Bukan sahaja budak-budak, tanggapan orang dewasa terhadap ubat herba adalah “pahit”. Berasa takut setiap kali minum ubat herba.
Namun untuk budak-budak, ibu bapa harus memerah segala cara yang mungkin untuk memujuk, anak baru habiskan ubat herba.
Soalan: Kenapa ubat herba pahit ?
Jawapan: Dalam kamus ubat herba TCM, kebanyakkan ubat herba mempunyai rasa pahit. Ubat herba pahit dalam TCM mempunyai fungsi meredakan kepanasan, menurunkan Qi, memperkuatkan Yin, mengurangkan kelembapan dll.
Sebenarnya, ubat herba tradisional Cina mempunyai lima rasa iaitu masam, manis, pahit, pedas, masin.
Lima rasa mempunyai laluan meridian yang berbeza, pahit ke jantung, masam ke hati, manis ke limpa, pedas ke paru-paru, masin ke ginjal.
Pahit sering dikata mempunyai fungsi penyejukkan, mengeringkan, menguatkan.
Ubat tradisional Cina yang berperisa pahit termasuk: HuangLian, HuangQin, HuangBo, KuShen, LongDan dll.
Ubat herba Cina berperisa manis sering digunakan untuk merawat Qi lemah, pelbagai kesakitan badan, menyimbangkan sifat ubat, membersihkan toksin dll.
Contohnya: Licorice membersihkan haba dan toksin; maltosa meredakan dan mengurangkan kesakitan.
Gula putih, gula merah, maltosa, madu dll bukan sahaja digunakan sebagai bahan makanan dalam kehidupan harian, pada masa yang sama juga mempunyai nilai perubatan.
Gula maltosa memainkan peranan penting dalam kombinasi ubat herba Cina XiaoJianZhongTang dari akitab ShangHanZaBingLun. Kombinasi XiaoJianZhongTang menggunakan gula maltosa sebagai ubat utama, ia berfungsi untuk meningkatkan Qi dan menjaga tengah badan. Dalam bahan makan, maltosa boleh digunakan sebagai perasa; jika ditambahkan ke dalam ubat tradisional Cina, ia boleh meningkatkan kesannya.
Gula putih berperisa manis, sejuk, sering digunakan untuk dimasak dengan teh untuk mengurangkan kepanasan badan. Gula merah berperisa manis, hangat, sering dikombinasikan dengan halia untuk menghangatkan perut serta mengurangkan kesakitan haid wanita.
“Rasa” dalam ubat herba berubah, fungsinya turut berubah.
Contohnya: GuaDiSan adalah emetik yang berperisa pahit. Rasa pahit boleh merangsang saraf lidah, muntuh melalui refleks saraf. Jika gula ditambah, ubat mungkin kehilangan kesannya. Oleh itu, ubat herba Cina pahit, gula tidak sesuai ditambah.
Keadaan sesetengah pesakit mungkin panas lembap atau pesakit diabetes, ubat herba Cina mereka harus tidak menambah gula.
Contohnya: Gula merah hangat, mempunyai fungsi menambah darah, mengurangkan stasis darah, menghangatkan perut dan mengurangkan kesejukkan. Jika keadaan badan pesakit lembap panas, ruam merah kulit merebak ke seluruh badan, gula merah yang bersifat hangat tidak sesuai ditambah ke dalam ubat herba Cina, sifat hangatnya akan mengawal kesan ubat yang menurunkan kepanasan dan racun badan, penyakit mungkin akan menjadi lebih serius.
Bagaimana untuk menerima ubat herba Cina yang pahit dengan lebih baik ?
1 Dari segi psikologi, mengakui peranan atau mempercayai ubat tradisional Cina TCM dalam membantu kesihatan badan.
2 Mengetahui bahawa dari sakit hingga sembuh memerlukan masa. Selain daripada membuat perubahan dalam kehidupan harian, psikologi dan bersenam, ubat tradisional Cina adalah salah satu cara rawatan.
3 Menyediakan segelas air suam sebelum minum ubat herba, berkumur serta merta dengan air suam boleh minum ubat herba Cina dengan lancar tanpa berasa menjijikan.
此文章还有以下语言版本:
简体中文 (Chinese (Simplified))
English