan penggunaan berlebihan terhadap bahagian kaki yang terjejas terutamanya semasa kesakitan bertambah teruk. Mengurangkan beban boleh membantu dalam penyembuhan dan mengurangkan kesakitan.
3.Senaman yang sesuai:

- Mencadangkan berjalan-jalan selama 30-45 minit, mengukuhkan kekuatan betis dan tumit serta melancarkan peredaran darah.
4.Memupuk kebiasaan memakai selipar di rumah:

- Lantai biasanya sejuk, jika kulit tapak kaki berada atas lantai yang sejuk untuk jangkan masa yang panjang, lama-kelamaan Qi darah kaki akan dipengaruh dan sakit tumit berlaku.
5.Kasut yang bersesuaian:

- Boleh memilih kasut dengan sokongan lengkungan kaki, mengelakkan memakai kasut bertumit tinggi dan kasut yang tidak selesa.
此文章还有以下语言版本:
简体中文 (Chinese (Simplified))
English


